Hebahan Pentadbiran Bulan Jun 2018

 

Tarikh : 27.6.2018

Perkara : Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2018: Pendaftaran Kod Khas Bagi Kes Pascapenggulungan Syarikat, Kes Pascakebankrapan Dan Perkiraan Sukarela Di Bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] Dan Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] Serta Penetapan Intitulmen Baharu

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan sesalinan [klik]  Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2018 bertajuk Pendaftaran Kod Khas bagi Kes Pascapenggulungan Syarikat, Kes Pascakebankrapan dan Perkiraan Sukarela di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] serta Penetapan Intitulmen Baharu untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

                     t.t.

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.6.2018

Perkara : Kenaikan Fi Rayuan

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

Bersama-sama ini dilampirkan surat bertarikh 12 Jun 2018 bertajuk "Kenaikan Fi Pemfailan Bagi Rayuan" untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

                     t.t

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

PUTRAJAYA

 

 

 

___________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.6.2018

Perkara : Langkah Keselamatan Semasa Cuti Hari Raya Aidilfitri 2018

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

ARAHAN KESELAMATAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR (KMKL) SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2018

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Seperti yang YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri 2018 dijangkakan pada 15 dan 16 Jun 2018. Sehubungan dengan itu, semua warga MKL adalah diingatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan supaya keselamatan KMKL sentiasa terpelihara. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan diingatkan untuk:

 

i.

Memastikan supaya semua suis peralatan dan kelengkapan elektrik di pejabat ditutup;

ii.

Memastikan supaya paip dan pili air ditutup;

iii.

Memastikan supaya semua pintu bilik/ruangan kerja dikunci;

iv.

Memastikan dokumen-dokumen berkaitan urusan kerja disimpan ditempat yang selamat; dan

v.

Memastikan tidak ada barang peribadi berharga ditinggalkan di pejabat.

 

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diharapakan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

PENGARAH MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’Sri/Dato’/ Datin/Tuan/Puan,

 

[ INFO ICT BIL 5/2018 ]  - Langkah Keselamatan ICT Musim Perayaan

 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas. 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info ICT Mingguan Bil5/2018 bagi Program Pengukuhan Pengetahuan Keselamatan ICT untuk makluman YBhg. Dato’Sri/Dato’/ Datin/Tuan/Puan.

 

Sekian, terima Kasih

 

URUSETIA INFO ICT

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN E-KEHAKIMAN

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.6.2018

Perkara : Pernyataan Tawaran - Membekal Dan Mengahntar Alat Tulis Di Mahkamah Kuala Lumpur

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.6.2018

Perkara : Pengemaskinian Fail Meja Dan Manual Prosedur Kerja

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/ Datuk / Datin / Dr / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita bersama-sama ini dilampirkan memo Tuan Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur untuk makluman serta tindakan YBhg. Dato’/ Datuk / Datin / Dr / Tuan / Puan selanjutnya.

 

Kerjasama YBhg. Dato’/ Datuk / Datin / Dr / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah


(MAZNAH BINTI JELANI)

Pembantu Tadbir Kanan

Unit Pentadbiran Am Dan Fail
Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

 

 

 

________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.6.2018

Perkara : Bayaran Bantuan Khas Aidil Fitri 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Bersama-sama ini dimajukan Hebahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2018: Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2018 untuk makluman Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan selanjutnya.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

ZAMRI BIN MISMAN

Pengarah Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3838

6  03-8888 4522

zamrimisman@kehakiman.gov.my

 

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh 4.6.2018

Perkara : Permohonan Cuti Sempena Hari Raya Aidil Fitri

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Permohonan Cuti Rehat Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 dijangkakan pada 15 Jun (Jumaat) dan 16 Jun (Sabtu) 2018. Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memastikan permohonan cuti rehat dirancang sebaik-baiknya. Semua Penyokong dan Pelulus Cuti perlu memastikan ada anggota yang bertugas di setiap unit pada hari-hari bekerja sepanjang tempoh tersebut. Pegawai dan kakitangan yang bertugas adalah tidak dibenarkan mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit sehingga menyebabkan Bahagian/Unit berkenaan tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Bagi Timbalan Pendaftar, Jurubahasa dan mana-mana pegawai/kakitangan yang bertugas di mahkamah,  persetujuan daripada hakim mahkamah masing-masing perlu diperoleh sebelum permohonan cuti rehat dibuat.

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan yang mempunyai peranan sebagai Penyokong/Pelulus Cuti  juga diingatkan supaya memberikan sokongan/kelulusan cuti rehat berdasarkan kepada kelayakan cuti rehat semasa pegawai/kakitangan. Semua permohonan cuti rehat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri perlu dibuat melalui HRMIS  selewat-lewatnya  pada 8 Jun 2018. Pegawai/kakitangan hanya boleh bercuti setelah permohonan cuti rehat mendapat kelulusan. Pegawai/kakitangan yang didapati bercuti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan boleh dianggap sebagai tidak hadir bertugas.

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 1.6.2018

Peristiwa : Selamat Menyambut Hari Keamaatan Dan Hari Gawai

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

YA / Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

_________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 1.6.2018

Perkara : Majlis Khatam Al Quran Dan Iftar Pada 31.5.2018

 

BARAKAH RAMADHAN : JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR MAHKAMAH KUALA LUMPUR PADA 31 MEI 2018 DI ARAS 1 KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

              

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Sebagai kemuncak Program Barakah Ramadhan 1439H Mahkamah Kuala Lumpur, Kelab Sukan Kebajikan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Mahkamah Kuala Lumpur pada 31.5.2018. Tentatif program adalah sepertimana berikut :

 

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

CATATAN

6.00 ptg

Kehadiran Jemputan wargakerja KMKL

Lobi Aras 1

 

6.15 ptg

Kehadiran ustaz jemputan Ustaz Khairul Anuar Basri

Kehadiran anak yatim dan asnaf daripada SK Kiaramas

Lobi Aras 1

 

6.30 ptg

Majlis Khatam Quran

Dikelolakan Ustaz Khairul Anuar Basri

Aras 2

Juadah ringan untuk berbuka disediakan di Aras 2 (packing)

Azan Maghrib

Azan Maghrib

Aras 2

 

Juadah Berbuka dijamah

Aras 2

 

Solat Maghrib berjemaah

Aras 2

 

7.45 mlm

Iftar Mahkamah Kuala Lumpur

Lobi Aras 1

 

8.00 mlm

Serahan Sumbangan kepada anak yatim dan asnaf dari SK Kiaramas

Lobi Aras 1

 

Azan Isya’

Azan Isya’

Aras 2

 

Solat Isya berjemaah

Aras 2

 

Solat Terawih, dan witir berjemaah

Aras 2

 

10.00 mlm

Majlis bersurai

 

 

 

Justeru itu, Kelab Sukan Kebajikan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) dengan ini berbesar hati menjemput semua wargakerja Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan keluarga untuk menghadiri sekaligus memeriahkan majlis tersebut di atas.

 

Atas kerjasama dan sokongan serta kehadiran Y.Bhg Datuk / Dato / Datin / Tuan / Puan  dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Mahkamah Kuala Lumpur 1439H ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

Biro Agama dan Kebajikan

KESMA 2018/2019

Melayu