Hebahan Pentadbiran Bulan September 2018

Tarikh : 28.9.2018

Perkara : Arahan Amalan ketua Hakim Negara Bil. 3 Tahun 2018

 

ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BIL. 3/2018 PENYEDIAAN LAPORAN DI BAWAH SEKSYEN 281 KANUN TATACARA JENAYAH

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 28.9.2018

Perkara : Arahan amalan Ketua Hakim Negara Bil. 2 Tahun 2018

 

 

ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BIL. 2 TAHUN 2018

PENGENDALIAN DOKUMEN JENAYAH SECARA ELEKTRONIK DI SELURUH MAHKAMAH DI MALAYSIA

 

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 28.9.2018

Perkara : Pertukaran alamat Tetuan K.T.Rajah Naidu & Partners

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Bersama ini dipanjangkan hebahan mengenai notis makluman penukaran [klik] alamat firma guaman Tetuan K.T. Rajah Naidu & Partners untuk makluman YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

 

Sekian untuk makluman.

 

Terima kasih.

                t.t

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.9.2018

Perkara : KESMA lancarkan KesmaCare

 

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur telah mengadakan KesmaCARE atas saranan daripada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara (YAA KHN) Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum. Melalui KesmaCare pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur berpeluang membantu rakan sepejabat yang kurang berkemampuan dengan menyumbang barangan keperluan asasi harian kepada rakan sepejabat yang memerlukan.

 

3. KesmaCare berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan keperluan asasi harian seperti beras, gula, tepung, garam, kicap dan barangan kering lain. Bagi tujuan ini satu ruang telah disediakan bagi tujuan penyimpanan dan pengambilan barangan harian runcit secara berterusan.

 

4. Sumbangan dan pengambilan barang-barang tersebut adalah di B1 (Sayap Kiri) berhadapan dengan Unit Hakim Pengurus (MJU), sebaris dengan sickbay. Tatacara sumbangan dan pengambilan barangan boleh dirujuk pada risalah yang dilampirkan dan ruang papan kenyataan di pusat pengumpalan KesmaCARE. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai latihan ini , pihak tuan/puan boleh berhubung dengan:-

 

1.

Muhammad Thaqif bin Mokhtar

Penyelia bilik KesmaCARE

 

013-748 5686

 

 

 

 

2.

Sukri bin Wan Chik

Ketua Biro Kebajikan dan Agama KESMA

 

019-399 1379

 

 

 

 

3.

Zuhair bin Rosli

Ketua Biro Kebajikan dan Agama KESMA

 

012-690 1228

 

 

Sila baca [klik] Objektif KesmaCare 2018

Sila baca [klik] Tatacara Kesmacare 2018

 

Sekian, terima kasih

BIRO PUBLISITI KESMA 2018/2019

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 25.9.2018

Perkara : Kemaskini e-Hadir dan permohonan cuti melalui HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

MEMBUAT PENYATAAN KEHADIRAN DALAM SISTEM eHADIR DAN MEMOHON CUTI REHAT DALAM HRMIS

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimohon kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk mengemaskini maklumat kehadiran(hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, Cuti Rehat, Cuti Sakit dan lain-lain) bagi bulan September 2018 dengan membuat penyataan di dalam sistem eHadir. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan yang berperanan sebagai pegawai Penyelia dalam sistem eHadir juga perlu meluluskan atau tidak meluluskan penyataan yang telah dibuat.  Semua maklumat kehadiran ini perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 30 September 2018. Kegagalan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan membuat penyataan kehadiran dan mendapatkan kelulusan penyelia bagi hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, Cuti Rehat, Cuti Sakit dan lain-lain boleh menyebabkan tuan dianggap sebagai tidak berada di pejabat semasa waktu bekerja.  Sistem eHadir boleh dilayari di laman sesawanghttp://ehadir.kehakiman.gov.my daripada semua pelayar (browser).

 

3. Bagi permohonan Cuti Rehatpula, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah diingatkan untuk membuat permohonan melalui HRMIS dengan menggunakan HRMIS 2.0 yang boleh dilayari di https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/login.aspx. Mana-mana ketidakhadiran yang tidak dimohon dan diluluskan dalam HRMIS akan dianggap sebagai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Tindakan kutipan balik emolumen akan dilaksanakan bagi perkara ini dan seterusnya akan diambil tindakan tatatertib.

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam menjayakan perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62074042

Faks : 03-62094040

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 21.9.2018

Perkara : Pengantian frasa "Saya yang menurut perintah" kepada "Saya yang menjalankan amanah"

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu [klik] Surat Edaran berkenaan Penggantian Frasa “Saya Yang Menurut Perintah” Dengan Frasa “Saya Yang Menjalankan Amanah” Dalam Penyediaan Surat Kerajaan bertarikh 20 September 2018. Bersama ini dimajukan bersama Surat Edaran tersebut yang jelas akan maksudnya untuk makluman pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan selanjutnya.

 

3. Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Ambil maklum juga arahan ini berkuatkuasa mulai 20 September 2018.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3871/3842/3847/4555

6  03-8888 4522

pengurusanmaklumat@kehakiman.gov.my

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.9.2018

Perkara : Pembatalan Penangguhan Urusan Pemindahan dan Pemusnahan Rekod Rasmi Kerajaan di Kementerian / Jabatan / Agensi

 

YBhg Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah supaya merujuk perkara di atas dan [Klik] Surat Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bertarikh 18 September 2018 seperti yang dilampirkan adalah berkaitan.

 

2. Arahan penangguhan urusan pemindahan dan pemusnahan rekod awam melalui surat bertarikh 15 Mei 2018 dengan ini adalah dibatalkan.

 

Sekian, terima kasih.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Zaidil Akmal bin Zainuddin

Pegawai Arkib

b.p. Pengarah

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pengarah

Mahkamah Persekutuan Malaysia

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.9.18

Perkara : Video YAB Perdana Menteri Ke 7

 

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

Dimajukan hebahan daripada Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri mengenai [klik] Video Perjalanan YAB Perdana Menteri sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 untuk perhatian dan makluman YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

 

Mohon kerjasama Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri untuk memanjangkan hebahan ini kepada kakitangan dan pegawai Mahkamah Negeri.

 

Sekian terima kasih.

 

Suzarika binti Sahak

Timbalan Pengarah

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

Dari :-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Datuk/ Dato’/ Datin / Dr/ Tuan / Puan,

VIDEO PERJALANAN YAB PERDANA MENTERI SEJAK DILANTIK SEMULA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini dikemukakan pautan Video Penuh Perjalanan YAB Perdana Menteri sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 untuk makluman dan hebahan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Datuk/ Dato’/ Datin / Dr/ Tuan / Puan menerusi semua saluran komunikasi sedia ada termasuk di skrin TV sekitar pejabat. Pautan link yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=JFbjR6ZbHdQ&t=177s

3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin / Dr/ Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian.

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

NORLIZA BINTI ABDUL MIHAT
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri
( 03 – 8872 3502| 6 03 – 8888 3106 | * norliza@jpm.gov.my<mailto:norliza@jpm.gov.my>

 

________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.9.2018

Perkara : Nombor Hotline Untuk Melaporkan Panggilan Palsu

 

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 Tarikh : 20.9.2018

Perkara : Nombor Hotline Untuk melaporkan Panggilan Palsu (Scammer)

 

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah menerima aduan dan mengesan beberapa cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) dengan mendakwa mewakili pihak Mahkamah. Adalah juga dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengesan beberapa panggilan daripada pihak scammer yang dilakukan secara rambang terhadap nombor rasmi pejabat pegawai dan kakitangan Istana Kehakiman bermula pagi ini. Contoh nombor yang digunakan oleh pihak scammeruntuk membuat panggilan ialah 009 80148 22085, 009 69987 15170 dan 006 96598 61647.

 

3. Sehubungan dengan itu, sekiranya YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan mendapat panggilan yang sedemikian, YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi nombor hotlineseperti yang tertera dalam gambar di bawah bagi tujuan pengesahan dan maklumat lanjut.

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.9.2018

Perkara : Panggilan Palsu Di Istana Kehakiman

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Pejabat ini telah mengesan beberapa panggilan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) yang dilakukan secara rambang terhadap nombor rasmi pejabat pegawai dan kakitangan Istana Kehakiman bermula pagi ini. Contoh nombor yang digunakan oleh pihak scammer untuk membuat panggilan ialah 0098014822085. Antara panggilan yang dibuat oleh pihak scammertersebut adalah dengan memaklumkan bahawa mangsa telah disepina dan dikehendaki hadir ke Mahkamah bagi tujuan lanjut dan meminta butiran peribadi mangsa seperti nombor kad pengenalan dan lain-lain.

 

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diminta agar berhati-hati sekiranya menerima panggilan sedemikian.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

                t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran, Statistik dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.9.2018

Perkara : Jualan KESMA Bulan September 2018

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Bulanan anjuran Biro Ekonomi KESMA akan berlangsung selama 2 hari seperti ketetapan berikut:

        Tarikh      :    25 September 2018 & 26 September 2018

        Masa        :    8.00 pagi hingga 3 petang

        Tempat    :    Lobi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

3.    Berdasarkan hasil dari kaji selidik kami tempohari, kami telah menerima beberapa cadangan daripada kakitangan MKL antaranya untuk mengadakan jualan preloved.


4.   Justeru itu, sukacita dimaklumkan, kami ada menyediakan beberapa tapak untuk kakitangan mahupun pegawai untuk turut serta menjual barangan 'preloved' mereka [pakaian/aksesori tudung/tudung/novel etc] pada jualan akan datang ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi puan Syikin [ext 4194] dan puan Hasnita [4089]. Tempat adalah terhad.

 

Sekian, terima kasih.


BIRO EKONOMI KESMA
2018/2019

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 14.9.2018

Perkara : Pengambilan Sijil bagi Latihan eKehakiman fasa II pada 24-26 Julai 2018

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Merujuk perkara diatas, mohon agar penama diatas [Klik Penama] untuk mengambil sijil di Unit Latihan dan Inovasi.

 

2. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, bolehlah terus menghubungi Encik Mohd Shafiq Affenddy bin Abu Sujak/Nur yusma binti Mohamad Yusof di talian samb. 2028.

 

3. Kerjasama pegawai penyelia/penyelia adalah diharapkan agar memaklumkan kepada kakitangan di bawah seliaan terutama kakitangan yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

Mohd. Shafiq Affenddy Bin Abu Sujak

Pembantu Tadbir (PTPO)

Unit Latihan & Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

☎      : 03-62092028

Emel : shafiqaffenddy@kehakiman.gov.my

 

_______________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.9.2018

Perkara : Pelawaan Menyertai Hackathan Data 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

Dimajukan hebahan mengenai pelawaan menyertai Program Hackathon Data Terbuka 2018 untuk perhatian dan makluman YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.


Mohon kerjasama Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri untuk membuat hebahan kepada semua kakitangan di setiap Mahkamah Negeri masing-masing. 

 

Sekian terima kasih.

 

Suzarika binti Sahak

Timbalan Pengarah

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.9.18

Perkara : Laporan Kerosakan Pintu Akses Di Kamar Hakim, Majistret Dan Lain Lain

 

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.9.2018

Perkara : Arahan Keselamatan Sempena Cuti Keputeraan Agong , Awal Muharam Dan Sambutan Hari Malaysia

 

___________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.9.2018

Perkara : Set Semula Kata Laluan HRMIS Melalui Emel

 

 

___________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.9.2018

Perkara : Cuti Kelepasan Am Tahun 2019

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Hari Kelepasan Am Tahun 2019

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan, jadual bagi Hari Kelepasan Am Tahun 2019 telah dikeluarkan dan maklumat tersebut boleh didapati di alamat http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am. Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan diingatkan untuk mengemaskini diari masing-masing supaya semua urusan rasmi tidak dijadualkan pada hari-hari kelepasan am tersebut. Kegagalan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk membuat perancangan yang baik akan menyebabkan pelbagai implikasi termasuk menjejaskan perkhidmatan kepada orang awam.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

Ahmad Kamar bin Jamaludin

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.9.2018

Perkara : myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/ Puan,


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

 

3. Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, berkuatkuasa mulai 12 Julai 2018, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

 

4. Sehubungan itu, MAMPU memohon jasa baik dan kerjasama pihak Tuan/Puan agar dapat membantu menyiarkan hebahan mengenainya kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi dan juga dimuat naik ke laman sesawang serta saluran media sosial rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Infografik berkaitan myPortfolio boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut : http://www.mampu.gov.my/ms/pengenalan-myportfolio-1

 

Sekian, Salam Hormat.


nurhaneem

NUR HANEEM BINTI MOHAMAD ALI

Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU),

Jabatan Perdana Menteri

03-88723138   /    03-88883566

pro@mampu.gov.my<mailto:pro@mampu.gov.my>

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.9.2018

Perkara : Taklimat Takaful Cuepacscare & Cuepac PA pada 5.9.18

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato`/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN KE TAKLIMAT TAKAFUL CUEPACSCARE & CUEPACS PA

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan dengan kerjasama MyCuepacs Care akan mengadakan taklimat mengikut ketetapan seperti berikut :

 

Tarikh 

:

5 September 2018 (Rabu)

Masa

:

2.30 Petang hingga 4.30 Petang

Tempat

:

Ruang Legar Perpustakaan, Aras 7

 

3. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan takaful cuepacs di kalangan Penjawat Awam.  Justeru, pegawai dan kakitangan yang disenaraikan seperti Lampiran diwajibkan hadir ke program ini.  Warga MKL yang tidak disenaraikan nama juga dialu-alukan jua untuk hadir.  Kerjasama pihak YBhg. Dato`/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan yang dicalonkan serta berminat untuk mencarum takaful tersebut untuk membawa Salinan kad pengenalan & Salinan Penyata Gaji bersama.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan program, bolehlah terus menghubungi Urus setia Encik Mohd Shafiq Affendy bin Abu Sujak/Nur yusma binti Mohamad Yusof di talian samb. 2028.

 

5. Kerjasama pegawai penyelia adalah diharapkan agar memaklumkan kepada kakitangan di bawah seliaan terutama kakitangan yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan dan mewajibkan kehadiran peserta seperti Lampiran.

 

6. Perhatian dan kehadiran YBhg. Dato`/ Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

AMALINA BINTI ABDUL AZIZ

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Ext : 2037

Melayu