Nombor Hotline Untuk Melaporkan Panggilan Palsu (Scammer)

 

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah menerima aduan dan mengesan beberapa cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) dengan mendakwa mewakili pihak Mahkamah. Adalah juga dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengesan beberapa panggilan daripada pihak scammer yang dilakukan secara rambang terhadap nombor rasmi pejabat pegawai dan kakitangan Istana Kehakiman bermula pagi ini. Contoh nombor yang digunakan oleh pihak scammeruntuk membuat panggilan ialah 009 80148 22085, 009 69987 15170 dan 006 96598 61647.

 

3. Sehubungan dengan itu, sekiranya YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan mendapat panggilan yang sedemikian, YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi nombor hotlineseperti yang tertera dalam gambar di bawah bagi tujuan pengesahan dan maklumat lanjut.

Melayu