Message from the Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia


YBhg. Tuan Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Badan Kehakiman Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) selaku jabatan kerajaan yang bertanggungjawab membantu pentadbiran institusi Kehakiman di Malaysia akan sentiasa mengambil pelbagai inisiatif bagi menjaga imej dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman di negara ini. Pembangunan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh PKPMP bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui laman web ini, pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), sistem Pesuruhjaya Sumpah, sistem e-Aduan dan sistem e-Lawatan.

Semoga para pengunjung dapat memanfaatkan laman web rasmi PKPMP ini dan diharapkan agar ianya mampu menjadi medium perkongsian maklumat berguna ke arah memartabatkan institusi kehakiman di Malaysia. Selamat melayari laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Sekian, terima kasih. 

OFFICE OF THE CHIEF REGISTRAR
Federal Court of Malaysia, Istana Kehakiman,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.