CAWANGAN PSIKOLOGI
PEJABAT KETUA PENDAFTAR
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
VISI DAN MISI
MISI
Membangunkan Modal Insan Yang Cemerlang Dari Aspek Kognitif, Emosi Dan Tingkah Laku Melalui Pendekatan Psikologi Yang Holistik
VISI
Untuk Memastikan Warga Organisasi Di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) Dapat Meningkatkan Prestasi Dan Kecemerlangan Diri Dengan Menggunakan Sepenuhnya Potensi Diri Secara Positif Dan Proaktif Melalui Pendekatan Psikologi
OBJEKTIF
- Membantu Warga Organisasi PKPMP Ke Arah Perkembangan Dan Kecemerlangan PKPMP.
-
Membantu Warga Organisasi PKPMP Ke Arah Kecemerlangan Dengan Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-Aktiviti Pencegahan Yang Membentuk Jati Diri.
-
Membantu Warga Organisasi PKPMP Ke Arah Pembentukan Sifat Positif Di Dalam Aktiviti-aktiviti Intervensi Yang Berbentuk Penganalisisan Dan Pendiagnosis Cabaran/ Masalah.
-
Membantu Warga Organisasi PKPMP Ke Arah Pemulihan Kepada Kehidupan Harmoni Dengan Peningkatan Kemahiran Dalam Proses Penyesuaian Diri Dengan Persekitaran.
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI YANG DITAWARKAN
- Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
- Intervensi Kaunseling (Rujukan, Exit Policy, Walk In)
- Program Psikologi (Pengurusan Stres, Motivasi, Pengurusan Konflik, Pengukuhan Pasukan)
- Pengendalian Inventori/ Ujian Psikologi
- Booth Temu Mesra Psikologi
- Pelaksanaan Kajian Psikologi
- Program Pementoran
CARA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
SECARA SUKARELA
Pegawai hadir secara walk in Cawangan Psikologi atau menghubungi melalui telefon/ emel untuk tetapkan tarikh temujanji.
SECARA RUJUKAN
- Ketua atau Penyelia merujuk staf/ kes yang dikenalpasti ke Cawangan Psikologi sama ada melalui surat/ memo/ emel.
- Pegawai yang dirujuk perlu hadir pada tarikh sesi pertemuan/ intervensi yang telah ditetapkan. Bilangan pertemuan/ intervensi yang akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan kes dan pencapaian kepada matlamat sesi.
- Laporan keseluruhan Intervensi/ Kaunseling akan dihantar kepada perujuk selepas intervensi ditamatkan untuk tindakan sewajarnya.
HUBUNGI KAMI
CAWANGAN PSIKOLOGI
BAHAGIAN PENGURUSAN
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
Aras 3, Istana Kehakiman
62506, PUTRAJAYA
Tel : 03-8880 3792/ 03-8880 3865
Emel : kamal@kehakiman.gov.my