YA Tan Sri Dato' Wira Aziah binti Ali

YA Tan Sri Dato' Wira Aziah binti Ali
Hakim Mahkamah Persekutuan
PSM, DGMK, DSDK, AMP

YA Tan Sri Dato’ Wira Aziah binti Ali dilahirkan pada 23 Mei 1952 di Alor Star Kedah, Darul Aman. YA Tan Sri Dato’ Wira telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1976.

YA Tan Sri Dato' Wira telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah Peguam Persekutuan, Kementerian Pertahanan Malaysia (1976); Peguam Persekutuan, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara (1976); Pegawai Undang-Undang, Kementerian Perhubungan (1978); Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor (1980); Hakim Mahkamah Sesyen Taiping, Perak (1982); Timbalan Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Malaysia (1988); Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (1988); Hakim Kanan Mahkamah Sesyen, Seremban, Negeri Sembilan (1992); Hakim Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor (1993); Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya (1994); Pengarah Latihan, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri (1996); Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan (2001); Ketua Pengarah, Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri (2001); dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Kedah (2003).

YA Tan Sri Dato’ Wira telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 01 September 2005 dan pada 11 April 2007 YA Tan Sri Dato’ Wira telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. YA Tan Sri Dato’ Wira telah berkhidmat di Bahagian Keluarga, Bahagian Sivil dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 11 Mei 2011 YA TAn Sri Dato’ Wira telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Mulai 21 Mac 2016, YA Tan Sri Dato' Wira telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sebagai menghargai sumbangan YA Tan Sri Dato’ Wira, beliau telah dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) pada tahun 1987, Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membwa gelaran Dato' pada tahun 2014 dan Darjah Kebesaran Seri Gemilang Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Dato' Wira pada tahun 2016. YA Tan Sri Dato' Wira telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 09 September 2017.

ALAMAT
Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

 +603 8880 9423   +603 8880 4209
 aziah@kehakiman.gov.my

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.