Hebahan Bulan Ogos 2018

30.8.2018

Perkara : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 61

 

 

____________________________________________________________________________________

Tarikh : 28.8.2018

Perkara : Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan awam di Luar Negara Atas Urusan Peribadi

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Surat Edaran: Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada di Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengeluarkan satu surat edaran bertarikh 17 Ogos 2018. Antara lain surat edaran ini mengarahkan supaya semua penjawat awam wajib mengambil perlindungan insurans kesihatan semasa berada di luar negara atas urusan persendirian. Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar.

 

3. Sehubungan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon untuk menyertakan dokumen berkaitan yang membukti ada perlindungan insurans kesihatan yang telah dibeli sebelum permohonan ke luar Negara atas urusan persendirian diangkat untuk kelulusan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Terima kasih.

[Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Rahun 2015 - Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada di Luar Negara Atas Urusan Persendirian]

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

 

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.8.2018

Perkara / Peristiwa : Arahan Ketua Pendaftar (Integriti) Bil. 1 Tahun 2018

 

 Sila Klik Di sini Untuk Garis Panduan Penggunaan Media Sosial Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 14.8.2018

Perkara : Penggunaan i-EMG bagi Perhimpunan Bulanan MKL

 

Buat pertama kalinya, semua wargakerja Mahkamah Kuala Lumpur menggunakan aplikasi i-EMG bagi mengesahkan kedatangan bagi perhimpunan bulanan pada hari ini. Aplikasi ini dibangunkan oleh INTAN Event Management Gateway merupakan suatu landasan pendaftaran sesuatu program yang diintegrasikan dengan sistem HRMIS. Semua pegawai dan kakitangan dikehendaki mendaftar menggunakan aplikasi ini sebelum perhimpunan bermula pada hari ini.

 

Sejurus pendaftaran i-EMG dilakukan, semua wargakerja Mahkamah Kuala Lumpur akan diberikan kod QR yang dihantar melalui emel masing-masing. Kod QR ini akan diimbaskan di pintu masuk dewan perhimpunan bulanan bagi pengesahan kehadiran ke majlis tersebut. Pegawai dan kakitangan juga boleh membuat penilaian majlis perhimpunan ini di Portal i-EMG dan cetakan pengesahan kehadiran juga boleh dilakukan di Dashboard Portal tersebut. Selain dari itu, capaian statistik dijanakan secara terus dan akan menunjukan jumlah prestasi kehadiran atau pendaftaran bagi sesuatu majlis. Portal i-EMG boleh dilayari di www.iemg.intan.my.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 14.8.2018

Perkara : Hebahan Portal MKL

 

Azlina Binti Abdul Latif

Pegawai Teknologi Maklumat

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Tel : 03 6209 4013

http://www.kehakiman.gov.my/kl/ms

_________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 13.8.2018

Perkara : Penjimatan Penggunaan Elektrik

 

Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN KEPADA WARGA MKL BERKENAAN PENJIMATAN ELEKTRIK DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa peralatan elektrik bangunan seperti lampu dan juga penghawa dingin di kompleks ini tidak dilengkapi dengan sistem automatik yang mana semua sistem ini dikendalikan sepenuhnya kepada pengguna ruang itu sendiri.

 

3. Oleh yang demikian, kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan amat diperlukan bagi memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup sebelum meninggalkan pejabat bagi tujuan penjimatan elektrik, lebih-lebih lagi pada hari terakhir bekerja sebelum bercuti di hujung minggu mahupun cuti awam yang panjang. Selain daripada penjimatan elektrik, perkara ini juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat penggunaan peralatan elektrik itu sendiri.

 

4. Segala kerjasama dan makluman daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan amatlah diperlukan seterusnya di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian Terima Kasih.

 

Sumber:

Unit Pembangunan dan Senggara

Bahagian Pengurusan

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 10.8.2018

Perkara : Pengemaskinian Maklumat Peribadi Di Dalam HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI DALAM SISTEM HRMIS

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua kakitangan terutamanya kakitangan lantikan baharu untuk mengemaskini rekod peribadi masing-masing di dalam sistem HRMIS.

 

Sekian, terima kasih.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

 _________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 9.8.2018

Perkara : Perhimpunan Bulanan Kakitangan dan Pegawai Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan, Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Ogos 2018 Mahkamah Kuala Lumpur akan diadakan mengikut ketetapan baru iaitu:

        Tarikh      :    14 Ogos 2018 (Selasa)
        Masa        :    7.45 pagi
        Tempat    :    Perpustakaan, Aras 7
                              Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

 

7.45 pagi

:

Berkumpul di Perpustakaan, Aras 7

 

8.00 pagi 

:

Majlis Perhimpunan bermula

 

 

 

  • Nyanyian lagu Negaraku / lagu Perkhidmatan Awam
  • Bacaan Ikrar
  • Bacaan Doa oleh Tuan Erry Shahriman bin Nor Aripin, Timbalan Pendaftar
  • Amanat Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur
  • Penyampaian Anugerah/Sijil Penghargaan
  • Majlis Bersurai

 

4. Kehadiran semua pegawai dan kakitangan adalah DIWAJIBKANdan penyelia perlu memastikan semua anggota dibawah seliaan masing-masing hadir. (Pengecualian diberikan hanya kepada mereka yang bertugas di kaunter dan terlibat dengan orang awam sahaja).

5. Segala kerjasama dan ketepatan masa YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

        Maznah Jelani

Unit Pentadbiran Am Dan Fail
Mahkamah Kuala Lumpur
Telefon : 03-62094018

 

_____________________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.8.2018

Perkara : Penggunaan Media Sosial Di Kalangan Pegawai Kehakiman

 

______________________________________________________________________________________________

Tarikh 1.8.2018

Perkara : Portal Mahkamah Kuala Lumpur Berwajah Baru

 

Melayu