President of the Court of Appeal

YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin
Presiden Mahkamah Rayuan
P.S.M., S.P.M.P., S.P.S.K., S.S.A.P., D.P.M.P., S.M.J., P.I.S.

 

YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin telah dilahirkan pada 28 Mac 1951 di Ipoh, Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di St Michael’s Institution, Ipoh, Perak dan Maktab Tentera Di-Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. YAA Tan Sri menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dan telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1976. Pada tahun 1982, YAA Tan Sri telah menyambung pengajiannya di University College, University of London dan beliau memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) pada tahun 1983.

YAA Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1976. YAA Tan Sri kemudian dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Kastam dan Eksais Di-Raja, Peguam Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Timbalan Pendakwa Raya di Negeri Sarawak. Pada tahun 1988, YAA Tan Sri telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Darul Takzim dan pada tahun 1992, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Darul Ehsan. Jawatan terakhir beliau sebagai penjawat awam adalah sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 01 November 1994, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Taiping, Perak dan pada 12 Januari 1996, YAA Tan Sri dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Taiping, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Pada 17 Jun 2005, YAA Tan Sri telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan beliau kemudiannya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 05 September 2007. YAA Tan Sri dilantik sebagai Hakim Besar Malaya bermula pada 12 September 2011 sehinggalah pada 04 April 2017 yang mana YAA Tan Sri telah dilantik secara rasminya menjadi Presiden Mahkamah Rayuan.

Atas jasa dan perkhidmatan YAA Tan Sri kepada negara, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada tahun 1990, Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) pada tahun 1992, Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 1996, Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 2010, Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) pada tahun 2012, Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2013, dan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) pada tahun 2016.

YAA Tan Sri telah mendirikan rumah tangga bersama Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Indera Rohani binti Mohamed Kassim dan telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.