Zumba

Tarikh : 7.9.2018

Peristiwa : Jom Zumba

Tempat : Studio GYM MKL Aras 7

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.7.2018

Peristiwa : Sambutan Hari Raya Salsation Zumba Club KMKL

Tempat : Studio Gym GMKL, Aras 7 KMKL

  

 

Tarikh : Setiap hari Rabu Dan Jumaat

Peristiwa : Salsation Zumba Club KMKL

Tempat : Studio Gym GMKL, Aras 7 KMKL

 

Group Zumba KMKL atau lebih mesra dengan panggilan Salsation Zumba Club ini ditubuhkan pada tahun 2017 hasil daripada idea jurulatih yang berpengalaman dan terlatih iaitu Puan Zin Zulizan Binti Jamaludin.  Oleh kerana minat beliau yang mendalam terhadap seni tari menjadi perangsang kepada beliau untuk berkongsi ilmu serta manfaat dari seni tari ini untuk kakitangan KMKL bukan sahaja bagi mengisi masa lapang mereka bahkan juga dapat membentuk satu komuniti yang sihat dan ceria.

Persembahan sulung Kelab ini sewaktu Majlis Perasmian GYM KMKL pada tahun 2017 telah berjaya menarik minat warga KMKL untuk menyertainya  terutama sekali kakitangan wanita yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan jawatan.  Dari suatu kumpulan yang kecil Kelab ini telah bertambah keahliannya seramai 20-25 orang secara khususnya.  

 

Aktiviti kelab ini diadakan pada setiap hari Rabu jam 5.30 petang dan pada setiap hari Jumaat jam 12.45 tengahari.  Selain daripada aktiviti Zumba dan Salsation dance, kelab ini juga turut merancang untuk membuat pelbagai lagi aktiviti yang menarik pada masa akan datang.  Nantikan kemunculan kami dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dari masa ke semasa….

“Sihat….Cantik…jom Gelek!!!”

Melayu