Unit Pesuruhjaya Sumpah

PENGENALAN

Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada imej Badan Kehakiman Malaysia. Unit Pesuruhjaya sumpah turut menjalankan fungsi untuk mengadakan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan PJS pada setiap tahun menjadikan jumlah PJS meningkat pada saban tahun.

OBJEKTIF

Menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisyen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

VISI

Menjadi sebuah bahagian pentadbiran yang cekap dan dihormati

MISI

Memastikan segala urusan pentadbiran hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah dilaksanakan selaras dengan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

FUNGSI

Pelantikan – Unit Menguruskan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baru bagi semua kategori Pegawai Awam, Peguambela Peguamcara dan Persendirian pada setiap tahun.
Pelantikan Semula – Menguruskan permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang telah tamat tempoh pelantikan setelah diluluskan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara.
Buku Daftar – Melaksanakan pemantauan terhadap buku daftar Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia.

Siasatan- Menjalankan siasatan terhadap Aduan yang dibuat oleh Orang Awam terhadap Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia

PIAGAM 

Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan berkaitannya.

Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik.

Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan berintegriti.

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.