Aktiviti KESMA Bulan Oktober 2018

Tarikh : 31.10.2018

Perkara : JUALAN BERSEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2018

 

Assalamualaikum WHB & Salam Sejahtera 

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Bulanan anjuran Biro Ekonomi KESMA akan berlangsung selama 2 hari bersempena Perayaan Deepavali mengikut ketetapan berikut:

        Tarikh      :   1 NOVEMBER 2018
                         [Jualan coklat murah, lemang dan rendang, roti dan kek, kerepek, brooch kristal, tudung dan pakaian, alat solek, makanan sejukbeku]

                            2 NOVEMBER 2018
                           [Jualan muruku dan manisan, beg travel, biskut timbang, perfume, popia viral, tudung dan pakaian]

Adalah dimaklumkan juga, KESMA turut menjemput beberapa penjual berbangsa India untuk menjual saree, baju punjabi, kurta, hiasan dan istimewanya pelukis Henna khas untuk kakitangan dan pegawai MKL.



        Masa        :    8.00 pagi hingga 4.00 petang 

        Tempat    :    Lobi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput hadir untuk memeriahkan jualan-jualan tersebut dan menyaksikan hiasan 'kolam' daripada kakitangan kita di lobi Mahkamah. 

 

Sekian, terima kasih.

BIRO EKONOMI KESMA
2018-2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 30.10.18

Perkara : Kaunter Semakan & Pembayaran Yuran KESMA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

Bersempena dengan Jualan KESMA yang sedang berlangsung sekarang di Lobi Utama Mahkamah Kuala Lumpur, kaunter pembayaran yuran KESMA akan dibuka seperti berikut:

 

            Tarikh           : 31.10.2018 (RABU)

            Masa              : 10.30 pagi – 3 petang

            Tempat         : Lobi Utama Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menyemak dan membuat pembayaran yuran KESMA sewajarnya di sana.

 

Sekian, terima kasih.

 

NORFAUZANI BINTI MOHD NORDIN

 

BENDAHARI

Kelab Sukan, Kebajikan & Rekreasi (KESMA) 2018-2019

( +603 6209 4148     6  +603 6203 9656

* norfauzani@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 23.10.2018

Perkara : Jualan Oktober KESMA

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Bulanan anjuran Biro Ekonomi KESMA akan berlangsung selama 2 hari seperti ketetapan berikut:

29.10.2018 8.00 pagi - 3.00 petang Lobi MKL

Antara gerai jualan : pelbagai coklat, muruku dan kerepek, pelbagai roti dan kek, kain sutera, tupperware murah, pakaian.

       
30.10.2018 8.00pagi - 3.00 petang Lobi, MKL Antara gerai jualan : kasut kesihatan kaki medifeet, 'essential oil', makanan lemang-rendang dan kerepek, kerongsang, beg travel, buku kanak-kanak, 'frozen food', perfume.
       


3.    KESMA juga akan menyediakan 2 buah meja KESMA pada 25 Oktober ini bagi tujuan kutipan yuran, juga jualan lelong barang barang 'Limited Edition' KESMA seperti 'keychain' dan 'fridge magnet'.


3.    Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput hadir untuk memeriahkan jualan tersebut.

 

Sekian, terima kasih.

BIRO EKONOMI KESMA
2018-2019

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.10.2018

Perkara : Carnival Tourism Malaysia “It’s All HERE!”

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah  merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama dengan ini dipanjang emel daripada MAKSWIP untuk makluman semua.

 

Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Setiausaha KESMA 2018/2019

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

----------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Tourism Malaysia akan menganjurkan Karnival Tourism Malaysia "It's ALL HERE" yang akan berlansung pada 25 - 26 Oktober 2018 (Khamis & Jumaat) dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Presint 5, Putrajaya.

Karnival Tourism Malaysia “It’s All HERE!” adalah merupakan program networking julung kali secara besar-besaran diadakan bersama penggiat industri pelancongan negara. Program ini mendapat penyertaan daripada 29 organisasi yang merangkumi hotel, taman tema dan agensi pelancongan. Organisasi terbabit akan membuat jualan pakej mereka dalam kadar harga yang istimewa kepada orang ramai.


Objektif program Karnival Tourism Malaysia  “It’s All HERE!” adalah untuk menggalakan orang ramai untuk melancong dalam Malaysia sempena musim cuti persekolahan bulan November 2018 ini. Program ini mensasarkan pengunjung daripada semua kementerian di sekitar Putrajaya, syarikat-syarikat swasta, universiti, sekolah serta komuniti di Putrajaya dan Cyberjaya.

Sempena program ini juga orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat saringan kesihatan secara percuma serta jualan makanan oleh Persatuan Food Truck.

Semua dijemput hadir.

 

Bersama ini dilampirkan info dan poster program untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

SYAFIKH
ERRSYAM BIN ABU BAKAR
Media Relation

Corporate Communication Division

TOURISM MALAYSIA
7th Floor, No 2, Tower 1,

Jalan P5/6, Precint 5,
62200 WP Putrajaya
Tel: +603 8891 8772 Fax: +603 8891 8788
Hp: +6019 666 8702 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.10.2018

Perkara : Kejohanan Bowling Tertutup Mahkamah Kuala Lumpur 2018

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN REKREASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR (KESMA) PADA 4 NOVEMBER 2018 (AHAD)

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KESMA akan menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup Mahkamah Kuala Lumpur 2018 pada ketetapan berikut:

 

               Tarikh            : 4 November 2018 (Ahad)

               Masa              : 9.00 pagi

               Tempat          : Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya

 

3. Kadar bayaran adalah sebanyak RM50.00 seorang (10pin @ 5 games) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Oktober 2018 jam 4.00 petang.

 

4. [Klik] Borang-borang penyertaan dan syarat penyertaan adalah seperti mana lampiran di atas.

 

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai borang penyertaan ini , pihak tuan/puan boleh berhubung dengan urusetia penyertaan seperti  berikut:

ZAIDI                    EXT : 4907

ROSLAN              EXT : 4700

PN.YASMIRA       EXT : 4586

PN.JANNAH         EXT : 4409

 

6. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Biro Publisiti KESMA 2018/2019

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.10.2018

Perkara : Demo Masakan

 

Assalamualaikum whb dan Salam Sejahtera

 

Datuk/Dato/Dr/Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa kami bercadang untuk mengadakan 'Demo Masakan' kepada  ahli KESMA yang berminat. Sekiranya ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya segera pada/sebelum 17 Oktober 2018 untuk mendaftar nama.  Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian. Tempat adalah terhad. Harap maklum.

 

Sekian. Terima kasih.

 

"Masak Dengan Gembira"

 
.T/T.

NOORASYIKIN BT SAHAT
BIRO EKONOMI KESMA
EXT: 4194

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.10.2018

Perkara : Sumbangan Untuk KesmaCare

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas bersama e-mel bertarikh 26.9.2018 yang dikepilkan di bawah adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman semua wargakerja Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) sepanjang program KesmaCARE dijalankan hampir sebulan setengah yang lalu, sekurang-kurangnya 45 orang penerima telah mendapat dan menerima bantuan barangan keperluan harian yang telah disediakan oleh KesmaCARE. 

 

3. Dapatan awal tersebut adalah berdasarkan rekod yang telah diterima oleh pihak kami yang mana pengambilan barangan dinyatakan oleh penerima. Sebagai makluman tambahan perbelanjaan untuk memenuhkan keseluruhan rak pameran di peringkat awal adalah sebanyak RM200 melalui bajet yang diperuntukkan daripada Biro Kebajikan dan Agama (BKA KESMA 2018/2019).

 

4. Justeru itu, bagi memastikan kesinambungan dan bantuan berterusan dapat disalurkan kepada wargakerja KMKL yang memerlukan, pihak KesmaCARE memohon sumbangan wargakerja KMKL yang berkemampuan dan sudi untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diletakkan di KesmaCARE.

 

5. Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk menyumbang boleh membuat belian barangan keperluan harian yang dirasakan perlu dan meninggalkan sahaja barangan belian tersebut di ruang pengumpulan barangan bilik KesmaCARE (di dalam kotak bertape hitam) sebelum pihak kami menyusunnya di rak pengambilan barangan.

 

6. Jika sekiranya Dato'/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan akan perkara ini bolehlah hubungi mana-mana AJK KesmaCARE dan kami akan membantu.

 

7. Besarlah harapan kami agar wargakerja KMKL dapat menyumbang barangan keperluan harian di KesmaCARE kerana keprihatinan kita membawa seribu makna bagi mereka yang memerlukan. 

 

Sila baca [klik] Objektif KesmaCare

Sila baca [klik] Tatacara KesmaCare

Sekian, terima kasih.

b/p KesmaCARE

Biro Kebajikan dan Agama

KESMA 2018/2019

Melayu