Anugerah Recognition Award (Excellent Service) sempena ASNB Starz Awards Nite 2017

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) atas penganugerahan Recognition Award (Excellent Service) sempena ASNB Starz Awards Nite 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2018.

 

Anugerah ini diberikan oleh pihak Amanah Saham Malaysia Berhad ASNB sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Mahkamah terutamanya Bahagian Surat Kuasa Wakil (BSKW) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ini kerana BSKW telah berjaya memproses dokumen surat kuasa wakil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung mempercepatkan urusan pemberian hibah amanah oleh pihak ASNB.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang turut menerima anugerah tersebut bagi pihak PKPMP. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Bahagian Surat Kuasa Wakil.

Melayu