YA Datuk Lim Yee Lan

YA Datuk Lim Yee Lan
PMW, JSM, KMN
YA Datuk Lim Yee Lan dilahirkan pada 30 Disember1951 di Johor Bharu, Johor. YA Datuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian LLB (Hons) dari Universiti Malaya.
YA Datuk telah memulakan kerjaya dalam bidang Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1976 sebagai Pegawai Undang-undang di Jabatan Peguam Negara. Pada tahun 1979 YA Datuk dilantik sebagai Pegawai Undang-undang di Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam Kuala Lumpur. Pada tahun 1981, YA Datuk  bertugas sebagai Pegawai Undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan seterusnya YA Datuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada tahun1994 hingga Oktober 1999. Pada tahun 1999 YA Datuk bertugas sebagai Pegawai Undang-undang di Kementerian Kewangan, Kuala Lumpur November. Pada tahun 2001, YA Datuk dilantik sebagai Peguamcara Perbendaharaan dan pada tahun 2005, YA Datuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 5 September 2005, YA Datuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan pada 4 April 2012, YA Datuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya sehingga sekarang.
 
 
Sebagai menghargai perkhidmatan YA Datuk, beliau telah dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), Johan Setia Mahkota (JSM) dan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) 
YA Datuk telah mendirikan rumah tangga dengan Ng Boon Chan dan dikurniakan dua cahaya mata. 

 

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.