Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Sejarah Kehakiman Malaysia
PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS KEHAKIMAN MALAYSIA

Badan Kehakiman Malaysia merupakan satu di antara badan kerajaan iaitu Perundangan (Legislative), Eksekutif (Executive) dan Kehakiman (Judiciary) yang wujud secara berasingan. Fungsi utama badan kehakiman adalah untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan keadilan ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang. Selain berperanan membicarakan segala masalah perundangan yang timbul di antara individu dengan individu dan individu dan negara, mahkamah juga berperanan untuk mentafsir undang-undang.
Sistem kehakiman moden Malaysia bermula apabila Royal Charter of Justice 1807 dikeluarkan dan memberi kebenaran bagi penubuhan sebuah mahkamah di Pulau Pinang. Pada 1808, sebuah mahkamah ditubuhkan di Kota Cornwallis sebelum berpindah ke bangunan tetap Mahkamah Agong setahun kemudian. Pada tahun 1825 Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat di bawah pemerintahan British. Bidang kuasa Mahkamah Agong Pulau Pinang diperluaskan ke Singapura dan Melaka. Pada sekitar 1850-an, Singapura berjaya menggantikan Pulau Pinang sebagai Pusat Perdagangan Utama di Negeri-Negeri Selat. Dengan itu, Ketua Hakim juga telah berpindah ke Singapura dari Pulau Pinang.

Sistem kehakiman di rantau ini ketika itu dijalankan dan dikuasai sepenuhnya oleh orang berketurunan Inggeris. Namun begitu pada tahun 1939, Raja Musa Raja Bot menjadi anak watan pertama yang diberi jawatan tinggi di dalam sistem kehakiman Negara, walaupun ketika itu cuma dilantik sebagai penyandang sementara hakim di Mahkamah Agong Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mahkamah-mahkamah di Malaya tetap menjalankan tugas ketika Malaya teruk diserang oleh tentera-tentera Jepun. Namun, mahkamah-mahkamah ini berhenti berfungsi apabila Jepun berjaya menguasai keseluruhan negara ini.

Pada tahun 1963 selepas pembentukan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah memansuhkan Mahkamah Agong ketika itu dan digantikan dengan Mahkamah Persekutuan yang mengabungkan mahkamah-mahkamah pelbagai negeri yang wujud di bawah satu bumbung. Badan Kehakiman Negara ketika itu diketuai oleh seorang Ketua Hakim Negara yang digelar Lord President iaitu Tun Sir James Beveridge Thomson pada tahun 1963 hingga 1966. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Ketua Hakim Negara hendaklah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1994, gelaran penyandang jawatan ini ditukarkan kepada Ketua Hakim Negara. Terdapat 3 buah Mahkamah Persekutuan pada suatu ketika dahulu iaitu Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi Borneo. Namun pada tahun 1965, Singapura telah keluar dari Malaysia sekaligus mahkamah-mahkamahnya menamatkan talian sistem kehakiman serantau yang wujud sekian lama. Pada suatu ketika dahulu, mahkamah tertinggi Malaysia adalah Majlis Privy (Privy Council) di London, walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Pada masa itu juga, penguatkuasaan artikel 131 Perlembagaan Persekutuan membenarkan rayuan bagi keputusan Mahkamah Persekutuan dirujuk kepada Majlis Privy. Dengan pemansuhan perjanjian ini pada tahun 1985, berakhirlah sistem kehakiman yang bergantung terhadap sistem kehakiman Britain

Struktur Badan Kehakiman Malaysia boleh dipecahkan pada dua bahagian iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah tertinggi di Malaysia adalah Mahkamah Persekutuan diikuti dengan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Khas ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan pada 20 Mac 1993 dan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan sivil atau jenayah yang dimulakan oleh atau terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu yang lain.

Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 24 November 2014

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP