Chief Justice

YAA Tun Raus Sharif
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia
SSM, PMN, PSM, SSAP, SSAP, DUPN, SPDK, SSTM, DA, DMPN, KMN

 

YAA Tun Raus Sharif dilahirkan pada 04 Februari 1951 di Rembau, Negeri Sembilan.

YAA telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan sebelum meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin. YAA Tun menamatkan pengajian tingkatan enam Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), lpoh, Perak.

YAA Tun Raus Sharif memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1976. Beliau adalah daripada kumpulan pertama pelajar jurusan undang-undang dari Universiti Malaya. Pada tahun 1987, YAA memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada London School of Economics.

YAA Tun Raus Sharif telah memulakan kerjaya awal beliau pada tahun 1976 sebagai pegawai undang-undang sangkutan di Mahkamah Majistret Court Hill dan kemudiannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selepas beberapa bulan, YAA Tun ditugaskan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Pontian, Johor. Dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, YAA Tun telah memegang pelbagai jawatan antaranya adalah sebagai Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya di Negeri Kelantan dan Terengganu, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Penasihat Undang-Undang di Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Dalam Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Peguam Cara Perbendaharaan di Kementerian Kewangan, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 01 November 1994. Semasa memegang jawatan Pesuruhjaya Kehakiman, YAA Tun telah ditugaskan mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor yang bersidang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 12 Januari 1996, YAA Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Semasa menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi, YAA Tun telah bertugas di Shah Alam, Muar, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Semasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YAA Tun bertugas di Bahagian Dagang, Bahagian Sivil (Mahkamah Keluarga) dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas. Pada 28 Julai 2008, YAA Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 14 Oktober 2009.

Pada 12 September 2011, YAA Tan Sri telah dilantik memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan.

YAA Tun telah secara rasminya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-14 pada 4 April 2017.

Sebagai menghargai jasa-jasa yang telah YAA Tun sumbangkan kepada negara, YAA Tun telah dianugerahkan dengan beberapa darjah kebesaran iaitu Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 1994, Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) pada tahun 2000, Darjah Seri Setia Tuanku Mukriz Yang Amat Terbilang (SSTM) pada tahun 2010, Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 2011, Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) pada tahun 2012 dan pada tahun 2016, sebanyak tiga anugerah diterima oleh YAA Tun iaitu, Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan Darjah Kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA).

YAA Tun telah mendirikan rumahtangga dengan Yang Berbahagia Toh Puan Dato’ Indera Salwany Mohamed Zamri dan telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

 

YAA Tun Raus Sharif

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia
SSM, PMN, PSM, SSAP, SSAP, DUPN, SPDK, SSTM, DA, DMPN, KMN

 

Tel +603 8880 3502
Faks +603 8880 3507
Emel cj@kehakiman.gov.my

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.