Chief Judge of The High Court of Sabah and Sarawak

HAKIM BESAR SABAH DAN SARAWAK

YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
P.S.M., S.P.S.K., S.S.A.P., S.P.D.K., S.I.M.P., P.G.D.K.

 

YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dilahirkan pada 13 Oktober, 1952 di Tuaran, Sabah. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Buit dan di Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu dan menghabiskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah. YAA Tan Sri kemudian memulakan kerjaya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Jabatan Televisyen dan Radio dan sebagai Pegawai Kebajikan di Jabatan Kebajikan Negeri. Pada Julai 1972, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA) sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang serta mendapat Bachelor of Laws (LL.B). YAA Tan Sri telah berjaya menghabiskan kursusnya dalam tempoh minimum iaitu 3 tahun pada Ogos 1975. YAA Tan Sri juga telah dinamakan sebagai siswazah undang-undang terbaik di Institut berkenaan dan telah menerima anugerah tersebut daripada mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, yang merupakan Menteri Pendidikan pada waktu itu.

Setelah memperolehi Ijazah Undang-Undang, YAA Tan Sri telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Ketua Menteri, Sabah tetapi ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Beliau juga merupakan seorang pensyarah sambilan dalam bidang undang-undang di Institut Teknologi MARA (Kampus Sabah). Setelah bekerja seketika bagi menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran, pada April 1976, YAA Tan Sri meneruskan pelajaran di London dan berjaya menghabiskan pengajian “Bar-at-Law” pada tahun yang sama. YAA Tan Sri telah diterima masuk ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London dan pada November 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguamcara di Badan Peguam Malaysia, Sabah. YAA Tan Sri juga telah diterima masuk ke “The Australian Capitol Territory” (ACT) Bar pada tahun 1991. Sekembalinya dari London, beliau kembali berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Negeri.

Pada Ogos 1981, YAA Tan Sri telah menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu sehingga tahun 1992. Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada bulan Mac 1992. Pada tahun 1993, YAA Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Kuching Sarawak. YAA Tan Sri juga telah ditempatkan di Mahkamah Tinggi  Miri dan Sandakan pada tahun 1994 hingga tahun 1996 dan ditukarkan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuching pada bulan Mei tahun 2002. Pada bulan Ogos 2002, beliau telah dilantik  sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan pada bulan Jun tahun 2005, beliau dilantik sebagai  Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. YAA Tan Sri merupakan anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada umur 52 tahun, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang termuda dilantik ke jawatan tersebut. Pada 26 Julai 2006 beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak sehingga kini. Beliau mempunyai 3 orang anak iaitu Jessica, Edgar dan Carl.

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.