Office of High Court

Peranan dan Fungsi Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi menerima pendaftaran dan mengendalikan kes sivil dan jenayah mengikut bidangkuasa. Bidangkuasa sivil Mahkamah Tinggi adalah bagi tuntutan RM1, 000,001 dan ke atas. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam. Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dan mempunyai kuasa samada mengekalkan atau menukar keputusan Mahkamah Bawahan tersebut. Selain itu Mahkamah Tinggi berperanan untuk menyelesaikan kes dalam garis masa yang ditetapkan. Setiap Mahkamah Tinggi juga akan menyediakan statistik bulanan mengikut negeri bagi memaparkan prestasi Mahkamah. Selain itu juga, Mahkamah Tinggi akan menguruskan permohonan perkhidmatan jurubahasa asing bagi kes-kes jenayah di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia. Terdapat 15 lokasi Mahkamah Tinggi Malaya di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahkamah Tinggi Kangar, Mahkamah Tinggi Taiping, Mahkamah Tinggi Ipoh, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mahkamah Tinggi Muar, Mahkamah Tinggi Melaka, Mahkamah Tinggi Seremban, Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Temerloh, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya berperanan mengurus dan mengawal selia setiap 15 lokasi Mahkamah Tinggi Malaya di setiap negeri bagi memastikan semua arahan yang diberikan oleh YAA Hakim Besar Malaya, Hakim-Hakim Pengurus dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dilaksanakan dengan baik.

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.