Hebahan Pentadbiran Bulan Oktober

Tarikh : 31.10.2018

Perkara : Pertandingan Instagram 'PKPMP : Integriti Di hatiku 2018'

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram 'PKPMP : Integriti di Hatiku 2018' bermulapada 31 Oktober 2018 sehingga 11 November 2018.

 

3. Sehubungan dengan itu, dilampirkan di sini poster hebahan dan syarat-syarat pertandingan untuk rujukan kepada warga kehakiman yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. 

 

4. Segala kemusykilan mengenai pertandingan ini, boleh menghubungi pegawai berikut:

 

  1.  Puan Chyfica binti Mohamed Zamri (03-8880 4063) - 

    chyfica@kehakiman.gov.my

  

  1. Tuan Muhammad Bukhori bin Md Ruslan (03 - 8880 3979) - 

         bukhoriruslan@kehakiman.gov.my

 

5. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Sekian, terima kasih. 

 

Yang Menjalankan Amanah,

 

                t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.10.2018

Perkara : MEMUAT NAIK SIJIL CUTI SAKIT DALAM HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Selaras dengan penggunaan sistem HRMIS bagi urusan perkhidmatan, mulai 1 November 2018 YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memuat naik Sijil Cuti Sakit yang telah disahkan oleh penyelia ke dalam sistem HRMIS. Setelah itu, salinan Sijil Cuti Sakit asal PERLU dihantar ke Unit Perkhidmatan dan Perjawatan untuk tujuan rekod.

 

3. Tatacara memuat naik Sijil Cuti Sakit ke dalam sistem HRMIS adalah seperti berikut:

3.1

:

Pilih Pengurusan Cuti

 

 

 

3.2

:

Pilih Pemohon Cuti

 

 

 

3.3

:

Kategori Cuti - Pilih Cuti Kerana Perubatan

 

 

 

3.4

:

Jenis Cuti – Pilih Cuti Sakit (Awam) atau (Swasta) bergantung kepada sijil cuti sakit yang diterima dan tekan “TERUSKAN”

 

 

 

3.5

:

Isi maklumat berkaitan dan klik butang “TAMBAH”

 

 

 

3.6

:

“Pop-up” – isi no rujukan Sijil Cuti Sakit, Keterangan dan pilih “Choose File”. Sijil Cuti Sakit perlu terlebih dahulu di”scan” dan disimpan (Save As) di dalam komputer

 

 

 

3.7

:

Tekan butang “MUAT NAIK” dan seterusnya tekan “HANTAR”

 

 

 

 

[Klik untu ilustrasi bergambar]

 

4. Sekiranya terdapat sebarang masalah, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi En. Mohd Norhisyam Bin Zulkifli di sambungan 4979.

 

Sekian, terima kasih

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.10.2018

Perkara : Pindaan Tarikh Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Dr./ Tuan/ Puan

 

PENUNDAAN TARIKH PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAGI BULAN OKTOBER 2018

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan MKL bagi bulan Oktober 2018 yang dijadualkan pada 30 Oktober 2018 [klik] ditunda kepada 31 Oktober 2018 (Rabu), tempat dan masa tidak berubah sepertimana memo yang dihantar sebelum ini.

 

3. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Dr./ Tuan/ Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.10.2018

Perkara : PERINGATAN MESRA : Panggilan "Scammer"

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bahagian Pengurusan MKL ada menerima beberapa aduan berkenaan cubaan pihak luar yang menghubungi anggota MKL. Antara modus operandi pihak tersebut adalah  dengan mendakwa untuk mendapatkan pelbagai maklumat untuk tujuan perkhidmatan sepina, pinjaman dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon untuk lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi sekiranya mendapat panggilan yang mencurigakan.

 

Sekian terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 22.10.2018

Perkara : Artikel: "Stop Bullying the Barristers, Judges Warned" oleh Chris Merritt

 

Y.A Hakim Mahkamah Persekutuan

Y.A Hakim Mahkamah Rayuan

Y.A Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman

Pegawai Kehakiman

Seluruh Malaysia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.A-Y.A Tan Sri/Datuk Seri/Dato' Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah saya diarahkan untuk memanjangkan sesalinan artikel bertajuk "Stop Bullying the Barristers, Judges Warned"oleh Chris Merritt, untuk perhatian dan makluman Y.A-Y.A Tan Sri/Datuk Seri/Dato' Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.


Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

                         t.t.

(DAYANG ELLYN NARISA BINTI ABANG AHMAD)
Pegawai Khas (Polisi & Pentadbiran) kepada Y.A.A. Tan Sri Ketua Hakim Negara

Mahkamah Persekutuan Malaysia  

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.10.2018

Perkara : Perkhidmatan E-Hailing Sebagai Pengangkutan Awam

 

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa penggunaan perkhidmatan e-hailing (Grab car dan seumpamanya) sebagai pengangkutan awam oleh pegawai Perkhidmatan Awam yang menjalankan tugas rasmi atau menghadiri kursus adalah sah di sisi undang-undang dan melayakkan tuntutan Tambang Pengangkutan Awam mulai 12 Julai 2018.

 

Bersama-sama ini disertakan [klik] surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 17 Ogos 2018 untuk perhatian dan makluman  YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Seksyen Pengurusan Maklumat

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Persekutuan Malaysia

19/10/2018

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.10.2018

Perkara : Perhimpunan Bulanan Pegawai Dan Kakitangan Bagi Bulan Oktober 2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Dr./ Tuan/ Puan

 

PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAGI BULAN OKTOBER 2018

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita bersama-sama ini dikemukakan Memo daripada Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Dr./ Tuan/ Puan jua.


Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

NORYATI BINTI AHMAD

Pembantu Tadbir Kanan

Unit Pentadbiran Am dan Fail

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.10.2018

Perkara : Kajiselidik Kecemerlangan Badan Kehakiman Malaaysia

 

Pegawai Kehakiman

Seluruh Malaysia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya Pejabat ini merujuk kepada emel di bawah bertarikh 14 Oktober 2018.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat sebilangan besar Pegawai Kehakiman yang masih belum menjawab kaji selidik seperti yang dimaklumkan di dalam emel di bawah. Capaian kaji selidik tersebut telah ditutup pada jam 12:00 malam, 17 Oktober 2018. Walau bagaimanapun, capaian tersebut tersebut telah dibuka semula dan dipohon kerjasama Pegawai Kehakiman yang masih belum menjawab kaji selidik tersebut untuk memberikan kerjasama dengan menjawab kaji selidik tersebut. Capaian tersebut akan dibuka sehingga 19 Oktober 2018, Jumaat, jam 5:00 petang. [Klik untuk kajiselidik https://survey.us.confirmit.com/wix/p3088647882.aspx]

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan penghargaan.

 

Sekian terima kasih.

 

PEJABAT KETUA HAKIM NEGARA

ISTANA KEHAKIMAN

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 17.10.2018

Perkara : Permohonan Desk Diary 2019

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

YBhg.  Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.     Dimaklumkan bahawa, permohonan Desk Diari 2019 untuk kegunaan merekod kes di semua Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret boleh dibuat secara online melalui spa.kehakiman.gov.my. Sehubungan dengan ini,  diminta pegawai pemesan yang dilantik untuk membuat permohonan stok tersebut.

 

3.      Kerjasama daripada YBhg.  Dato'/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(NORIZA BINTI MOHD NOOR)

Pembantu Tadbir N22 (KUP)

Unit Stor Alat Tulis

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

03-62072011

 

_________________________________________________________________________________-

Tarikh : 17.10.2018

Perkara : IMR Fun Run 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

 YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

Dimajukan hebahan  mengenai IMR Fun Run 2018 bersempena Hari Terbuka Institute For Medical Research Malaysia (IMR)  untuk perhatian dan makluman YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

 

Mohon kerjasama Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri untuk membuat hebahan kepada Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Negeri masing-masing.

 

Sekian terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah

 

Suzarika binti Sahak

Timbalan Pengarah

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.10.2018

Perkara : Melengkap Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Mendapatkan Pengesahan Pegawai Penilai Pertama (PPP)

 

P E R I N G A T A N

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan,

 

MELENGKAPKAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN MENDAPAT PENGESAHAN PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) BAGI TAHUN 2018

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan rantaian emel di bawah.

 

2. Walaupun tarikh Melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) oleh PYD telah tamat, tetapi terdapat pegawai/kakitangan yang masih belum berbuat demikian.   Mohon kerjasama YBhg Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan dengan kadarSEGERA dan mendapatkan pengesahan PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) sebelum 31 OKTOBER 2018.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAZNAH BINTI JELANI)

Pembantu Tadbir Kanan

Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib,

Bahagian Pengurusan,

Mahkamah Kuala Lumpur.

Tel. 03 – 6209 4037

Email : maznahjelani@kehakiman.gov.my

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.10.2018

Perkara : Pemanjangan Kemudahan Cuti Kuarantin Kepada Pegawai Lantikan Contract Of Service

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama dengan ini disertakan [klik] surat edaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) berkaitan pemanjangan cuti kuarantin kepada pegawai lantikan Contract of Service

 

Dipanjangkan untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan jua.

 

Sekian, terima kasih.  

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.10.2018

Perkara : Kawasan Letak Kereta B2 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg Datuk Dr./ Dato`/Tuan/Puan,

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

 

YBhg Datuk/ Dato`/Dr,/Tuan/Puan,

 

KAWASAN LETAK KERETA B2 KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

 

2. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, ketika ini seluruh negara , khususnya di kawasan Kuala Lumpur sedang mengalami musim hujan dan boleh menyebabkan kawasan-kawasan rendah dinaiki air dan menyebabkan banjir kilat berlaku. Bagi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kawasan letak kereta B2 di bahagian belakang Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur merupakan kawasan yang sering dinaiki air apabila hujan turun dengan lebat.

 

3. Oleh yang demikian, YBhg Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan  diminta untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca ini dan dapat segera mengambil tindakan mengalihkan kenderaan yang diletakkan di kawasan berkenaan sekiranya hujan turun  dengan lebat. Sebagai langkah sementara, kenderaan-kenderaan boleh diletakkan di tepi jalan laluan  belakang Kompleks Mahkamah dan di dalam kawasan bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang  di sayap kanan. Kawasan dalam bangunan tersebut kini akan dikhaskan untuk warga kerja Mahkamah Kuala Lumpur  meletakkan kenderaan masing-masing dalam keadaan sekarang sehingga berakhirnya musim hujan ini.

 

4. Selain daripada itu, pihak pengurusan juga akan dari masa ke semasa membuat pengumuman pemberitahuan  jika terdapat keperluan untuk mengalihkan kenderaan dari kawasan  B2 berkenaan sekiranya hujan  turun dengan lebat.  Untuk makluman juga, sebagai langkah jangka panjang, pihak pengurusan sedang  mengambil tindakan sewajarnya bersama pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini.

 

5. Kerjasama dan perhatian yang diberikan YBhg Datuk/ Dato’/Dr./Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 16.10.2018

Perkara : Makluman Program LAC-VICTIM-SUPPORT di Mahkamah Rendah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Dipanjangkan e-mel daripada YBrs. Tuan PMRen. tersebut yang jelas menerangkan maksudnya sebagai makluman dan tindakan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

-----------------------

 

Tuan,

 

Dengan hormat perkara di atas dirujuk.

 

2. Melalui surat bertarikh 10 Oktober 2018, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) telah memohon kerjasama Mahkamah bersempena dengan pelaksanaan program “Lac-Victim-Support” yang dijalankan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur.

 

3. Program tersebut bertujuan untuk menyediakan khidmat guaman kepada mangsa kes jenayah atau keluarga mangsa tersebut. Program tersebut akan berjalan sepertimana ketetapan berikut:

 

Tarikh : 15 - 28 hb Oktober 2018
     
Tempat : Mahkamah sesyen dan Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
     
Peserta Program : 12 Orang Pelatih Dalam Kamar
     

 

4. Sehubungan dengan itu, sila tuan maklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret di Mahkamah Kuala Lumpur berkenaan perkara ini.

 

Sekian terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

 

(M.BAKRI BIN ABD MAJID)

Pendaftar

Mahkamah Rendah Malaya

Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Putrajaya

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.10.2018

Perkara : Info IT Bil 2 Tahun 2018

 

YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info IT Bil.2/2018 sebagai makluman YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.


Sekian, terima kasih. 

 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Unit IT

Bahagian Pengurusan

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.10.2018

Perkara : MAKLUMAN SINGKATAN NAMA KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA SEBAGAI MPI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

Dimajukan hebahan  mengenai singkatan nama Kementerian Industri Utama sebagai MPI untuk perhatian dan makluman YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selanjutnya. 

 

Mohon kerjasama Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri untuk membuat hebahan kepada Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Negeri masing-masing.

 

Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah

 

Suzarika binti Sahak

Timbalan Pengarah

____________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 15.10.2018

Perkara : Kajiselidik Kecemerlangan Badan Kehakiman Malaysia

 

Datuk/Dr/Tuan/Puan

 

Merujuk kepada email dari Pejabat YAA Ketua Hakim Negara yang jelas menerangkan maksudnya, sila ambil tindakan segera untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik berkenaan.

 

2. Adalah diingatkan waktu kaji selidik tersebut adalah bermula dari tarikh emel berkenaan dihantar (Ahad ,14 Oktober 2018)  sehingga 16 Oktober 2018, Selasa, jam 11:59 malam.

 

[Klik untuk kajiselidik https://survey.us.confirmit.com/wix/p3088647882.aspx]

 

Sekian , terima kasih

 

 

Ahmad Kamar Bin Jamaludin

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

------------------------------------------------

 

Pegawai Kehakiman

Seluruh Malaysia

 

Assalamualaikum wbt. wbrkth dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya Pejabat ini diarahkan oleh Y.A.A Ketua Hakim Negara untuk merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kehakiman sedang menggiatkan usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kehakiman kepada semua pihak. Pelbagai langkah dan mekanisme telah dan sedang dibuat untuk mencapai matlamat menjadikan Badan Kehakiman Malaysia bertaraf dunia. Salah satu langkah yang sedang dijalankan ialah dengan membuat penilaian semasa oleh warga kehakiman sendiri bagi mendapatkan maklum balas mengenai penyampaian perkhidmatan kehakiman yang dinilai daripada pelbagai aspek kecemerlangan kehakiman.

 

3. Badan Kehakiman sedang bekerjasama dengan United Nations Development Program (UNDP), National Centre for States Courts (NCSC) United States dan International Consortium for Court Excellence untuk mengadaptasi sistem pengurusan kualiti menerusi penilaian kendiri (self assessment) yang dikenali sebagai International Framework for Court Excellent (IFCE). Sistem penilaian tersebut meliputi tujuh (7) aspek kecemerlangan kehakiman iaitu Court Leadership and Management, Planning and Policies, Court Resources, Court Proceedings and Processes, Client Needs and Satisfaction, Affordable and Accessible Court Services dan Public Trust and Confidence.

 

4. Oleh yang demikian, bagi mendapatkan hasil kajian yang menyeluruh mengenai pencapaian semasa Badan Kehakiman dan langkah penambahbaikan yang perlu dibuat, semua Pegawai Kehakiman diminta untuk mengambil bahagian di dalam kaji selidik tersebut dengan mengisi kaji selidik tersebut secara atas talian berdasarkan capaian berikut:

 

https://survey.us.confirmit.com/wix/p3088647882.aspx

 

Pegawai Kehakiman diminta memasukkan emel rasmi kehakiman di dalam kaji selidik tersebut.

 

5. Semua maklumat yang diisi di dalam kaji selidik tersebut akan diperoleh secara terus oleh pihak ketiga iaitu IFCE Consortium dan diklasifikasikan sebagai sulit. Maklumat tersebut tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak termasuk kepada Pengurusan Tertinggi Badan Kehakiman dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Waktu kaji selidik tersebut adalah bermula daripada tarikh emel ini dihantar sehingga 16 Oktober 2018, Selasa, jam 11:59 malam. Kaji selidik tersebut boleh diisi samada menggunakan komputer atau peranti lain seperti Ipad, tablet dan juga telefon pintar. Pegawai Kehakiman yang tidak menjawab kaji selidik tersebut akan dipantau dan diberikan peringatan untuk menjawab kaji selidik tersebut.

 

6. Marilah bersama-sama membantu Pengurusan Tertinggi Badan Kehakiman dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk merangka dan mengimplementasikan inisiatif bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan Badan Kehakiman kepada semua pihak dengan menyumbangkan buah fikiran dan pandangan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan melalui kaji selidik tersebut. Sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Mohd Aizuddin bin Zolkeply, Pegawai Khas (Perhubungan) kepada Y.A.A Ketua Hakim Negara di talian 03-8880 3504 atau emel aizuddin@kehakiman.gov.my.

 

Segala kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan penghargaan.

 

Sekian terima kasih.

 

PEJABAT KETUA HAKIM NEGARA

ISTANA KEHAKIMAN

PUTRAJAYA

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.10.2018

Perkara : Mesyuarat Jawatankuasa Program Sukan mahkamah Kuala Lumpur 2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/ Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Sebagaimana yang telah dimaklumkan terdahulu, YBhg. Dato’/ Tuan/Puan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Program Sukan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur 2018.

 

Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Program Sukan KMKL 2018 Bil. 1 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

 

Tarikh          :           18 Oktober 2018 (Khamis)

Masa           :           3.30 petang

Tempat        :           Bilik Anggerik, Aras 6,

                                Mahkamah Kuala Lumpur.

 

Bersama-sama ini juga dilampirkan agenda Mesyuarat untuk perhatian YBhg. Dato’/ Tuan/Puan.

 

Kehadiran YBhg. Dato’/ Tuan/Puan amat diharapkan bagi menjayakan perancangan lanjut untuk program ini.

 

Jika terdapat sebarang keuzuran atau ketidakhadiran, mohon YBhg. Dato’/Tuan/Puan memaklumkan saya sewajarnya.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

Yang menjalankan amanah;

 

NORFAUZANI BINTI MOHD NORDIN

Setiausaha,

Program Sukan KMKL 2018.

( +603 6209 4148     6  +603 6203 9656

* norfauzani@kehakiman.gov.my

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.10.2018

Perkara : Hari Sukan Negara 2018 - 13hb Oktober 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri akan melaksanakan Program Hari Sukan Negara @ JPM pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Sukan JPM, Putrajaya. Pelaksanaan program ini adalah usaha JPM dalam merealisasikan usaha untuk membudayakan semangat bersukan kepada Pegawai dan kakitangan JPM dan menyahut seruan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan melalui Hari Sukan Negara.

 

3. Sehubungan dengan itu pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dengan hormatnya dijemput untuk bersama sama pada Program tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

 

Tarikh     :      13 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa       :      7.30 pagi
Tempat   :      Gelanggang Sukan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

 

4. Pelbagai aktiviti akan dijalankan semasa program ini berlangsung antaranya adalah Sukan Dalaman (Indoor Games) melibatkan acara Dart, Karrom dan Congkak. Seterusnya Musolla JPM dan PUSPANITA Cawangan Kecil JPM akan menganjurkan Program Kacau Bubur Assyura khusus untuk warga JPM dan agensi. Semoga dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat memeriahkan dan menjayakan program ini.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3871/3842/3847/4555

6  03-8888 4522

pengurusanmaklumat@kehakiman.gov.my

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.10.18

Perkara : Notifikasi - Notis Makluman Kerja-kerja Penyelenggaraan Pelayan (Server) Sistem Emel Kehakiman

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

YBhg. YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan​,

 

Kerja-kerja Penyelenggaraan Pelayan (Server) Sistem Emel Kehakiman

Dengan merujuk kepada perkara diatas.

 

2. Dimaklumkan bahawa terdapat kerja-kerja penyelenggaraan pelayan (server) Sistem Emel Kehakiman yang akan dijalankan oleh Bahagian Teknologi Maklumat pada tarikah, hari dan masa seperti berikut.

 

Tarikh & Masa mula                 :          13hb Oktober 2018 (Sabtu) @ Jam 4.00 petang

 

Tarikh & Masa tamat               :          13hb Oktober 2018 (Sabtu) @ Jam 8.00 malam

 

Aktiviti                                      :           Kerja-kerja Penyelenggaraan Pelayan (Server) Sistem Emel Kehakiman

 

Implikasi                                  :           Gangguan sementara pada aplikasi emel kehakiman dan Sistem eKehakiman

 

3. Jika terdapat sebarang masalah dan gangguan aplikasi atau capaian emel kehakiman selepas aktiviti ini dijalankan, sila berhubung terus dengan Helpdesk BTM di talian 03-88809405 atau e-mel ke helpdesk@kehakiman.gov.my.  atau berhubung terus Pegawai IT yang bertugas semasa aktiviti dijalankan:

 

Pegawai Unit Rangkaian Dan Pusat Data

Nama         :       En.Yusri Hakim bin Yeop

Telefon       :       012-23995795

E-mel         :       yusrihakim@kehakiman.gov.my

 

Nama         :       En. Mohd Zarimey bin Mat Husin

Telefon       :       012-6692445

E-mel         :       zarimey@kehakiman.gov.my

 

Nama         :       Pn.Seri Devi Yana binti Mohamad Yusof

Telefon       :       013-5930363

E-mel         :       yanayusof@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3, 62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

pentadbiremel@kehakiman.gov.my

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.10.2018

Perkara : Melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Mendapat Pengesahan Pegawai Penilai Pertama (PPP) Bagi Tahun 2018

 

P E R I N G A T A N

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan,

 

MELENGKAPKAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN MENDAPAT PENGESAHAN PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) BAGI TAHUN 2018

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sila ambil maklum bahawa YBhg Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan adalah dikehendaki untuk menghantar SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) kepada PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) bagi mendapatkan pengesahan sebelum 31 OKTOBER 2018.  Ini akan membolehkan LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LNPT) Tahun 2018 YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat dihantar kepada PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP) dan PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK) untuk tujuan penilaian.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAZNAH BINTI JELANI)

Pembantu Tadbir Kanan

Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib,

Bahagian Pengurusan,

Mahkamah Kuala Lumpur.

Tel. 03 – 6209 4037

Email : maznahjelani@kehakiman.gov.my

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.10.2018

Perkara : How Secure Is My Email Pasword?

 

YBhg. Dato’Sri/Dato’/ Datin/Tuan/Puan,

 

[ INFO ICT BIL 9/2018 ]  - How secure is my email password ?

 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas. 

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan Info ICT Mingguan Bil 9/2018 bagi Program Pengukuhan Pengetahuan Keselamatan ICT untuk makluman YBhg. Dato’Sri/Dato’/ Datin/Tuan/Puan.

 

Sekian, terima Kasih

 

URUSETIA INFO ICT

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN E-KEHAKIMAN

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.10.2018

Perkara : Cubaan Mencuri maklumat Pengguna Emel Kehakiman

 

Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Para Pengguna E-mel Kehakiman.gov.my Yang Dihormati,

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan.

 

2. Pihak kami  menerima aduan daripada pengguna yang  menerima emel  seperti emel di lampiran. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa kami TIDAK PERNAH menghantar emel sedemikian.

 

3. Untuk makluman Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, emel tersebut adalah satu teknik  yang dikenali sebagai “ phishing”. Teknik ini digunakan oleh pihak luar untuk mencuri  maklumat pengguna.  Teknik ini adalah BAHAYA kepada pengguna, kerana emel pegguna akan terdedah kepada pencerobohan dan di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu di pohon pengguna emel kehakiman dinasihatkan supaya menghapuskan emel tersebut dari  mailbox dan dinasihatkan untuk menukar password emel sekiranya Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri /Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan menggunakan password asal yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.

 

4. Sekiranya Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan telah mengemaskini maklumat seperti yang di arahkan dalam emel yang dilampirkan, DIPOHON MENUKAR PASSWORD EMEL DENGAN SEGERA bagi mengelakkan emel di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03-88809405. 

 

 

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.10.2018

Perkara : PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR 2018

 

Tuan/Puan.

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Tuan/Puan telah dilantik oleh Y. Bhg Tuan Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur sebagai [klik] Ahli Jawatankuasa Program Sukan KMKL 2018.

 

3. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan mengharapkan pihak Tuan/Puan dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada program yang dirancangkan.

 

4. Bersama-sama ini disertakan surat pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Program Sukan KMKL 2018 untuk makluman pihak Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya Yang Menjalankan Amanah

 

                            t.t 

[DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM]

PENGARAH PROGRAM SUKAN KMKL 2018

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.10.2018

Perkara : Tawaran Mengikuti Program Pengajian Diploma Eksekutif Universiti Malaya Ambilan November 2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

YBrs. Tuan/YBrs. Puan/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas,

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaya menawarkan Pengajian Diploma Eksekutif bagi kakitangan Perkhidmatan Awam bagi pengambilan bulan November 2018. 

[klik untuk Brosur Program Pengajian Diploma Eksekutif Universiti Malaya Ambilan November 2018]

 

3. Oleh yang demikian, Tuan/Puan boleh merujuk lampiran program yang ditawarkan, bagi yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh hadir ke Hari Informasi UMCCed yang diadakan seperti ketetapan berikut.

                       

Tarikh   : 6 Oktober 2018 (Sabtu)

Masa    : 11.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Auditorium Blok B, Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 

 

4. Sehubungan itu, kerjasama penyelia adalah dipohon untuk menghebahkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan (yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan).

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 Mohd Shafiq Affenddy

MOHD. SHAFIQ AFFENDDY BIN ABU SUJAK

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.10.2018

Perkara : HRMIS : Brosur Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...,

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Bersama ini dimajukan hebahan mengenai [klik] brosur Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman tuan/puan, sistem ini telah dilancarkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil.1/2018 pada 1 Oktober 2018. Brosur SPMB boleh dimuat turun melalui :

 

http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/brosur/SPMB-outline.pdf

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3871/3842/3847/4555

6  03-8888 4522

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.10.2018

Perkara : Penguncian Minit Prosiding Dalam CMS

 

Dato’/ Tuan / Puan

 

Unit Statistik Mahkamah Rendah Kuala Lumpur memohon agar pihak Dato’ /Tuan/Puan  MEMASTIKAN SETIAP MINIT PROSIDING DI KUNCI DI DALAM CMS  setelah selesai prosiding setiap hari. Adalah menjadi tanggungjawab Dato’/Tuan/Puan memastikan ianya dilakukan di Mahkamah masing-masing.

 

Kegagalan pihak Dato’/ Tuan/Puan  mengunci minit  didalam system CMS akan menyebabkan fail itu masih dalam mode aktif walaupun kes telah diselesaikan  sepenuhnya. Ini akan menyebabkan Statistik yang dihantar oleh pihak Dato’/ Tuan/ Puan tidak akan selari dan tepat.

 

Untuk makluman Dato’/ Tuan/Puan isu kegagalan mengunci minit prosiding di dalam CMS dipandang berat oleh pihak Istana Kehakiman kerana jumlah penyelesaian kes akan dipantau oleh pihak Unit Statistik Istana Kehakiman melalui minit prosiding  didalam CMS Mahkamah masing-masing dan dibandingkan dengan Statistik yang dihantar setiap bulan.

 

Keperihatinan Dato’/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah di alu-alukan.

 

Sekian terimakasih

 

Saya  yang menjalankan amanah

 

Norliza Bt Othman

Unit Statistik MKL

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.10.2018

Perkara : Ringkasan Dan waktu Persidangan Mahkamah Rendah Kuala Lumpur

 

PERINGATAN

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Merujuk kepada e-mel di bawah, catatan waktu persidangan harus menggambarkan waktu persidangan yang sebenar mengikut CRT mahkamah masing-masing.

 

Hasil semakan yang dibuat, masih terdapat mahkamah yang lewat mengemukakan laporan tersebut sebagaimana arahan.

 

Justeru itu, semua mahkamah diarahkan mengemaskini laporan waktu persidangan setiap hari sebaik sahaja kes selesai bagi mengelakkan kelewatan yang sama berulang.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh :3.10.2018

Perkara : PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PIALA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) 2018

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Merujuk kepada e-mel di bawah, pegawai dan kakitangan yang berkelapangan boleh hadir ke pertandingan tersebut setakat 10 orang sahaja bagi memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding.

 

Justeru itu, bagi yang berminat untuk hadir, sila berikan nama kepada saya dan pemilihan dibuat berdasarkan 10 nama terawal.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_______________________________

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan  Pertandingan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 2018 seperti berikut :

 

Tarikh : 04hb Oktober 2018
     
Masa : 09.00 Pagi
     
Tempat : Auditprium JPA
     

 

3. Oleh yang demikian, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan menghantar tiga(3) orang pegawai untuk menyertai pertandingan tersebut. Senarai pegawai adalah seperti berikut:

 

1. Tuan Muhamad Safuan Bin Azhar
  Penolong Kanan Pendaftar
  Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah malaya
   
2. Puan Maryam Jamielah binti Haji Ab. Manaff
  Penolong Kanan Pendaftar
  Mahkamah Shah Alam
   
3. Puan Nurzihan binti Abdul Rahman
  Penolong Kanan Pendaftar
  Mahkamah Kuala Lumpur

 

4. Sehubungan dengan itu , YBhg. Dato' Sri Latifah bt Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah memberi kebenaran kepada pegawai dan kakitangan Istana Kehakiman seramai 20 orang,Mahkamah Kuala Lumpur seramai 10 orang dan Mahkamah Shah Alam seramai 10 orang yang berkelapangan untuk hadir ke pertandingan ini bagi memberi sokongan kepada para peserta. Surat kebenaran kehadiran akan diedarkan semasa hari pertandingan tersebut.

 

5. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung dengan perkara ini, pihak YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Chyfica Binti Mohamed Zamridi talian 03-8880 4063  (emel:chyfica@kehakiman.gov.my). 

 

Sekian. Terima Kasih.

              tt

 Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.10.2018

Perkara : “15th EDITION OF FRIENDY GAMES WITH PERADI (PERHIMPUNAN ADVOKAT INDONESIA” DI BANDUNG, INDONESIA, 12 OKTOBER 2018

 

YAA-YAA Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Bersama-sama ini dilampirkan [klik] surat daripada Pejabat ini yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan YAA-YAA Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

              t.t

(MOHD. AIZUDDIN BIN ZOLKEPLY)          

Pegawai Khas (Perhubungan) kepada

YAA Ketua Hakim Negara

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA

Tel:03-88803504

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.10.2018

Perkara : Persediaan Bagi Sistem E-Rekod Rayuan

 

Dato/Dr/Tuan/Puan,

 

Sila ambil maklum dan tindakan arahan PMRen di bawah.

Pastikan exhibit dan nota keterangan lengkap dimuatnaik dalam system CMS.

Pemeriksaan dan pemantauan akan dijalankan selepas ini untuk semua Mahkamah Rendah KL.

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

----------------------

 

YBhg Dato’/Tuan/Puan,

 

Dengan hormat perkara di atas dirujuk.

 

2. Untuk makluman, PKPMP kini dalam proses membina sistem e-Rekod Rayuan bagi memudahkan dan mempercepat penyediaan rekod rayuan. Sistem e-Rekod Rayuan ini dijangka akan mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2019.

 

3. Selaras dengan inisiatif tersebut, semua Mahkamah hendaklah memberi kerjasama dengan membuat persediaan sewajarnya bagi membolehkan sistem tersebut berjaya dilaksanakan.

 

4. Oleh itu, semua Mahkamah hendaklah memastikan ekshibit dan nota keterangan yang lengkap bagi semua kes yang masih berjalan di Mahkamah dimuatnaik dan dikemaskini di dalam sistem CMS. Sistem e-Rekod Rayuan kelak akan menggunapakai dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik ke dalam  sistem CMS untuk membentuk rekod rayuan yang lengkap.

 

5. Terdahulu, YBrs. Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi) telah mengeluarkan satu surat arahan bertarikh 9 Februari 2018 agar setiap Mahkamah yang mendengar kes memuatnaik ekshibit berbentuk dokumen bagi setiap prosiding. Namun begitu, terdapat Mahkamah yang masih gagal mematuhi sepenuhnya ketetapan tersebut.

 

6. Sila ambil maklum bahawa Bahagian e-Kehakiman akan membuat semakan dari semasa ke semasa melalui sistem bagi memastikan arahan  ini dipatuhi.

 

Sekian terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

 

(M.BAKRI BIN ABD MAJID)

Pendaftar

Mahkamah Rendah Malaya

Istana Kehakiman

Presint 3, 62506 Putrajaya

(+603 8880 9418 6      +603 8888 5464)

mbakri@kehakiman.gov.my

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.10.2018

Perkara : Info IT [Scammers]

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info IT Bil.1/2018 sebagai makluman dan rujukan bersama.

Sekian, terima kasih. 

 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Unit IT

Bahagian Pengurusan

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 01.10.2018

Perkara : PENYENGGARAAN PENCEGAHAN (PM) BAGI KONTRAK NO. PKPMP(02)(T)01/2016 DAN KONTRAK NO. BHEUU 3/2015

 

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan syarikat Night Electronics (M) Sdn. Bhd. akan membuat Penyenggaraan Pencegahan (PM) kali kedua bagi tahun kedua di seluruh Mahkamah Semenanjung dan Sabah Sarawak.

 

3. Sehubungan itu, jasa baik dipohon untuk memaklumkan kepada pejabat di bawah seliaan YBhg Dato’/Tuan/Puan berkaitan Penyenggaraan Pencegahan (PM) yang akan dijalankan oleh Pihak Syarikat Night Electronic(M) Sdn. Bhd dan memastikan pihak syarikat menjalankan kerja-kerja Penyenggaraan Pencegahan (PM) seperti dalam LAMPIRAN B. Di sini saya sertakan juga Lampiran untuk jadual setiap lokasi dan senarai nama pekerja Teknikal dari syarikat berkenaan yang akan menjalankan kerja-kerja Penyenggaraan Pencegahan (PM) ini.

 

4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi:-

 

1.

Abbas Salimi Bin Hussain

No. Tel: 03-88804007

 

emel: abbas@kehakiman.gov.my

 

 

 

 

2.

Nur Azlina Binti Ahmat

No. Tel : 03-88804015

 

emel: azlina@kehakiman.gov.my

 

 

 

 

 

Sila baca [klik] Lampiran

 Sekian, terima kasih

Nur Azlina Binti Ahmat

_________________________________________________________________________________