Anti Trafficking In Persons Sessions Court

Majlis Perasmian Mahkamah Sesyen Khas Antipemerdagangan Orang (ATIP) Mahkamah Sesyen Klang telah dirasmikan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara pada 28 Mac 2018.

Turut hadir menyaksikan perasmian tersebut adalah YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO).

Dalam majlis yang sama, Duta Besar Amerika Syarikat dan Duta-Duta Besar dari 9 buah Negara ASEAN yang lain turut memberikan sokongan dan mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan orang.

Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang ini ditubuhkan bagi mempercepatkan giliran bagi perbicaraan dan tempoh penyelesaian kes. Kes-kes di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang ini disasar untuk dilupuskan dalam tempoh 9 bulan dari tarikh ianya didaftarkan.

Penubuhan pertama Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang di Klang adalah berdasarkan kepada keperluan di mana Negeri Selangor adalah antara Negeri yang mencatatkan jumlah pendaftaran dan kes pemerdagangan orang yang paling tinggi di Malaysia. Mahkamah Khas ini akan turut diwujudkan dan diperluaskan di lima (5) lokasi di seluruh Malaysia secara berperingkat iaitu di Ipoh, Melaka, Muar, Kota Kinabalu dan Balik Pulau dan dijangka selesai pada tahun ini.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA MAJLIS PERASMIAN MAHKAMAH SESYEN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG (ATIP) KLANG

TEKS UCAPAN YAA KETUA HAKIM NEGARA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAHKAMAH SESYEN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG (ATIP) KLANG 

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.