Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
YA Dato’ Ahmad Bin Haji Maarop


YA Dato’ Ahmad Bin Haji Maarop
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
DSMZ, DMSM, KMN, SNP

PROFIL

Yang Arif Dato' Ahmad bin Haji Maarop dilahirkan pada 25 Mei 1953 di Kampung Serkam, Melaka. Beliau mempunyai kelulusan iaitu LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1978.
 
Yang Arif Dato' Ahmad mempunyai banyak pengalaman di dalam kerjayanya seperti berikut :
  1. 08.05.1978 - Dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang di Jabatan Kehakiman dan Perundangan
  2. 01.07.1978-30.04.1980 - Majistret, Mahkamah Majistret Bentong, Pahang
  3. 01.05.1980-31.12.1981 - Majistret, Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang
  4. 01.01.1982-30.11.1984 - Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor
  5. 01.12.1984-31.12.1987 - Peguam Kanan Persekutuan/Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, Pulau Pinang
  6. 01.01.1988-31.05.1990 - Penasihat Undang-Undang/Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis
  7. 01.06.1990-15.02.1992 - Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pulau Pinang
  8. 16.02.1992-31.09.1992 - Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri
  9. 01.10.1992-31.10.1994 - Penasihat Undang-Undang, Negeri Kelantan
  10. 01.11.1994-31.05.1997 - Timbalan Ketua Bahagian Penasihat dan Undang-Undang Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara
  11. 01.10.1998 - Dilantik oleh YB Tan Sri Peguam Negara sebagai Timbalan Kanan Pendakwa Raya
  12. 01.06.1998-31.01.2000 - Ketua Bahagian Penasihat dan Undang-Undang Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara
  13. 01.02.2000-31.05.2002 - Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia, Jabatan Peguam Negara Malaysia
  14. 01.06.2002-28.02.2002 - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya, Melaka
  15. 01.03.2002-15.08.2002 - Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Melaka
  16. 16.08.2002-31.10.2003 - Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur
  17. 01.11.2003-16.07.2007 - Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu
  18. 17.07.2007-9.8.2011 - Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Putrajaya
  19. 10.8.2011 - sekarang - Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya
 
Semasa bertugas di Jabatan Peguam Negara, tugas-tugas lain yang pernah dijalankan oleh Yang Arif Dato' Ahmad adalah seperti berikut :
 
  1. Wakil Peguam Negara Malaysia sebagai Ahli dalam Majlis Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  2. Wakil Peguam Negara Malaysia sebagai Ahli dalam Malaysian-Thailand Joint Authority
  3. Wakil Peguam Negara Malaysia dalam suruhanjaya Bersama Khas untuk Meningkatkan Kerjasama Ekonomi di antara Malaysia dan Republic Kyrgyzstan
 
Yang Arif Dato' Ahmad Bin Haji Maarop juga telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 4 September 1994 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
 
Di antara Persidangan-persidangan Antarabangsa yang pernah dihadiri semasa berkhidmat di Jabatan Peguam Negara Malaysia :
  • Menyertai forum "Trial Advocacy in Asia" di Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi Deputy Prosecutors & State Counsels dari Negara-negara Asia, anjuran Asia Foundation and U.S. Department of Justice (1983)
  • United States/Pacific Asset Forfeiture Seminar, Hong Kong, dari 20-22 Mac 1995, anjuran US Department of Justice (1983)
  • The 6 th UNCITRAL SIMPOSIUM ON INTERNATIONAL TRADE LAW, di United Nations, Vienna, Austria dari 22-26 Mei 1995
  • Menyertai Kumpulan Pegawai-pegawai Kerajaan/Agensi Kerajaan Malaysia menjalankan kajian ekonomi di Republic Kyrgzstan. Bidang kajian - Gonernment Machinery and Legal Framework (Mei 1996)
  • Menyertai rombongan Malaysia dalam lawatan YAB Perdana Menteri ke Kyrgyzstan (1997)
  • Menyertai Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dalam promosi Lebuhraya Multimedia di Ottawa, Kanada (19-23 November 1997)
  • Mewakili Malaysia dalam persidangan Inter Government Expert Group Meeting on Developing and Promoting The Efficiency of International Mutual Legal Assistance in Criminal Matters di Washington D.C. USA (23-26 Febuari 1998), anjuran United Nations/US Department of Justice
  • Mewakili Pasukan Pegawai-pegawai Undang-Undang yang mewakili Kerajaan Malaysia dalam kes Concerning The Difference Relating To Immunity From Legal Process of Special Rapporteur of the Commission on Human of Rights (Dato' Param Cumaraswarmy) (Request foe Advisory Opinion) di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE), The Hague, Belanda (07-10 Disember 1998)
  • Mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Ke-6 Asean Asenior Law Officials Meeting di Singapura pada 03-04 November 1999
  • Menyertai Persidangan Ke-4 Law Ministers Meeting di Singapura (05-06 November 1999)
  • Mengetuai Delegasi Malaysia di Persidangan Ke-39 Asian African Legal Consultative Committee di Cairo, Egypt (19-23 Febuari 2000)
  • Membentangkan kertas kerja di "International Seminar on Global and Eviroment and Disaster Management : Law and Society yang diadakan di Vigyan Bhawan, New Delhi pada 22 - 24 Julai 2011
 
Pingat - Pingat :
 
Di sepanjang perkhidmatan beliau, Yang Arif Dato' Ahmad Bin Haji Maarop telah dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) pada 23.08.1990. Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM), Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (DSMZ) pada 13.06.2006 dan Kesatria Mangku Negara (KMN).
 
 
Pingat (Mengikut protokol Persekutuan) :
 
KESATRIA MANGKU NEGARA (KMN)
 
 
Tarikh Lantikan : Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 17 Julai 2007
Tarikh Lantikan : Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 10 Ogos 2011
 
ALAMAT

Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman 
Presint 3
62506 PUTRAJAYA
 
 +603 8880 3601 +603 8880 3777
  ahmad@kehakiman.gov.my
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 748,356
Dikemaskini pada : 23 May 2013