Panggilan Penipuan (Scammer) Di Istana Kehakiman

Tarikh : 19.9.2018

Perkara ; Panggilan Penipuan (Scammer) Di Istana Kehakiman

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Pejabat ini telah mengesan beberapa panggilan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) yang dilakukan secara rambang terhadap nombor rasmi pejabat pegawai dan kakitangan Istana Kehakiman bermula pagi ini. Contoh nombor yang digunakan oleh pihak scammer untuk membuat panggilan ialah 0098014822085. Antara panggilan yang dibuat oleh pihak scammertersebut adalah dengan memaklumkan bahawa mangsa telah disepina dan dikehendaki hadir ke Mahkamah bagi tujuan lanjut dan meminta butiran peribadi mangsa seperti nombor kad pengenalan dan lain-lain.

 

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diminta agar berhati-hati sekiranya menerima panggilan sedemikian.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

                t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran, Statistik dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

Faks: 03- 8880 3955

Melayu