FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Jeli.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Jeli bagi urusan reman dibawah Sek. 117 KAJ, Sek. 259 KAJ, Sek. 334 KAJ dan APD.
Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah Jeli.

Melayu