Bahagian Pelaporan Undang-Undang

FUNGSI

  • Menjadi urusetia kepada pengumpulan Alasan Penghakiman Mahkamah Rendah untuk dinilai oleh panel penilai bagi menentukan pemarkahan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Bahagian ini juga akan menyimpan rekod senarai Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang telah menghantar atau tidak menghantar Alasan Penghakiman setiap bulan untuk tujuan latihan, kenaikan pangkat dan perkara-perkara lain.
  • Memilih dan menyenarai pendek alasan penghakiman sivil dan jenayah dalam kalangan Hakim dan Majistret Mahkamah Rendah untuk diterbitkan dan juga diedarkan kepada beberapa Penerbit Jurnal Undang-Undang terpilih di dalam Negara.
  • Mewujudkan arkib dan Pusat Pendaftaran berpusat bagi Alasan Penghakiman Sivil dan Jenayah oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rendah sebagai sumber rujukan masa hadapan.

 

Melayu