Hebahan Pentadbiran Bulan April 2018

Tarikh : 30.4.2018

Keperluan Kehadiran 3 Hari Berkursus bagi Tahun 2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN : KEPERLUAN KEHADIRAN 3 HARI BERKURSUS BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR 2018

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan e-mel bertarikh 12 Mac 2018 adalah berkaitan.

 

Dimaklumkan bahawa, sehingga 10 April 2018 prestasi keseluruhan kehadiran 3 hari berkursus bagi pegawai dan kakitangan MKL adalah seperti berikut:

Peratus bil. anggota yang hadir > 3 hari setahun = 100 = 74.86%

 

3. Sehubungan itu, bagi mencapai sasaran 100% kehadiran 3 hari berkursus sehingga akhir Jun 2018, pegawai dan kakitangan yang belum melengkapkan kehadiran kursus dikehendaki berbuat demikian dengan kadar SEGERA.

 

4. Berdasarkan semakan masih terdapat pegawai / kakitangan yang ingkar untuk menghadiri sesi e-pembelajaran (EPSA) yang dianjurkan oleh Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan. Justeru, mohon Pegawai Penyelia/Penyelia mengambil tindakan atas keingkaran yang dilakukan oleh kakitangan di bawah seliaan dan  memastikan kakitangan tersebut telah melengkapkan kehadiran 3 hari berkursus.

 

5. Mana-mana pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri kursus tetapi belum menyerahkan salinan sijil, pohon untuk mengemukakan kepada Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan bagi tujuan pengemaskinian selanjutnya.

 

Sesungguhnya segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian. Terima Kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menurut perintah,

 

AMALINA BINTI ABDUL AZIZ
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
Unit Latihan dan Inovasi
Bahagian Pengurusan
Mahkamah Kuala Lumpur

______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 30.4.2018

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 24hb April 2018

Mustahak : Penetapan Semula Kata Laluan HRMIS


 

______________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.4.2018

Kerja Recalibration Relay System & LV Sensor Transformer - KMKL

 

Kerja Recalibration Relay system & Lv Sensor Transformer di KMKL yang akan diadakan pada 21 & 24 April 2018,

28 & 29 April 2018. Kawasan yang terlibat adalah Aras B1 (Sayap Kiri & Kanan) & Aras 8 (Zon tengah)

ntuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti "power surge" atau "power overload” berikutan

kerja-kerja tersebut, semua pengguna di aras terbabit agar melakukan perkara berikut :-

 

1) Memastikan kesemua peralatan CRT di padamkan (switch OFF) pada hari terakhir mereka bekerja iaitu pada

20hb April & 27 hb April 2018 (Jumaat) berdasarkan turutan seperti di lampiran diatas.

 

2Menghidupkan semula (Switch ON) peralatan CRT pada 25hb April & 30hb April 2018 (Isnin) bermula dengan

turutan seperti tertera di lampiran.

 

______________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 18hb April 2018

Majlis Perpisahan Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Zaman bin Mohd Noor dan Tuan Mohd. Ghazali Bin Taib

 

_________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 12.4.2018

Hari Pelepasan Am Tambahan Sempena Pilihanraya Umum 2018

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

KENYATAAN MEDIA - HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-14

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hari mengundi Pilihan Raya Umum ke – 14 pada hari Rabu bersamaan 9 Mei 2018, kerajaan telah menetapkan hari tersebut sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh negara. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada warga Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

 

3. Kenyataan akhbar berkenaan perkara ini boleh dilayari di laman https://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&news_id=20515&news_cat=4&page=1729&sort_year=&sort_month=

 

Melayu