Pelancaran Portal Baru PKPMP

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah melancarkan portal baharu PKPMP dan pelancaran portal tersebut telah disempurnakan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara semasa POJ Gala Dinner 2017 pada 08 Disember 2017.

 

Portal tersebut adalah lebih terkini, mesra pengguna dan mudah diakses. Antara menu baru yang diwujudkan dalam portal tersebut adalah pautan elektronik e-Lawatan PKPMP, e-PesuruhjayaSumpah, e-Judgment, Sistem e-Filing Fasa 2, e-Lelong serta e-Jurubahasa. Portal tersebut boleh dilayari di laman sesawang: https://www.kehakiman.gov.my/

Melayu