Pesuruhjaya Sumpah

Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Kuala Lumpur

Mahkamah Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengikrarkan suratcara suratcara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah.  Pengikraran dokumentasi ini berlandaskan Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan mana mana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah.

 

 

 

Lokasi kaunter Pesuruhjaya Sumpah

:

  Aras 1, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

Waktu Urusan Kaunter Pesuruhjaya Sumpah

Hari

:

    Waktu Perkhidmatan

     

Isnin - Jumaat

:

    8.00 pagi – 3.45 Petang

 

Caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

 

Afidavit

Ekshibit

Akuan Bersumpah

       

Salinan Asal

RM4.00

RM2.00

RM4.00

       

Salinan Pendua dan seterusnya

RM2.00

RM1.00

RM2.00

 

Kadar bayaran ini adalah berdasarkan Aturan 21, Kaedah Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Sebarang aduan mengenai caj lebihan yang dikenakan selain daripada yang tertera di atas atau aduan mengenai salah laku Pesuruhjaya Sumpah boleh diemelkan kepada : bpjs@kehakiman.gov.my

COMMISSIONERS FOR OATHS RULES 1993 [PU(A) 71/1993]

Rule 21 -  Fees to be levied

(1) The fee levied by a Commissioner for Oaths shall not exceed four ringgit for taking an affidavit and shall not exceed two ringgit on each exhibit referred to therein and required to be marked:

Provided that any affidavit which is declared by law to be exempt from payment of stamp duty shall be exempt from any fee when the affidavit is taken by a Commissioner for Oaths who is a public officer.

(2) The fee chargeable under subrule (1)-

(a) when charged by a public officer in the course of performing the functions of a Commissioner for Oaths shall be collected by praecipe and shall form part of the Federal Consolidated Fund; and

(b) when charged by any other person in the course of performing the functions of a Commissioner for Oaths may be retained by him.

 

Apakah itu Pesuruhjaya Sumpah?

Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

 

Apakah Unit yang menguruskan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia?

Unit yang menguruskan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia adalah Unit Pesuruhjaya Sumpah, Bahagian Pejabat Ketua Hakim Negara dan Penyelidikan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

Apakah Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah?

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

 

Apakah piagam pelanggan Pesuruhjaya Sumpah?

Piagam pelanggan Pesuruhjaya Sumpah adalah:-

1. Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan   berkaitannya.

2. Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik.

3. Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan penuh berintegriti.

 

Apakah undang-undang atau dokumen rujukan yang mentadbir serta mengawal kelakuan, tugas-tugas serta etika seseorang Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia?

Undang-undang yang mentadbir serta mengawal kelakuan serta tugas-tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 manakala Kod Etika Pesuruhjaya Sumpah Malaysia pula memerihalkan berkenaan etika dan tatakelakuan yang seharusnya diamalkan oleh seseorang Pesuruhjaya Sumpah.

Melayu