Home: FAQ (Soalan Lazim)
Soalan Lazim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


ETIKA MENGHADIRI MAHKAMAH TERBUKA

1. Sebelum memasuki Mahkamah Terbuka sila pastikan telefon bimbit, alat kelui dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi dipadamkan.

2. Sila berada di dalam Mahkamah sebelum persidangan bermula. Jika Mahkamah telah bersidang, untuk memasuki mahkamah sila tunduk hormat selepas membuka pintu dan ambil tempat duduk. Jika perlu keluar semasa Mahkamah sedang bersidang, sila beredar dengan senyap, tunduk hormat kepada Mahkamah dan buka pintu tanpa membuat bising.

3. Sila tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil.

4. Semasa Mahkamah bersidang hendaklah tumpukan sepenuh perhatian kepada prosiding. Perbuatan seperti berbual-bual, ketawa, menguap, sendawa, membaca surat khabar atau majalah, tidur dan makan adalah dilarang kerana ini boleh dianggap anda tidak menghormati Mahkamah.

5. Kanak-kanak kecil yang terpaksa hadir ke Mahkamah hendaklah dikawal sentiasa supaya tidak membuat bising dan menganggu perbicaraan.

6. Haruslah diingati bahawa Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan diadakan dan hendaklah sepanjang masa dihormati supaya keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Waktu
Pukul 8.30 pagi atau Atas arahan masa yang ditentukan oleh Mahkamah.

Pakaian
Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:

Seluar/skirt pendek
Jeans
Selipar
Topi Keledar
Cermin mata hitam
Jaket kulit
Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan

Dokumen-Dokumen

1. Pengenalan Diri
Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
2. Anggota-Anggota Kerajaan
Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
3. Pemilik Syarikat
Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
4. Wakil Syarikat
Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
5. Pemilik Hartanah
Sila kemikakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
6. Sijil Sakit
Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.

PERANAN SAKSI DI MAHKAMAH

Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan.
Seseorang yang diserahkan dengan sapina oeh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau.
Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – Keterangan yang diberikan.

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM KE MAHKAMAH

Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (Sila rujuk pada sapina).
Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan.
Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.
Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH

Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. (Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Malaysia).
Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu.
Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah.
Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan Pendakwa/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan.
Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar.
Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.
Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.  

::atas


BAGAIMANA  UNTUK MEMBUAT  TUNTUTAN KECIL  DI MAHKAMAH

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah  Majistret

    • Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00.
    • Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam, mengurangkan kos perbicaraan.
Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut

1. Mendapatkan kembali hutang                               }
2. Tuntutan barangan melibatkan nilai                       }
    Wang tidak lebih RM5,000.00                               } Jumlah nilai
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar        } tuntutan tidak
4. Sewa menyewa                                                   } tidak melebihi
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.                      } RM5,000
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan     }
 

Di Mana  Tuntutan Perlu Dibuat
Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran.
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.
 

Bagaimana Anda Hendak Memulakan Saman
Anda perlu mendapatkan Borang 164 yang telah disediakan di Mahkamah dan mengisi borang tersebut mengikut mana-mana bersesuaian.
Terdapat beberapa jenis borang yang mempunyai tujuan masing-masing yang akan digunakan selepas penghakiman diperolehi.
Bagi memulakan saman anda dikehendaki mengisi Borang 164 dalam 4 salinan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan.
Tandatangan di borang tersebut atau cap jari.
 

Kehadiran Ke Mahkamah Pada Tarikh Yang Ditetapkan
Apabila peringkat di atas telah selesai anda dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Sekira defendan hadir dan menafikan tuntutan maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara.  Sekira defendan hadir dan bersetuju dengan tuntutan maka Mahkamah akan memberi penghakiman kepada plaintif dan mengarahkan defendan membayar sama ada di Mahkamah ataupun  pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.
Sekira defendan tidak hadir  maka  anda kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa anda telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos.  Selepas itu anda berhak memohon Penghakiman Ingkar (tampa kehadiran defendan).
Sekiranya anda tidak hadir tanpa sebab dan defendan hadir maka saman anda boleh dibatalkan oleh Mahkamah.
 

Perkara Lain Yang Boleh Dituntut
Selain dari penghakiman anda juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang boleh anda lakukan tidak melebihi RM100.00 dari defendan.
 

Peguam
Kedua-dua ihak di dalam kes tuntutan kecil  tidak dibenarkan menggunakan khidmat peguam dan perbicaraan adalah di antara pihak-pihak.

Majistret
Orang yang akan membicarakan kes anda.  Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang .  Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.

Jurubahasa Mahkamah
Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik anda perlu memberitahu Mahkamah sekiranya anda memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.

Perhatian:
RISALAH INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA.  IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN ATAU KETERANGAN DI MAHKAMAH.
 
 

ARAHAN KEPADA PLAINTIF:

1. Plaintif mestilah mengisikan namanya dengan penuh dan nombor kad pengenalannya dalam bahagian pertama.  Jika plaintif adalah suatu syarikat atau firma, nama penuh syarikat atau firma itu hendaklah dinyatakan.

2. Dalam bahagian kedua plaintif  mestilah mengisikan nama defendan dengan penuh dan alamatnya yang terakhir diketahui.

3. Dalam bahagian ketiga plaintif mestilah menyatakan amaun tepat yang dituntut.  Amaun yang dituntut itu tidaklah boleh melebihi RM5,000,000.  Jika amaun itu melebihi RM5,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret Kelas Satu dan tidaklah boleh dibuat dalalm borang ini.

4. Dalam bahagian yang sama, plaintif mestilah menyatakan butir-butir tuntutannya.  Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.

5. Setelah mengisi butir-butir, plaintif mestilah menandatangani borang secara sendiri.  Jika plaintif adalah suatu syarikat, borang mestilah ditandatangani oleh seorang pegawai syarikat itu yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk bebuat demikian.  Jika ia adalah suatu perkongsian, maka ia bolehlah ditandatangani  oleh seorang daripada pekongsi.

6. Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalalm 4 salinan di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua.  Dia mestilah membayar fee pemfailan sebanyak  RM10.00 .  Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.  Satu salinan borang akan dikembalikan kepada plaintif.

7. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh  diwakili oleh peguam di pendengaran itu.
 

ARAHAN-ARAHAN KEPADA DEFENDAN:

1. Apabila kamu menerima borang ini yang dimeteraikan dengan meterai Mahkamah, kamu adalah didakwa oleh plaintif.

2. Jika kamu mempertikaikan tuntutan itu kamu mestilah menyatakan pembelaan anda, dengan butir-butir, dalam Borang 165.

3. Kamu mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah.

4. Jika kamu gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika kamu gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif berserta dengan kos.

5. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.
 

Cara Mengisi Borang Saman (Borang 164)
Di bawah ini ditunjukkan cara Borang 164 diisi.  Terdapat juga penjelasan bagi perkataan yang belum anda ketahui.
 

PLAINTIF                                                                                                   (Borang ini diberi dengan percuma)
.   Anda adalah plaintif(individu orang yang membuat                                        No. 164                                          A.54.k 3
    tuntutan). Tulis nama penuh anda dan alamat.                                                             SAMAN
.   Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda kena                                          DI MAHKAMAH MAJISTRET
    melantik seseorang yang cukup umur untuk bertindak                                 (PROSIDUR TUNTUTAN KECIL)
    bagi pihak anda. Nama wakil anda diletakkan di hadapan                                       DI…………………
    nama anda.                                                                                            DI NEGERI…………………. MALAYSIA

                                                                                                                              KES NO…………………………….
DEFENDAN
.   Orang yang kena tuntut.                                                                         Nama Plaintif:                                       No.KPPN.:
.   Berikan nama penuh dan alamt penuh.                                                    Alamat:

PENYATAAN TUNTUTAN
. Jumlah wang yang anda ingin tuntut.                                                        Nama Defendan:                                   No.KPPN.:
. Butir-butir tuntutan anda seperti tarikh,transaksi, nilai                                Alamat:
  transaksi,pendapat atau lain-lain fakta mengikut  kesesuaian
  kes anda. Anda juga boleh memohon kos dan faedah                                Penyata Tuntutan

                                                                                                               Tuntutan plaintif ialah untuk sejumlah wang sebanyak
                                                                                                               RM……………………..
                                                                                                               Butir-butir:

 TANDATANGAN/CAP JARI                                                                      {………………….         …………………………..
                                                                                                                  Tarikh                Tandatangan/CapIbu jari kanan
.  Anda dikehendaki tandatangan saman ini atau cap jari
   dan juga tarikh.                                                                                    * {……………………  …………………………..
                                                                                                                Tarikh pemfailan              Majistret

KEGUNAAN PEJABAT                                                                             PERINTAH KEPADA DEFENDAN:

*Bahagian ini adalah untuk kegunaan Mahkamah                                           1.  Jika kamu mempertikaikan tuntutan plaintif, kamu
                                                                                                                     Mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu dalam
                                                                                                                     borang 165 pada atau sebelum…………………..

                                                                                                                2.  Kamu mestilah hadir di Mahkamah ini pada  tarikh
                                                                                                                    perbicaraan dan pada masa yang ditunjukkan di bawah
                                                                                                                    ini jika kamu tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif.

                                                                                                                3. Bawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain kertas
                                                                                                                    dengan kamu untuk menyokong kes kamu

                                                                                                              *{TARIKH PERBICARAAN……………………MASA…………..
 
                                                                                                                 ………………….  ………………………
                                                                                                                  Tarikh pemfailan  Majistret
 

                                                                                                                                                 (METERAI)
 

::atas


PANDUAN PROSES KESALAHAN BAGI KES-KES TRAFIK DI MAHKAMAH MAJISTRET

PENGENALAN

Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesnan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)

Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan.  Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.

Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan.  Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu  semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya  dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon  lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
 

JENIS-JENIS KESALAHAN

Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Saman Boleh Dikompaun

Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.

2. Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.

3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap

Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika dil bawah pengaruh alkohol.

Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.
 
 
  APAKAH JENIS-JENIS KESALAHAN BIASA DILAKUKAN DALAM KES-KES TRAFIK

Peruntukan Undang-Undang
 

  • Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
  • Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
  • Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
  • Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
  • Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ    yang  berpakaian seragam s55 APJ 1987
  • Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
  • Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987  bagi kesalahan  ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
  • Tidak memakai  topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
  • Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978

       

    SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00
    ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
     

  • Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987.  Hukuman maksimum RM1000.00.
  • Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987.  Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.  Lesen  memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
  • Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
  • Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.  Lesen mesti diendors dan boleh digantung.
     

    PROSES PENGAKUAN SALAH DI MAHKAMAH UNTUK KES-KES SAMAN TRAFIK
     

  • Berada di Mahkamah sebelum pukul 9.00 pagi pada tarikh yang diberi di dalam saman.
  • Nama anda akan dipanggil oleh pihak polis dan anda akan diberitahu Mahkamah yang mana perlu dihadiri.
  • Tunggu di dalam mahkamah sehingga nama anda dipanggil oleh jurubahas.  Apabila dipanggil sila tampil ke hadapan.
  • Tuduhan akan dibaca dan diterangkan kepada anda dalam bahasa yang dipilih oleh anda dan anda akan ditanya smaa ada anda faham tuduhan tersebut.
  • Jikalau anda faham tuduhan anda akan ditanya sama ada anda mengaku salah atau tidak.
  • Jikalau anda mengaku salah, anda akan disabitkan ke atas tuduhan tersebut.  Sebelum hukuman dijatuhkan anda akan diberi peluang untuk membuat rayuan.
  • Jikalau anda tidak mengaku salah, satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan dan anda akan dilepaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan kelak.
     

    DIMANAKAH  DENDA  PATUT DIBAYAR?

    Denda mesti dibayar di pusat pembayaran denda atau di kaunter Mahkamah.
    Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Mahkamah untuk semua pembayaran denda
    Dan anda mesti menyimpan resit itu dengan baik sebagai bukti pembayaraN untuksemua urusan.
     

    BOLEHKAN DENDA DIBAYAR SECARA ANSURAN?

    Mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan denda dibayar secara ansuran ataupun untuk memberi masa untu menjelaskan denda.  Kuasa ini tertakluk kepada budibicara Mahkamah dan anda diingatkan bahawa bayaran ansuran atau masa yang lebih untuk membayar  denda jarang sekali dibenarkan.
     

    BOLEHKAH DENDA DIBAYAR DENGAN CEK, KAD KREDIAR DSB?

    Semua denda mesti dibayar secara tunai sahaja.  Jenis-jenis pembayaran lain tidak diterima.
     

    BOLEHKAH  KES  ANDA  DIKOMPAUN?

    Jika kesalahan itu boleh dikompaun, suatu tarikh untuk kompaun kes akan dinyatakan di dalam saman.  Anda tidak akan dibenarkan mengkompaun kes selepas kes dirujuk ke Mahkamah.
     

    BOLEHKAH ANDA MENGAKU  SALAH  MELALUI  SURAT

    Pengakuan salah melalui surat boleh diterima dengan syarat-syarat berikut:
     

  • Hukuman maksimum bagi kesalahan yang dirujuk tidak melebihi RM1000.00 atau tiga(3) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
  • Pengakuan salah mesti termaktub dengan jelas di dalam surat tersebut.
  • Surat itu mesti bertarikh dan ditandatangani oleh anda.
  • Alamat anda mesti diberi dengan penuh dan jelas.


    Anda boleh  memberi apa-apa penjelasan atau rayuan melalui surat pengakuan salah itu.  Anda perlu terangkan macam mana sebarang denda yang akan dikenakan dapat dibayar.  Biasanya anda akan diberi masa (1) minggu untuk membayar denda.
     

    APAKAH PERLU ANDA BUAT JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN
    HUKUMAN YANG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH?

    Jikalau anda tidak dapat hadir di Mahkamah  atas alasan-alasan yang munasabah, suatu tarikh baru akan diberi atau anda akan diberitahu melalui notis.  Sebaik-baiknya anda mesti memberitahu Mahkamah terlebih dahulu jikalau tidak dapat hadir.  Jikalau anda ingkar hadir tanpa sebab-sebab yang munasabah, suatu waran tangkap akan dikeluarkan.
     

    BOLEHKAH ANDA DIWAKILI OLEH PEGUAM?

    Untuk mendapat khidmat nasihat seorang peguam adalah hak anda.  Anda dibenarkan diwakili oleh seorang peguam di dalam apa-apa prosiding di Mahkamah.

    ::atas


  • JAMINAN MAHKAMAH: BAGAIMANA ANDA MENGURUSKANNYA

    APA  DIA JAMINAN?

  •  Ialah wang pelepasan sementara kepada orang tertuduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji penjamin untuk mengemukakan orang tertuduh  setiap hari perbicaraan.
  • Perjanjian di antara penjamin dan Mahkamah dipanggil bon jaminan
  • Syarat-syarat jaminan dan jumlah jaminan adalah terletak atas budi bicara Mahkamah.  Ia bergantung pada latar belakang sesuatu kes.


    TUJUAN JAMINAN

    Seseorang itu adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah.  Oleh itu jaminan akan diberikan untuk membebaskan orang tertuduh dan pada masa yang sama membuatkan penjamin memasukkan cagaran untuk menentukan kehadiran orang tertuduh ke Mahkamah.

    JAMINAN DALAM KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH DIJAMIN  (BAILABLE OFFENCE)

    Bagi kesalahan-kesalahan seperti ini, orang tertuduh boleh dibebaskan dengan jaminan kerana ia adalah hak orang tertuduh.  Apabila orang tertuduh dipertuduhkan di Mahkamah maka Mahkamah akan menentukan jumlah jaminan yang ditawarkan.  Sesiapa yang layak bolehlah menjamin orang tertuduh.  Jika tidak penjamin orang tertudu akan ditahan di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.
     

    SYARAT-SARAT JAMINAN DAN SIAPAKAH BOLEH MENJADI PENJAMIN
     

  •  Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke atas)
  •  Seorang warganegara (jika bukan warganegara ia tertakluk  kepada syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah)
  •  Mengemukakan jumlah jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah.
  •  Jumlah jaminan yang cukup  seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah bolehlah dikemukakan dalam bentuk:
      • Simpanan Tetap (fixed deposit)atau suatu jumlah wang yang boleh berada dalam Akaun Simpanan yang mana jika  ada kad ATM hendaklah diserahkan kepada Mahkamah.
      • Geran tanah(kekal/sementara)  -- tidak termasuk Lesen Tumpangan Sementara (TOL) dan jika geran tanah dimiliki secara berkongsi semua pengkongsi mesti memberi persetujuan untuk dijadikan cagaran.  Laporan  penilai harta hendaklah dikemukakan untuk membolehkan Mahkamah menentukan nilai tanah dalam geran tanah itu mencukupi  meliputi  jumlah jaminan yang ditetapkan itu.
  •  Faham semua syarat jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah.
  •  Menandatangani bon jaminan.
  •  Pasport antarabangsa/terhad orang tertuduh jika diperlukan.  

     

    CARA MENGURUSKAN JAMINAN
     

  •  Selepas Mahkamah mengumumkan jumlah jaminan yang dikenakan ke atas orang tertuduh, penjamin perlu pergi ke kaunter pendaftaran berkenaan sama ada di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret.
  •  Kad pengenalan penjamin serta akaun jaminan dalam bentuk yang dinyatakan hendaklah dibawa bersama-sama.
  •  Pihak pendaftaran berkenaan akan mengisikan butiran peribadi penjamin dan orang tertuduh di dalam sebuah buku jaminan yang dipanggil bon jaminan. Penjamin dan  tertuduh akan diterangkan syarat-syarat jaminan oleh Pendaftar/Majistret dan kemudian penjamin dan tertuduh perlu menurunkan tandatangan ke atas bon jaminan tersebut dan satu kad rujukan akan diberikan kepada penjamin dan ia hendaklah disimpan dengan baik untuk apa-apa urusan berkait jaminan tersebut.
  •  Jaminan yang diberi akan disimpan oleh Mahkamah sehingga kes selesai  dan tuntutan cagaran boleh dibuat oleh penjamin dengan mengemukakan kad rujukan tadi.


    TANGGUNGJAWAB PENJAMIN

    Tanggungjawab utama seorang penjamin ialah menentukan kehadiran orang tertuduh di Mahkamah.  Tanggungjawab lain akan diterangkan sebelum bon jaminan ditandatangani.
     

    RISIKO PENJAMIN

    Jika penjamin gagal mematuhi mana-mana syarat jaminan misalnya gagal memastikan kehadiran orang tertuduh di Mahkamah atau gagal mengemukakan barang kes pada hari perbicaraan atau sebutan maka jaminan boleh dilucutkan kepada Kerajaan oleh Mahkamah.  Sebelum merampas wang jaminan Mahkamah akan memberi peluang kepada penjamin  untuk  memberi penjelasan mengapa wang jaminan tidak patut dirampas dan selepas itu adalah terpulang kepada budi bicara Mahkamah sama ada untuk meranpas keseluruhan wang jaminan atau sebahagiannya ataupun tidak sama sekali
     

    JENIS-JENIS JAMINAN LAIN
     

  • Jaminan Terhadap Barang Kes


    Ia melibatkan jaminan barang-barang kes yang akan menjadi eksibit Mahkamah seperti kenderaan, barang-barang kemas dan sebagainya.  Melalui jaminan ini tuan punya boleh menyimpan barang-barang tersebut sendiri dengan syarat perlu mengemukakan di Mahkamah apabila Mahkamah memerintahkan berbuat demikian.
     

  •  Jaminan Berupa Hukuman


    Ia adalah bagi kes-kes tertentu seperti di bawah Akta Mahkamah Juvana, Kanun Acara Jenayah dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diputuskan oleh Mahkamah supaya  hukuman/perintah dalan bentuk pengenaan syarat jaminan kesalahan kepada Mahkamah oleh pihak yang berkenaan, iaitu tertuduh atau pesalah dibenarkan jaminan berkelakuan baik atau diletak di bawah pengawasan seseorang dalam tempoh tertentu.
     

  •  Jaminan Bagi Kes Sivil


    Ia adalah untuk memastikan kehadiran penghutang penghakiman ke Mahkamah untuk menjawab tuntutan sivil ke atasnya setelah  beliau gagal hadir di Mahkamah.
     

  • Jaminan Sementara Menunggu Tempoh Rayuan


    Ia adalah merupakan syarat yang boleh dikenakan oleh sesebuah Mahkamah untuk membolehkan tertuduh, yang telah dijatuhkan hukuman oeh Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret tetapi tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah itu dan ingin membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi, menggantungkan pelaksanaan hukuman itu sehinggalah Mahkamah Tinggi membuat keputusan atas rayuan tersebut.  Jika seseorang tertuduh ingin merayu  terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, maka jaminan ini boleh dikenakan oleh Mahkamah Tinggi bagi maksud yang sama.

    Bagi jaminan eksibit, jaminan di dalam kes sivil,jaminan berbentuk hukuman dan jaminan sementara menunggu rayuan ia masing-masing mempunyai bon yang berbeza  dan akan diuruskan oleh pihak Pendaftar/Majistret sementara lain-lain proses adalah sama seperti dalam mengurus jaminan untuk orang tertuduh.
     

    Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada:

    Pejabat Pendaftaran Mahkamah berkenaan.

    ::atas


  • PERMOHONAN  SURAT KUASA   MENTADBIR DAN PROBET DI  MAHKAMAH

    PENGENALAN
    Surat Kuasa Mentadbir/Probet diperlukan bagi membolehkan harta pusaka simati ditadbir menurut undang-undang.

    Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan kepada seseorang waris di mana simati tidak meninggalkan wasiat.

    Probet pula dikeluarkan kepada seseorang yang dinamakan sebagai wasi di dalam wasiat simati.
     

     DI MANA PERMOHONAN DIBUAT

    Jika nilai harta simati melebihi RM600,000 permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi yang berhampiran.  (Sebaliknya jika nilai harta tidak melebihi RM600,000 permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah di mana sebahagian besar harta simati terletak).
     

    BAGAIMANA  PERMOHONAN DIBUAT

    Permohonan dibuat dengan memfailkan petisyen dalam dua salinan mengikut Borang 168 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (yang mana berkenaan).
     

     APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN  KETIKA MEMBUAT  PERMOHONAN

      • - Sijil Kematian Asal
      • - Senarai harta dan hutang simati
      • - Senarai waris kadim simati
      • - Wasiat simati (jika berkaitan)
      • - Surat Sumpah (Afidavit) saksi kepada wasiat (jika berkaitan)
      • - Penolakan dalam Borang 169 (jika berkaitan)


    PERBICARAAN

    Permohonan mesti hadir pada tarikh bicara dengan membawa Kad Pengenalan.

    Jika Mahkamah membenarkan permohonan, Mahkamah akan kemudiannya menghantar surat kepada pemohon supaya membuat bayaran yang perlu sebelum Surat Kuasa Mentadbir/Probet dikeluarkan.
     

    BERAPAKAH   BAYARAN  YANG DIKENAKAN UNTUK PERMOHONAN

        Petisyen … … RM80.00

        Afidavit … … RM  8.00
     

  • Bayaran yang berikut adalah juga dikenakan untuk pengeluaran geran Surat Kuasa Mentadbir/Probet:


         Sumpah Pentadbiran  … RM 10.00
     

  • Pengeluaran Geran  … RM200.00 (bagi kematian selepas 1.11.91)
     
  • Bagi kematian sebelum 1.11.91, kadar bayaran adalah tertakluk kepada Perakuan dari Pejabat Duti Harta Pusaka.
     

    LAIN-LAIN

    Selain daripada Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang disebutkan di atas, terdapat juga permohonan yang berikut:
     

    SURAT KUASA MENTADBIR DENGAN WASIAT TERLAMPIR (bagi kes-kes di mana simati tidak menamakan wasi di dalam wasiatnya.)

    SURAT KUASA MENTADBIR DEBONIS  NON (bagi kes-kes di mana seseorang yang telah diberi Surat Kuasa Mentadbir meninggal      dunia sebelum harta pusaka simati  dapat ditadbir.)

    SURAT KUASA MENTADBIR  OLEH PERBADANAN AMANAH ( bagi permohonan yang dibuat oleh syarikat-syarikat amanah.)

    PEMETERAIAN SEMULA SURAT KUASA MENTADBIR/PROBET (iaitu permohonan untuk memeterai semula Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang telah dikeluarkan oleh mana-mana simati mempunyai harta di Malaysia.)
     

    ::atas


  • BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY)


     Apakah Surat Kuasa Wakil

    Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) ialah suatu instrumen atau dokumen perjanjian atau akaun berkanun di mana Pemberi Kuasa mewakilkan kuasanya kepada pihak tertentu (Penerima Kuasa Wakil) untuk sesuatu tujuan tertentu atau am dan mengikat kedua-dua belah pihak serta boleh dikuatkuasakan menurut undang-undangnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta).
     

    Bahasa Surat Kuasa Wakil Yang Boleh Didaftarkan.

    Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.

    Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib  disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkamah atau melalui Akuan Berkanun (Statutory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu ditulis.
     

    Bahasa Surat Kuasa Yang Boleh Didaftarkan.

    Di bawah Akta suatu  Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam  versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.

    Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkmah atau melalui Akuan Berkanun (Statory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu  itu ditulis.
     

    Pengesahan Tandatangan/Akusaksi Ke Atas Surat Kuasa Wakil

    Ditandatangani di Malaysia Barat

    Jika Surat Kuasa Wakil dilaksanakan di Malaysia Barat, ia hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai berikut:

    Majistret
    Jaksa Pendamai
    Pentadbir Tanah
    Penyaksi Awam
    Pesuruhjaya Sumpah
    Peguambela dan Peguamcara yang beramal di Malaysia Barat
    Pegawai Syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang didaftarkan di bawah Undang-Undang bertulis Malaysia.
     

    Ditandatangani di Luar Malaysia Barat

    Jika Surat Kuasa Wakil tersebut dilaksanakan di luar Malaysia Barat, ianya hendaklah disaksikan oleh mana-mana pegawai berikut:

    Penyaksi Awam
    Pesuruhjaya Sumpah
    Mana-mana Hakim
    Majistret
    Konsul British atau Timbalan Konsul
    Wakil kepada Ratu Britain
    Mana-mana Pegawai Konsular Malaysia di luar negara
    Pesuruhjaya Haji, jika dilaksanakan di Saudi Arabia
    Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Agong Singapura atau pegawai syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan oleh dan di bawah Undang-Undang bertulis Republik berkenaan.

    Bagaimana Bentuk Pengesahan Harus Dibuat

    Seksyen 3 dan Jadual Pertama Akta Surat Kuasa Wakil 1949 memperuntukkan bentuk  pengesahan adalah seperti berikut:

    Jika dilaksanakan oleh Individu

    Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 1, Jadual Pertama Akta.

    Jika dilaksanakan oleh Syarikat

    Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 11, Jadual Pertama Akta.

    Setiap Surat Kuala Wakil yang lengkap seharusnya disetemkan terlebih dahulu di Pejabat Hasil dan Setem di negeri-negeri Malaysia Barat sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Malaya.
     

    Cara Pendaftaran Surat Kuasa Wakil

    Melalui Peguam

    Kedua-dua pemberi dan penerima kuasa wakil boleh diwakili oleh Peguam dalam urusan pendaftaran.

    Sendiri

    Pihak-pihak juga boleh hadir sendiri di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada waktu pejabat dan mengemukakannya di Kaunter Perkhidmatan bagi urusan pendaftaran Surat Kuasa Wakil. (Setiap pendaftaran Surat Kuasa Wakil mestilah disertakan Borang 78 yang diisi dengan lengkap)
     

    Bayaran Pendaftaran Surat Kuasa Wakil

    Pendaftaran asas Surat RM25.00 Kuasa Wakil
    Setiap folio (100 patah RM 0.50 perkataan)
    Salinan pejabat atau salinan RM10.00 diakui
     

    Pembatalan Surat Kuasa Wakil

    Melalui Notis Pembatalan

    Setiap instrumen yang memberi kuasa wakil di mana salinan telah disimpan atau didaftarkan di pejabat Penolong Kanan Pendaftar menurut Akta hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah:

    Notis bertulis mengenai  pembatalannya diterima daripada pemberikuasa
    Notis bertulis mengenai pelepasannya diterima daripada penerima kuasa
    Pemberi atau penerima kuasa meninggal dunia
    Penerima kuasa menjadi tidak siuman
    Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman
    Pemberi kuasa diisytiharkan bankrap

    Setiap notis pembatalan hendaklah difailkan bersama salinan asal Surat Kuasa Wakil yang hendak dibatalkan.  Setiap pendaftaran pembatalan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/- bagi tujuan pemprosesannya.
     

    Surat Kuasa Wakil Kekal

    Surat Kuasa Wakil kekal (Irrevocable Power of Attorney) ialah di mana dinyatakan samada Surat Kuasa Wakil  tersebut “Kekal” atau “Tidak boleh terbatal untuk tempoh tertentu” (Irrevocable for fixed time),tidak akan terbatal dengan kematian pihak-pihak, tidak siuman atau kebankrapan dan sebagainya.
     

    Peringatan

    Risalah ini hanya maklumat secara am mengenai Suat Kuasa Wakil dan cara mendaftarkannya seperti yang digambarkan adalah secara ringkas serta tertakluk kepada pindaan akta dan peraturan semasanya.  

    ::atas

     About Us F.A.Q Email

    Privacy Policy | Security Policy

    Designed & Maintained by:
    Bahagian Teknologi Maklumat
    Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
    Istana Kehakiman, PUTRAJAYA

    If you have any technical questions or would like to report broken links or server down time please e-mail: webmaster
    © Copyright 2004. All rights reserved.
    DISCLAIMER
    The Government and the Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia