Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus Bin Sharif
Presiden Mahkamah Rayuan
PMN, PSM, SSTM, DMPN, KMN
|
PROFIL
YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif dilahirkan pada 4 Februari 1951 di Rembau, Negeri Sembilan. Telah menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1976. Seterusnya pada tahun 1987 Yang Amat Arif menamatkan pengajian peringkat sarjana di London School of Economic.
Yang Amat Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 28 Julai 2006 hingga sekarang. Mula berkhidmat dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Julai 1976. Antara jawatan-jawatan yang pernah Yang Amat Arif sandang adalah seperti berikut:-
|
||
|
Yang Amat Arif dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaya dan ditempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Jenayah) pada 1 November 1994. Pada 12 Januari 1996 Yang Arif telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Yang Amat Arif juga pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang, Bahagian Sivil dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) . Yang Amat Arif telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada tahun 2006 dan seterusnya pada tahun 2009 sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Pada 12 September 2011,Yang Amat Arif telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia sehingga kini. Bagi menghargai sumbangan Yang Amat Arif dalam perkhidmatan awam,Yang Amat Arif telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1994 dan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) pada tahun 2000, Darjah Seri Setia Tuanku Mukriz Yang Amat Terbilang (SSTM) pada tahun 2010, Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 2011 dan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) pada tahun 2012. YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif mendirikan rumahtangga dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Salwany bt. Mohamed Zamri. YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus dikurniakan dengan dua orang anak. |
||
|
Dikemaskini pada : Tue, 12/03/2013 - 8:45am — Webmaster
25034 reads |


+603 8880 3595












