Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2017 yang diadakan pada 01 November 2017 bertempat di Perbadanan Putrajaya, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah berjaya memenangi anugerah-anugerah berikut:-
Pertandingan |
Anugerah |
|
Kategori Anugerah Pengurusan, Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2017
|
PEMENANG Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik dimenangi oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
|
|
Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2017
|
TEMPAT KEDUA Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Kategori Penciptaan) bagi Sistem e-Jurubahasa
|
|
Kategori ICT, Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) 2016
|
TEMPAT KETIGA Kategori Produk Harapan bagi Sistem e-Jurubahasa |
Gambar-gambar sekitar Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2017 tersebut boleh dilayari di Portal rasmi PKPMP melalui pautan http://www.kehakiman.gov.my/node/1938 dan Facebook rasmi Badan Kehakiman Malaysia melalui pautan seperti dibawah : https://www.facebook.com/pg/Kehakiman/photos/?tab=album&album_id=1478753975572790.
Seluruh warga kehakiman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Unit Sijil Amalan Guaman dan Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat di atas pencapaian tersebut.
Sekian untuk makluman YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
Sekian terima kasih
Suzarika binti Sahak
Timbalan Pengarah
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia