Badminton

Tarikh : 17.8.2018

Perkara : PINDAAN KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP MAHKAMAH KUALA LUMPUR 2018

 

PINDAAN FORMAT KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN REKREASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR (KESMA) PADA 8 SEPTEMBER 2018 (SABTU)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/ Datin / Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Ingin dimaklumkan bahwa Biro Sukan KESMA  telah memutuskan untuk meminda format pertandingan yang dimajukan sebelum ini. Format pertandingan terkini adalah seperti berikut:-

 

  • Bergu Hakim/Pegawai (Bergu daripada kalangan Hakim Mahkamah Tinggi bersama Pegawai Kehakiman sama ada lelaki, perempuan atau campuran);
  • Bergu Campuran Pegawai/Staf (Bergu campuran lelaki dan wanita daripada kalangan Pegawai Kehakiman bersama staf);
  • Bergu Lelaki (Bergu untuk lelaki terbuka);
  • Bergu Lelaki (Novice) (Bergu untuk kalangan lelaki yang belum pernah masuk pertandingan atau kurang aktif); dan
  • Bergu Wanita (Bergu untuk wanita terbuka).

 

3. Di sini saya lampirkan sesalinan borang penyertaan dan undang-undang serta peraturan yang telah dipinda untuk perhatian tuan/puan.

 

4. Sekiranya pihak pihak tuan/puan berminat untuk menyertai kejohanan ini, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyerahkan borang penyertaan skepada Encik Sabaruddin Bin Ahmad di Bilik Fail Aktif/Tidak Aktif Mahkamah Sesyen, Aras B1, Sayap Kanan.

 

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai borang penyertaan ini , pihak tuan/puan boleh berhubung dengan urusetia penyertaan seperti  berikut:

 

  • Tuan Hasbullah bin Adam           –  012-235 5594
  • En. Sabaruddin bin Ahmad         –  012-377 6074

 

6. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

Biro Publisiti KESMA 2018/2019

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 14.8.2018

Perkara : JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN REKREASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR (KESMA) PADA 8 SEPTEMBER 2018 (SABT)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/ Datin / Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KESMA akan menganjurkan Kejohanan Badminton Bergu Tertutup Mahkamah Kuala Lumpur 2018  pada 8 September 2018 (Sabtu) bertempat di Elite Sport Subang, Pekan Kampung Melayu Subang, Subang, Selangor.

 

3.Mohon perhatian tuan/puan bahawa Mesyuarat dan Undian Kumpulan akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh            : 4 September 2018 (Selasa)

Masa              : 12.00 tgh – 2.00 ptg

Tempat          : Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Aras 4 (Sayap Kanan)

Kehadiran      : Kehadiran pemain atau wakil adalah wajib

 

4. Kadar bayaran setiap bergu adalah RM20.00 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2018 jam 1.00 petang.

 

5. Borang-borang penyertaan dan syarat penyertaan adalah seperti mana lampiran di atas.

 

6. Sekiranya pihak pihak tuan/puan berminat untuk menyertai kejohanan ini, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyerahkan borang penyertaan skepada Encik Sabaruddin Bin Ahmad di Bilik Fail Aktif/Tidak Aktif Mahkamah Sesyen, Aras B1, Sayap Kanan.

 

7. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai borang penyertaan ini , pihak tuan/puan boleh berhubung dengan urusetia penyertaan seperti  berikut:

 

Tuan Hasbullah bin Adam      – 012-235 5594

En. Sabaruddin bin Ahmad    – 012-377 6074

 

8. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Biro Publisiti KESMA 2018/2019

_________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 13.5.2017

Peristiwa : Perlawanan Badminton Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Mahkamah Putrajaya

 

Melayu