Pusat Mediasi Mahkamah Negeri

 

Pusat Mediasi Mahkamah Alor Setar ditubuhkan pada 15 Oktober 2016 di atas cetusan idea mantan Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Tan Sri Arifin bin Zakaria setelah mendapati proses tersebut menyumbang kepada penjimatan masa, tenaga dan kos semua pihak yang terlibat dalam melupuskan kes-kes yang difailkan di Mahkamah.

Misi:
 
1. Untuk menjadikan mediasi sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.
 
2. Untuk menggalakkan pertelingkahan di antara pihak-pihak diselesaikan secara baik.
 
3. Untuk menggalakkan pihak-pihak mencapai satu keputusan yang memberikan mereka kepuasan.
 
4. Untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga pihak-pihak yang terlibat.
 
5. Untuk menyediakan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan kes tanpa melalui perbicaraan.
 
6. Untuk mengurangkan jumlah kes-kes tertunggak di Mahkamah.
 
Malay