Hebahan Pentadbiran Bulan Mei 2018

Tarikh : 30.5.2018

Perkara : Pembukaan Kaunter Zakat Fitrah

 

BARAKAH RAMADHAN : MAKLUMAN PEMBUKAAN KAUNTER PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

              

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Adalah dimaklumkan selaras dengan Program Barakah Ramadhan 1439H, Biro Kebajikan dan Agama (BKA) Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan akan menyediakan kemudahan kaunter pembayaran zakat fitrah kepada wargakerja Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan juga orang awam sepertimana ketetapan berikut :

TARIKH

 

HARI

MASA

TEMPAT

30.5.2018

Rabu

9.30 pg – 12.30 tengahari

Lobi Aras 1

31.5.2018

Khamis

9.30 pg – 12.30 tengahari

Lobi Aras 1

6.6.2018

Rabu

9.30 pg – 12.30 tengahari

Lobi Aras 1

7.6.2018

Khamis

9.30 pg – 12.30 tengahari

Lobi Aras 1

 

Dengan itu Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah digalakkan untuk menggunakan kesempatan dan peluang ini untuk membuat pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1439H. Makluman mengenai perkara ini juga boleh dihebah dan diwar-warkan kepada orang awam dan pihak-pihak yang berurusan dengan Mahkamah Kuala Lumpur.

 

Sekian, terima kasih.

Biro Agama dan Kebajikan

KESMA 2018/2019

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 28.5.2018

Perkara : Tatacara Meletak Kenderaan Di Waktu Cuti Hujung Minggu & Cuti Umum

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Keselamatan Mahkamah Kuala Lumpur telah membuat keputusan dan dipersetujui oleh Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur bahawa semua kenderaan pegawai dan kakitangan yang hadir untuk apa-apa urusan di mahkamah pada hari cuti am dan cuti umum hendaklah meletak kenderaan di hadapan lobi.

 

Ini bertujuan pemantauan keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada waktu tersebut. Kemasukan pada hari tersebut hendaklah mendapat kebenaran dan kelulusan terlebih dahulu daripada penyelia untuk memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

 

Untuk makluman tuan/puan laluan ke sayap kanan dan kiri ditutup pada hari tersebut. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

(WAN MOHD NORISHAM BIN WAN YAAKOB )

Timbalan Jawatankuasa Keselamatan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 25.5.2018

Perkara : Sistem Meja Bantuan Bagi Aduan Kerosakan Bahagian Teknologi maklumat

 

Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat telah mewujudkan satu Sistem Meja Bantuan bagi kegunaan kakitangan Mahkamah seluruh Malaysia.

 

Sehubungan dengan itu sebarang aduan/masalah yang melibatkan peralatan dan perkhidmatan ICT hendaklah dihantar atau dimaklum ke Sistem Meja Bantuan Bahagian Teknologi Maklumat yang boleh dicapai melalui laman sesawang http://helpdesk.kehakiman.gov.my/ atau dengan menghantar emel kepada helpdesk@kehakiman.gov.my atau dengan menghubungi terus talian Meja Bantuan di 03-88809405.

 

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menurut Perintah,

Helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

 

____________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.5.2018

Perkara : Sistem Penempahan Bilik KMKL

 

Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan Sistem Penempahan Bilik telah diwujudkan bagi kegunaan Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur. Sila klik di pautan Sistem Penempahan Bilik KMKL bagi tujuan yang sama. Panduan Manual boleh bagi penempahan Bilik Mahkamah ini juga boleh di muatturun dengan klik Panduan Manual Sistem Penempahan Bilik KMKL.

 

Sebarang pertanyaan teknikal, boleh dikemukakan kepada  itkmkl@kehakiman.gov.my manakala maklumat lanjut berkenaan kelulusan permohonan bilik, boleh diajukan kepada Pn Maznah Jelani di talian 03-6209 4018

 

Sekian, terima kasih.

 

Azlina Binti Abdul Latif

Pegawai Teknologi Maklumat

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Tel : 03 6209 4013

http://www.kehakiman.gov.my/kl/ms

 

Peringatan : Emel adalah dokumen rasmi Kerajaan mengikut PP 5/2007

Please consider the environment before printing this e-mail. 
Save paper, save a tree, save the environment.

 

_________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.5.2018

Perkara : Penangguhan Pemindahan & Pelupusan Rekod Rasmi Kerajaan

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.5.2018

Peristiwa : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1439H / 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekriasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2018. 

Disertakan sekali bacaan Niat Puasa untuk panduan bagi yang beragama islam.

 

Bacaan doa niat puasa Ramadhan sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

 Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa

"Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala"

 

Bacaan doa niat puasa Ramadhan harian:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

 Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

"Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala".

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 

Tania Arissa Bt Andi Sanrang

Ketua Biro Publisiti KESMA

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.5.2018

Perkara : Perhimpunan Bulanan Mahkamah Kuala Lumpur

Sepanjang tempoh daripada bulan Februari sehingga kini, Mahkamah Kuala Lumpur telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan.

 

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) atas penganugerahan Recognition Award (Excellent Service) sempena ASNB Starz Awards Nite 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2018. Anugerah ini diberikan oleh pihak Amanah Saham Malaysia Berhad ASNB sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Mahkamah terutamanya Bahagian Surat Kuasa Wakil (BSKW) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ini kerana BSKW telah berjaya memproses dokumen surat kuasa wakil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung mempercepatkan urusan pemberian hibah amanah oleh pihak ASNB. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang turut menerima anugerah tersebut bagi pihak PKPMP. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Bahagian Surat Kuasa Wakil.

 

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Tuan Pengarah sebentar tadi, Mahkamah Kuala Lumpur juga telah menerima Anugerah Penggunaan Saluran Pembayaran Melalui Terminal ePos Tertinggi Di Mahkamah Seluruh Malaysia Januari sehingga Mac 2018. Anugerah ini merupakan anugerah kali ketiga yang telah diterima oleh MKL. Tahniah dan syabas kepada Unit Hasil dan Deposit.

 

Untuk acara seterusnya, Majlis dengan ini sekali lagi menjemput Yang berusaha Tuan Pengarah untuk menyampaikan sijil dan hadiah bagi acara-acara berikut.

 

Untuk makluman warga MKL, pada tahun ini Tuan Pengarah telah memperkenalkan Anugerah Pekerja Contoh. Beberapa kriteria telahpun disenaraikan seperti prestasi kerja, kehadiran serta penyertaan individu dalam aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh MKL atau agensi lain. Bahagian pengurusan telah menerima pencalonan yang memberangsangkan daripada Penyelia-penyelia. Daripada senarai tersebut, 3 orang warga MKL telah dipilih untuk menerima anugerah ini. Penerima Anugerah Pekerja Contoh pada kali ini adalah:

i.              Puan Muzlina binti Muhammad Jamil, Timbalan Pendaftar (Mahkamah Tinggi Dagang)

ii.            Encik Amirudin bin Hussin, Pembantu Tadbir Undang-undang (RKKK)

iii.           Encik Kamarudin bin Daud, Pembantu Tadbir Unit Keselamatan

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima!

 

Pada 12 Mei 2018 baru-baru ini jua, Biro Sukan dan Rekreasi KESMA telah berjaya menganjurkan pertandingan Boling 1Malaysia. Penganjuran pertandingan ini telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua Mahkamah seluruh Malaysia. Pasukan daripada MKL telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Individu Wanita melalui Puan Wong Chai Sia dan tempat ketiga dan keempat daripada 38 pasukan bagi kategori berpasukan.

Dijemput wakil setiap kumpulan untuk naik ke pentas bagi menerima sijil penyertaan daripada Tuan Pengarah.

 

Kumpulan KL 3 –Berjaya mendapat tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 1355 iaitu:

i.Tuan Shamsudin bin Abdullah

ii.Puan Wong Chai Sia

iii.Encik Badrul Rizuan Mohd Zahri

 

Kumpulan KL 4 – yang berjaya mendapat tempat keempat dengan jatuhan pin sebanyak 1282 iaitu:

i.Encik Mohd Khairulhizam Zamrus

ii.Puan Yasmira binti Yasin

iii.Encik Zaidi bin Ajelah

 

Kumpulan KL1

i.En Muhamad Hafiz bin Mustaffa

ii.Puan Intan Baizura binti Mohd Yusof

iii.En Mohd Hilmi bin Misran

 

Kumpulan KL 2

i.En Mohd Rusidi bin Ab Rahaman

ii.Puan Elyzawati binti Syafril

iii.En Mohd Zulkepli bin Mohd Zakaria

 

Kumpulan KL 5

i.Tuan Zuhair bin Rosli

ii.Puan Norjannah binti Hj Abdullah

iii.En Mohd Roslan bin Idris

 

Seterusnya, untuk makluman Tuan Pengarah dan warga MKL, Mahkamah Shah Alam telah menganjurkan pertandingan 3 penjuru pada 31 Mac yang lalu yang melibatkan Mahkamah Shah Alam, Mahkamah Kuala Lumpur dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Terdapat 2 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Jaring dan Ping Pong. Bagi acara Bola Jaring, pasukan MKL telah mendapat tempat ke 2 dan bagi acara Ping Pong berpasukan, MKL mendapat tempat 3.

 

Tahniah kepada penerima hadiah dan penghargaan. Diharapkan warga MKL akan terus bergiat dan berusaha untuk memberikan kemenangan yang lebih gemilang kepada MKL.

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.5.2018

Perkara : Larangan Membuat Pernyataan Awam Di Media

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM DI MEDIA SOSIAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan emel daripada Pengarah Pengurusan PKPMP adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua warga MKL adalah diingatkan untuk mematuhi arahan ini dengan tidak membuat sebarang pernyataan awam serta membuat hebahan di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain). Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan didapati melanggar arahan yang telah ditetapkan. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan juga dimohon supaya memaklumkan kepada anggota bawah seliaan masing-masing tentang perkara ini.

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

____________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 16.5.2018

Peristiwa : Anugerah Pekerja Contoh

 

Tuan Ahmad Kamar Bin Jamaluddin, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur telah memperkenalkan Anugerah Pekerja Contoh baru baru ini. Beberapa kriteria telahpun disenaraikan seperti prestasi kerja, kehadiran serta penyertaan individu dalam aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh MKL atau agensi lain.

Bahagian pengurusan telah menerima pencalonan yang memberangsangkan daripada Penyelia-penyelia bahgaian di Mahkamah Kuala Lumpur. Daripada senarai tersebut, 3 orang warga MKL telah dipilih untuk menerima anugerah ini. Penerima Anugerah Pekerja Contoh pada kali ini adalah:

1. Puan Muzlina binti Muhammad Jamil, Timbalan Pendaftar (Mahkamah Tinggi Dagang)

2. Encik Amirudin bin Hussin, Pembantu Tadbir Undang-undang (RKKK)

3. Encik Kamarudin bin Daud, Pembantu Tadbir Unit Keselamatan

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima!

_____________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 12.5.2018

Peristiwa : Kejohanan Bowling 1Malaysia

 

Pada 12 Mei 2018 baru-baru ini jua, Biro Sukan dan Rekreasi KESMA telah berjaya menganjurkan pertandingan Boling 1Malaysia. Penganjuran pertandingan ini telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua Mahkamah seluruh Malaysia. Pasukan daripada MKL telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Individu Wanita melalui Puan Wong Chai Sia dan tempat ketiga dan keempat daripada 38 pasukan bagi kategori berpasukan.

 

Kumpulan KL 3 - Berjaya mendapat tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 1355 iaitu:

  1. Tuan Shamsudin bin Abdullah
  2. Puan Wong Chai Sia
  3. Encik Badrul Rizuan Mohd Zahri

Kumpulan KL 4 - Berjaya mendapat tempat keempat dengan jatuhan pin sebanyak 1282 iaitu:

  1. Encik Mohd Khairulhizam Zamrus
  2. Puan Yasmira binti Yasin
  3. Encik Zaidi bin Ajelah

Kumpulan KL1

  1. En Muhamad Hafiz bin Mustaffa
  2. Puan Intan Baizura binti Mohd Yusof
  3. En Mohd Hilmi bin Misran

Kumpulan KL 2

  1. En Mohd Rusidi bin Ab Rahaman
  2. Puan Elyzawati binti Syafril
  3. En Mohd Zulkepli bin Mohd Zakaria

Kumpulan KL 5

  1. Tuan Zuhair bin Rosli
  2. Puan Norjannah binti Hj Abdullah
  3. En Mohd Roslan bin Idris

 _____________________________________________________________________________________________________________________________

 

Melayu