Hebahan Pentadbiran Julai 2018

Tarikh : 31.7.18

Perkara : Promosi Kesihatan Pergigian

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato`/ Datuk/Datin/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN KE PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan dengan kerjasama Klinik Pergigian Cahaya Suria akan mengadakan Program Promosi Kesihatan Pergigian mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh          :           2 Ogos 2018 (Khamis)

Masa           :           9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat       :           Bilik Taklimat Mawar, Aras 7

 

3. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan kesihatan pergigian agar kesedaran mengenai kesihatan pergigian dapat dipupuk di kalangan Penjawat Awam.  Justeru, pegawai dan kakitangan yang disenaraikan seperti Lampiran A diwajibkan hadir ke program ini. Warga MKL yang tidak disenaraikan nama juga dialu-alukan jua untuk hadir. Bersama-sama ini disertakan Aturcara (Lampiran B) untuk makluman YBhg. Dato`/ Datuk/Datin/Tuan/Puan jua.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan program, bolehlah terus menghubungi Urus setia Puan Noryati binti Ahmad di talian samb. 4021 atau  Encik Mohd Shafiq Affendy bin Abu Sujak di talian samb. 2028.

 

5. Kerjasama pegawai penyelia / penyelia adalah diharapkan agar memaklumkan kepada kakitangan di bawah seliaan terutama kakitangan yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan dan mewajibkan kehadiran peserta seperti Lampiran A.

 

6. Perhatian dan kehadiran YBhg. Dato`/ Datuk/Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menurut perintah,

 

NORYATI BINTI AHMAD

 

Pembantu Tadbir Kanan

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

_________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 27.7.2018

Peristiwa : Gotong Royong Bersama Ketua Hakim Negara

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

GOTONG-ROYONG BERSAMA YAA KETUA HAKIM NEGARA

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa satu gotong-royong bersama YAA Ketua Hakim Negara akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

            Tarikh  :           29 Julai 2018 (Ahad)

            Masa   :           10.00 Pagi

            Tempat:           Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

 

3. Sehubungan dengan itu, semua warga MKL adalah dijemput untuk menghadiri ke program ini. Sebarang pengecualian perlu diperoleh daripada Tuan Pengarah.

 

Kerjasama semua dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

PENGARAH

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.7.2018

Perkara : Keputusan Mahkamah Persekutuan Berkenaan Prosedur Reman Di Bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa kes Hassan bin Marsom & Ors v. Mohd Hady bin Ya’akop,  telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 7 Jun 2018. Melalui kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah membincangkan mengenai prosedur permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. 

 

3. Justeru, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan adalah sangat digalakkan untuk membaca dan meneliti alasan penghakiman tersebut dalam memberi kefahaman mengenai prosedur reman memandangkan kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Alasan penghakiman tersebut telah dimuat naik di laman http://ejudgment.kehakiman.gov.my.

 

4. Bersama-sama ini juga dilampirkan salinan alasan penghakiman tersebut untuk pembacaan semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

                     t.t.

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.7.2018

Perkara : Pelupusan Barangan ICT Bil. 1 Taun 2018

 

Azlina Binti Abdul Latif

Pegawai Teknologi Maklumat

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Tel : 03 6209 4013

http://www.kehakiman.gov.my/kl/ms

 

Melayu