Hebahan Pentadbiran Bulan Mac 2018

 

Tarikh : 29.3.2018

Perkara : Arahan Bagi Pengisian E-Daily Report Berdasarkan Rekod Pada Sistem Court Recording Transcription (CRT)

 

YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan surat rujukan PKPMP.PKP.100-5/2/1 Jld. 2 bertarikh 28 Mac 2018 berhubung dengan Arahan Bagi Pengisian e-Daily Report Berdasarkan Rekod Pada Sistem Court Recording Transcription (CRT) untuk tindakan dan perhatian pihak YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

                     t.t

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 22.3.2018

Perkara : Carta Aliran Penetapan Pegawai Penilai Pertama (PPP) Dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) Tahun 2018

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

 

YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2. Bersama-sama ini disertakan [klik] CARTA ALIRAN PENETAPAN PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) dan PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK) bagi tahun 2018 untuk makluman dan tindakan semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

HJH KHAIRUN BT ZAKARIA

HRMIS, NAIK PANGKAT & TATATERTIB,

BAHAGIAN PENGURUSAN,

MAHKAMAH KUALA LUMPUR.

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.3.2018

Perkara : Arahan Pentadbiran Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan sesalinan Arahan Pentadbiran Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018 bertarikh 19 Mac 2018 mengenai Sistem e-Kehakiman Fasa 2 (e-KF2) di Mahkamah: Pematuhan Proses Kerja Bagi Kes Sivil untuk tindakan dan perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan.

 

klik untuk Lampiran B

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

  

                     t.t

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.3.2018

Perkara :PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2018 MELALUI APLIKASI SISTEM ATAS TALIAN HRMIS

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk/Dr/Tuan/Puan dikehendaki mengisi SKT 2018 seperti biasa dalam sistem atas talian HRMIS dan selepas 6 (enam) bulan  YBhg. Datuk/Dr/Tuan/Puan dikehendaki pula untuk mengisi Borang Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan 2018 dan dimuat naik (upload) dalam sistem atas talian HRMIS.   Bersama-sama ini disertakan Borang Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2018 yang menerangkan maksudnya dan untuk tindakan semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,       

 

Hjh Khairun bt Zakaria

Pembantu Tadbir Kanan

HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel.:    03  -  6209 4037

Email :  khairun@kehakiman.gov.my

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.3.2018

Perkara : Perintah Reman Dan Perintah Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Di Bawah seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah [AKTA 593] dan seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959 [AKTA 155]

__________________________________________________________________________________

 

Malay