FUNGSI BAHAGIAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI

  • Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pentadbiran.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • Menjalankan tugas Pentadbiran am bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL

  • Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Sivil.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:

 

  • Mahkamah NCVC;
  • Mahkamah Unit Saman Pemula;
  • Mahkamah Keluarga;
  • Mahkamah Pembinaan;
  • Mahkamah Rujukan Tanah dan Penggulungan Syarikat;
  • Mahkamah Unit Rayuan;
  • Bahagian Kebankrapan;
  • Bahagian Pelaksanaan;
  • Bahagian Surat Kuasa Wakil; dan
  • Bahagian Surat Kuasa Mentadbir.

 

  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah dan bahagian sivil.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH

  • Bahagian Jenayah ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Jenayah.
  • Unit ini dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar dan bertanggungjawab mengawal selia Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil.1 Tahun 2017.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret Jenayah).
  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global untuk semua Mahkamah Tinggi Jenayah Kota Bharu.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

 

Malay