FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Pasir Puteh.

 

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Selangor bagi urusan reman dibawah Sek. 117 KAJ, Sek. 259 KAJ, Sek. 334 KAJ dan APD.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah Pasir Puteh.
Malay