Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Soalan Lazim - Mewakili Diri Sendiri Dalam Perbicaraan Kes Sivil

Persediaan Untuk Perbicaraan Di Mahkamah Rendah

(1) Apakah itu perbicaraan?

1.1 Perbicaraan ialah satu proses pengumpulan fakta sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Majistret atau hakim.

(2) Apa itu tuntutan sivil?

2.1 Tuntutan sivil adalah pertikaian di antara dua atau lebih pihak yang melibatkan isu perundangan.

2.2 Contoh tuntutan sivil:

- Gantirugi untuk kecederaan diri

- Kemalangan jalanraya

- Pelanggaraan kontrak

- Pertikaian mengenai harta

- Pertikaian di antara tuan tanah dan penyewa

(3) Adakah saya boleh mewakili diri sendiri tanpa peguam?

3.1 Ya, setiap orang mempunyai hak untuk mewakili diri sendiri di mahkamah.

3.2 Kerumitan isu-isu khusus dan risiko yang ada perlu dipertimbangkan jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam.

3.3. Sekiranya anda mengalami kesukaran apabila mewakili diri sendiri ketika kes sedang berjalan, anda masih mempunyai pilihan untuk melantik peguam.

3.4 Walaubagaimanapun, bagi nilai tuntutan berjumlah di bawah RM5000 (Kes Tuntutan Kecil), anda diwajibkan mewakili diri sendiri.

3.5 Badan-badan korporat hanya boleh memulakan atau membela diri dalam tindakan sivil melalui peguam.

3.6 Kenal pasti dan ketahui undang-undang dan prosedur yang terpakai kepada kes.

3.7 Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen.

3.8 Sentiasa bersedia untuk perbicaraan.

(4) Di mana saya hendak memfailkan tuntutan sivil?

4.1 Tuntutan hendaklah difailkan di pejabat pendaftaran mahkamah yang berkaitan. Jumlah fi tertentu hendaklah dibayar.

(5) Apakah tindakan saya yang seterusnya?

5.1 Setelah tuntutan difailkan, anda perlu menyerahkannya kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebelum Perbicaraan

- Pihak-pihak hendaklah memfailkan ikatan dokumen dan ikatan pliding yang mengandungi penyataan tuntutan, penyataan pembelaan, tuntutan balas (jika ada) dan jawapan.

- Pihak-pihak hendaklah saling bertukar ikatan dokumen tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perbicaraan.

Semasa Perbicaraan

(6) Apakah yang berlaku semasa perbicaraan?

- Plaintif - Pihak menuntut

- Defendan - Pihak dituntut

- Plaintif mesti membuktikan tuntutannyaterhadap Defendan.

- Plaintif akan memanggil saksi untuk memberi keterangan semasa pemeriksaan utama. Saksi ini akan disoal dalam pemeriksaan balas oleh Defendan dan kemudiannya akan disoal semula oleh Plaintif di dalam pemeriksaan semula.

- Defendan pula kaan memanggil saksinya. Defendan perlu menimbulkan dan membuktikan pembelaan terhadap apa yang dituntut oleh Plaintif.

- Selepas kedua-dua belah pihak menutup kes masing-masing, hujahan akan diberikan.

Selepas Perbicaraan

Selepas pihak-pihak menggulung kes masing-masing, di akhir perbicaraan keputusan akan diberikan.

Apakah itu keputusan?

Keputusan adalah penghakiman atau perintah mahkamah. Ia akan diberikan serta-merta selepas penutupan perbicaraan ataupun pada hari yang lain. Jika diberikan pada hari lain, pihak-pihak akan dimaklumkan untuk hadir pada tarikh tersebut.

Apa akan berlaku jika salah satu pihak tidak melaksanakan keputusan mahkamah?

Perintah pelaksanaan hendaklah dipohon oleh pihak yang terkilan.

Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan penghakiman?

Rayuan boleh difailkan. Bagi rayuan ke Mahkamah Tinggi, Notis Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman diberikan di pejabat pendaftaran mahkamah di mana keputusan tersebut dibuat.

1. Semua dokumen yang hendak dirujuk semasa perbicaraan seperti laporan polis, laporan perubatan dan gambar-gambar yang dikumpulkan dalam satu ikatan.

2. Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya.

3. Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan.

4. Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya.

5. Kesimpulan bagi semua keterangan dan hujah-hujah pihak-pihak di akhir perbicaraan.
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 30 October 2014

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP