Mesyuarat Kesma 2018 & 2019

 

Tarikh : 1.3.2019

Perkara : AGM KESMA

 

 

Biro Publisiti KESMA

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 7.9.2018

Per : Perlantikan Pengurus Pasukan

Salam sejahtera dan selamat pagi YBhg. Dato’/tuan/puan,

 

1. Sehubungan dengan pelantikan YBhg. Dato’/tuan/puan sebagai Pengurus Pasukan Sukan bagi jenis sukan tertentu oleh Pengarah MKL serta lanjutan daripada Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan yang saya adakan pada 10 Ogos 2018, bersama-sama ini dikemukakan Lampiran terkini bagi senarai Pengurus Pasukan dan Kapten untuk rujukan pihak YBhg. Dato’/tuan/puan. [Senarai Ketua Pasukan MKL]

 

2. Bagi mana-mana Pengurus Sukan yang masih belum kenalpasti atau melantik Kapten Pasukan, sudilah kiranya berbuat demikian dan maklumkan kepada saya semula.

 

3. Sebagai Pengurus Sukan, kerjasama YBhg. Dato’/tuan/puan amat dialukan bagi merencanakan dan menggerakkan apa-apa aktiviti sukan yang berkenaan (seperti Latihan, perlawanan persahabatan atau pertandingan) serta menyelaraskan apa-apa publisiti tentang penyertaan atau kegiatan melalui Biro Sukan, KESMA.

 

4. YBhg. Dato/tuan/puan juga dijemput untuk menghadiri dan menyaksikan satu aktiviti yang akan berjalan esok hari iaitu Kejohanan Badminton Bergu Tertutup Mahkamah Kuala Lumpur 2018 seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh    :    8 September 2018;

Hari       :    Sabtu;

Masa     :    8 am hingga 2 pm;

Tempat  :    Elite Sport Centre, Pekan Kg Melayu Subang, Selangor.

 

Terima kasih.

 

Hasbullah Adam

 

(Selaku Ketua Pasukan Sukan MKL)

Hakim Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen Jenayah 6

KUALA LUMPUR.

 

03-6209 4215

012-235 5594

 

____________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

Melayu