Hebahan Pentadbiran November 2018

 

Tarikh : 30.11.2018

Perkara : Notis Penutupan Server

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 29.11.2018

Perkara : Pelaksanaan Kerja-Kerja High Voltage And Low Voltage Servicing Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan,

 

PELAKSANAAN KERJA-KERJA HIGH VOLTAGE AND LOW VOLTAGE SERVICING DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan, pihak Chengaljati Sdn Bhd akan melaksanakan kerja-kerja tahunan bagi Sistem High Voltage dan Low Voltage di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur dan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan sistem tersebut akan menggangu bekalan elektrik (shut down) seluruh bangunan pada ketetapan seperti berikut :-

 

                        Tarikh            : 1 dan 2 Disember 2018

                        Hari                : Sabtu dan Ahad

                        Masa              : 8.00 pagi (1 Dis 2018) hingga 11.30 tengah malam (2 Dis 2018)

 

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan untuk mengambil maklum perkara ini dan memaklumkan juga kepada kakitangan YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan yang tidak mempunyai emel kehakiman. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan boleh berhubung terus kepada helpline Unit Pembangunan dan Senggara  di talian 03-62094670.

 

Segala perhatian YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.         

           

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

KAMALUL ARIFIN BIN JAFFAR SIDIK

Penolong Jurutera

Unit Pembangunan & Senggara

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 28.11.2018

Perkara : Peringatan : Membuat Penyataan Kehadiran Dalam Sistem eHadir

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

 

PERINGATAN : MEMBUAT PENYATAAN KEHADIRAN DALAM SISTEM eHADIR

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimohon kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengemaskini maklumat kehadiran(hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, Cuti Rehat, Cuti Sakit dan lain-lain) bagi bulan November 2018 dengan membuat penyataan di dalam sistem eHadir. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang berperanan sebagai pegawai Penyelia dalam sistem eHadir juga perlu meluluskan atau tidak meluluskan penyataan yang telah dibuat.  Semua maklumat kehadiran ini perlu dikemaskini apabila kembali bertugas atau selewat-lewatnya pada 30 November 2018. Kegagalan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan membuat penyataan kehadiran dan mendapatkan kelulusan penyelia bagi hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, boleh menyebabkan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dianggap sebagai tidak berada di pejabat semasa waktu bekerja.  

 

3. Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan juga, Unit Pentadbiran Am dan Fail akan menghantar Laporan kehadiran pegawai / kakitangan berdasarkan rekod yang dicetak melalui sistem e-hadir kepada Pejabat Ketua Pendaftar PKPMP setiap awal bulan berikutnya. Bagi permohonan Cuti Rehat /Cuti tanpa rekod / Cuti sakit dan lain- lain melalui HRMIS dan mendapat kelulusan perlu juga dikemaskini di dalam sistem e-hadir. Sekiranya  YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak mengemaskini penyataan/ alasan dalam sistem e-hadir akan menyebabkan rekod tersebut menunjukkan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran.  Sistem eHadir boleh dilayari di laman sesawang http://ehadir.kehakiman.gov.my daripada semua pelayar (browser).

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang manjalankan amanah,

 

Unit Pentadbiran Am & Fail

Mahkamah Kuala Lumpur

Samb.    : 4969 / 2024

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 27.11.2018

Perkara : Jadual Pelaksanaan myPortfolio Peringkat Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan myPortfolio Peringkat Mahkamah Kuala Lumpur untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan jua seperti berikut:-

 

TARIKH

TEMPAT

PELAKSANAAN

8 November 2018

Aras 7 Unit Perpustakaan

Siri 1

Taklimat Penyelarasan Myportfolio Pada 8 November 2018 (Gred 29 – JUSA)

14 November 2018

Bilik IT Aras 7

Siri 2

Taklimat Penyelarasan Myportfolio Pada 8 November 2018 (Gred 11- 36)

9 - 23 November 2018

Semua Unit

Penyediaan oleh semua pegawai & kakitangan MKL

26 – 29 November 2018

Semua Unit

Pemantauan/semakan oleh Penyelia

30 November 2018

Semua Unit

Memastikan setiap warga Jabatan telahpun menyiapkan myPortfolio masing-masing

3  - 7 Disember 2018

Semua Unit

Semakan oleh bahagian Pentadbiran ke setiap unit

 

3. Sehubungan itu, besarlah harapan sekiranya semua penyelia mengambil tindakan bagi perkara tersebut di atas dalam memastikan setiap pegawai & kakitangan telahpun menyiapkan myPortfolio masing-masing sepertimana ketetapan.

 

Sekian terima kasih.

 

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.11.2018

Perkara : Peringatan Mesra: Pelaksanaan Penilaian Prestasi (Lnpt) Tahun 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Bersama ini dimajukan Peringatan Mesra: Pelaksanaan Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun 2018 untuk makluman Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan selanjutnya:-

 

 

Sehubungan dengan itu pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dimohon untuk memastikan Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan melaksanakan perkara tersebut dan memastikan kakitangan di bawah selian Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan juga telah melaksanakan perkara tersebut sebelum atau pada 07 Disember 2018.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

Tel : 03-8880 3842

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 22.11.2018

Perkara : Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL2019)

 

Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL 2019)

Semua Pegawai dan Kakitangan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel yang bertarikh 15 November 2018.

 

  1.    Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL 2019) akan diadakan pada 12, 19, 25 dan 26 Januari 2019. Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan sumbangan. Kutipan sumbangan yang dibuat bertujuan untuk menjayakan KSMKL ini. Kadar kutipan sumbangan adalah mengikut gred sebagaimana berikut:

 

GRED

 KUTIPAN MENGIKUT GRED

UTAMA B

RM 200.00

KHAS B

RM 200.00

UTAMA C

RM 150.00

54

RM 100.00

52

RM 50.00

48

RM 40.00

44/41

RM 30.00

38

RM 30.00

11-29

RM 10.00

 

3. Kutipan sumbangan tersebut boleh dibuat kepada Ketua Rumah Sukan masing-masing sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 Disember 2018. Justeru, kerjasama daripada setiap Ketua Rumah Sukan adalah dimohon untuk memastikan bahawa semua kutipan sumbangan adalah dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

 

4. Segala sokongan dan sumbangan daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memeriahkan KSMKL 2019 ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

 Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 22.11.18

Perkara : Pelawaan Bagi Menghadiri Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia 2018 Pada 8 Disember 2018 (Bagi Pegawai Yang Bertugas Di Lembah Klang Sahaja)

 

HANTARAN DENGAN E-MEL

PKPMP.BLPKK 500-6/8/1

 

 

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

PELAWAAN BAGI MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA 2018 PADA 8 DISEMBER 2018 (BAGI PEGAWAI YANG BERTUGAS DI LEMBAH KLANG SAHAJA)

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) no. ruj. SHM. 001/1/1/SU-Jld 3 (185) bertarikh 14 November 2018 adalah berkaitan.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SUHAKAM akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia 2018 seperti ketetapan yang berikut:

 

Tarikh

Masa

Tempat

8 Disember 2018 (Sabtu)

9.00 pagi hingga 3.00 petang

 Padang Timur, Petaling Jaya

 

3. Sehubungan itu, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman mempelawa Pegawai yang bertugas di Lembah Klang yang berminat untuk menghadiri program ini. Pegawai yang berminat hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Bahagian/Ketua Unit masing-masing sebelum membuat permohonan. Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan (Lampiran A) untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan.

 

4. Kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan borang pencalonan yang telah dilengkapkan ke alamat emel blpkk@kehakiman.gov.my selewat-lewatnya pada 27 November 2018 (Selasa) untuk tindakan selanjutnya Bahagian ini. Sekiranya terdapat pertanyaan, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi:

 

a) Puan Azizah binti Ahmad

No. telefon: 03-8880 3683

Alamat e-mel: azizahahmad@kehakiman.gov.my

 

b) Puan Nurul Syaza binti Abd Rahman

No. telefon : 03-8880 4237

Alamat e-mel : syaza@kehakiman.gov.my

 

5. Perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

BAHAGIAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI KEHAKIMAN

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 21.11.18

Perkara : Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih

 

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Kuala Lumpur akan membuat jualan lelong aset alih kerajaan seperti Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih - KEW.PA-30 & Senarai Aset Yang Dilelong - KEW.PA -31 [klik] (seperti dilampiran).

 

3. Justeru Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berminat adalah dijemput hadir pada tarikh, masa dan lokasi seperti dibawah:

 

Tarikh : 28 November 2018 (Rabu)

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Bilik Mahkamah 13, Aras 5, Sayap kanan

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Eidawati binti Mohd Daud

Unit Pengurusan Aset

Mahkamah Kuala Lumpur

03-6209 4823

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 21.11.18

Perkara : Pelawaan Menyaksikan Persembahan Teater Perkhidmatan Awam Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 Pada 6 Disember 2018 (Untuk Pegawai Dan Kakitangan Yang Bertugas Di Istana Kehakiman Dan Di Mahkamah Kuala Lumpur Sahaja)

 

HANTARAN DENGAN E-MEL

PKPMP.BLPKK 500-6/8/1

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan,

 

PELAWAAN MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN TEATER PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2018 PADA 6 DISEMBER 2018 (UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERTUGAS DI ISTANA KEHAKIMAN DAN DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR SAHAJA)

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan e-mel daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 15 November 2018 adalah berkaitan.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JPA akan menganjurkan “Persembahan Teater Perkhidmatan Awam Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2018” pada 6 Disember 2018 seperti ketetapan yang berikut:

 

Tarikh

Masa

Tempat

6 Disember 2018 (Khamis)

3.00 petang

Panggung Sari, Istana Budaya

 

3. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan, Teater Perkhidmatan Awam ini melibatkan pegawai dan kakitangan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) yang bertugas di Istana Kehakiman dan di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai pelakon utama, penari dan tenaga produksi. Selain PKPMP, Teater Perkhidmatan Awam ini juga turut melibatkan lebih daripada 30 agensi kerajaan yang lain.

 

4. Sehubungan itu, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman  mempelawa Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Istana Kehakiman dan di Mahkamah Kuala Lumpur yang berminat untuk menghadiri persembahan teater ini. Pegawai dan kakitangan yang berminat hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Bahagian/Ketua Unit masing-masing sebelum membuat permohonan. Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan (Lampiran A) untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan jua. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan, YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd. Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah bersetuju untuk membiaya penyertaan 40 peserta dari Istana Kehakiman dan Mahkamah Kuala Lumpur ke program ini.

 

5. Kerjasama daripada YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan adalah dipohon untuk mengemukakan borang pencalonan yang telah dilengkapkan ke alamat emel blpkk@kehakiman.gov.my selewat-lewatnya pada 26 November 2018 (Isnin) untuk tindakan selanjutnya Bahagian ini. Sekiranya terdapat pertanyaan, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi:

 

a) Puan Azizah binti Ahmad

No. telefon: 03-8880 3683

Alamat e-mel: azizahahmad@kehakiman.gov.my

 

b) Puan Nurul Syaza binti Abd Rahman

No. telefon : 03-8880 4237

Alamat e-mel : syaza@kehakiman.gov.my

 

6. Perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

BAHAGIAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI KEHAKIMAN

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.11.2018

Perkara : Cadangan Perolehan Aset Tahun 2019

 

 Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

2. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas serta rantain emel di bawah.

 

3. Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Aset Mahkamah Kuala Lumpur telah diminta untuk menyediakan cadangan perolehan aset bagi tahun 2019.

 

4. Bagi memastikan semua keperluan (berkaitan aset) warga Mahkamah Kuala Lumpur dapat disediakan sepertimana yang dikehendaki, pihak kami memerlukan maklumat segera dari pihak tuan/puan berkaitan aset-aset baharu yang diperlukan untuk tugasan seharian.

 

5. Semua maklumat yang diterima akan dikumpulkan dan diserahkan ke Bahagian Pengurusan MKL terlebih dahulu untuk pertimbangan dan sekiranya diluluskan, ianya akan dipanjangkan ke Unit Pengurusan Aset PKPMPM untuk tindakan lanjut.

 

6.Bersama-sama ini dilampirkan [klik] contoh borang bagi justifikasi keperluan aset yang perlu diisi oleh pemohon. Borang permohonan hendaklah dikembalikan ke Unit Pengurusan Aset pada/sebelum 16/11/2018 jam 5 petang.

 

7.Kerjasama tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Eidawati binti Mohd Daud

Unit Pengurusan Aset

Mahkamah Kuala Lumpur

03-6209 4823

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.11.2018

Perkara : Info IT Bil. 4 Tahun 2018

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.11.2018

Perkara : Pekeliling Ketua Pendaftar Bil.2 Tahun 2018

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan [klil] Pekeliling Ketua Pendaftar Bil. 2 Tahun 2018 bertarikh 14 November 2018 mengenai Penetapan Kes Sivil di Mahkamah Rendah untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 14.11.2018

Perkara : Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun 2018

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama ini dilampirkankan Jadual Pelaksanaan Penilaian Prestasi (LNPT) 2018untuk makluman YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan selanjutnya.  Sehubungan dengan itu pihak YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan adalah dimohon untuk memastikan YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan melaksanakan perkara tersebut dan memastikan kakitangan di bawah selian YBhg. Dato’ / Datuk/ Datin / Tuan / Puan juga telah melaksanakan perkara tersebut sebelum atau pada 07 Disember 2018.

 

 

3. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAZNAH BINTI JELANI)

Pembantu Tadbir Kanan

Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib,

Bahagian Pengurusan,

Mahkamah Kuala Lumpur.

Tel. 03 – 6209 4037

Email : maznahjelani@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 14.11.2018

Perkara : Kod Etika Berpakaian Orang Awam Di Mahkamah Terbuka

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan surat daripada YBhg. Dato’ Sri Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 12 November mengenai [klik] Kod Etika Berpakaian Orang Awam di Mahkamah Terbuka untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya.

 

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemaskini Portal Mahkamah negeri masing-masing selaras arahan di dalam surat tersebut.

 

4. Kerjasama pihak Tuan/Puan berkenaan perkara ini adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,


SABARIAH BINTI OTHMAN
Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi)

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA

Tel:    03-88803930
Faks:  03-88803779

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.11.2018

Perkara : Pematuhan Kepada Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2011

 

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormat perkara di atas dirujuk,

 

2. Melalui Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2011: Waktu Mahkamah, semua Mahkamah telah ditetapkan untuk mula bersidang jam 9 pagi (kelonggaran diberi untuk kes yang ditetapkan untuk mula lebih awal pada pukul 8.30 pagi).

 

3. Namun begitu, semakan yang dijalankan mendapati sebilangan Mahkamah tidak mematuhi ketetapan tersebut. Hal ini boleh memberi persepsi kurang baik terhadap Mahkamah selain menyebabkan judicial time tidak digunakan secara optimum.

 

4. Oleh itu, YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan diingatkan untuk mula bersidang jam 9 pagi sepertimana yang ditetapkan melalui Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2011.

 

Sekian terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

 

(M.BAKRI BIN ABD MAJID)

Pendaftar

Mahkamah Rendah Malaya

Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Putrajaya

( +603 8880 9418 6 +603 8888 5464

* mbakri@kehakiman.gov.my

________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.11.2018

Perkara : Tarikh Akhir Penghantaran Ke Unit Kewangan Dan Unit Perolehan

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel daripada Penolong Akauntan bertarikh 12 November 2018 adalah berkaitan.

 

2. Untuk makluman, semua tuntutan bagi bulan November perlu diserahkan ke Unit Kewangan selewat-lewatnya pada 23 November 2018 dan perlu dinyatakan “tiada lagi tuntutan selepas ini” (bagi tarikh 24 November – 30 November 2018). Hal ini kerana hanya satu tuntutan yang boleh dibuat bagi satu bulan. Perkara ini terkecuali bagi tuntutan pemandu YA Hakim dan YA Pesuruhjaya Kehakiman. Perkara ini juga tertakluk kepada tarikh penutupan akaun yang akan dikeluarkan oleh Perbendaharaan. Sekiranya tarikh penutupan akaun lebih awal daripada 23 November 2018, semua pembayaran akan dibuat bawah AP 58.

 

3. Jika masih terdapat tuntutan perjalanan bagi bulan Disember 2018 untuk tujuan perjalanan rasmi, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan masih boleh menghantar dokumen berkaitan ke Unit Kewangan selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019.  Walau bagaimanapun, pembayaran akan dibuat bawah AP 58 iaitu selepas mendapat kelulusan khas daripada Perbendaharaan. Sebarang perubahan pada tarikh-tarikh akhir kewangan ini adalah berdasarkan kepada arahan Perbendaraan yang akan dikeluarkan kelak.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way"

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.11.2018

Perkara : TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KE UNIT KEWANGAN DAN UNIT PEROLEHAN

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya  perkara di atas dirujuk. 

2. Untuk makluman, mohon kerjasama dan jasa baik semua pihak yang terlibat untuk mengambil serius berkaitan dengan tarikh tutup penghantaran dokumen tuntutan  ke Unit Kewangan agar segala proses kerja sebelum Penutupan Akaun Bagi Tahun 2018 dapat berjalan dengan lancar.

Bil Perkara Tarikh Akhir Penghantaran Catatan
1 Nota Minta ke Unit Perolehan 05 November 2018  
2 Mengeluarkan Pesanan Pembelian (PO) 09 November 2018  
3 Invois dan dokumen untuk tujuan pembayaran. 23 November 2018 Perubatan, Bil Telefon Bimbit, Bil Kos, Bil Penasihat Juvana, Bil Pos Laju, Langganan Surat Khabar, Bil utiliti Yang Arif dan lain-lain.
4 Waran Perjalanan Udara Awam 23 November 2018 i- Tuntutan bulan November 2018 perlu dinyatakan bahawa "Tiada lagi tuntutan selepas ini".

ii- Tuntutan bagi pemandu Yang Arif dikecualikan. 
5 Tuntutan Perjalanan dan Elaun Lebih Masa bagi bulan November 2018 23 November 2018 Fail - fail permohonan untuk bayaran Deposit Tinggi atau Rendah selepas tarikh ini hendaklah dikemukakan awal tahun hadapan.
6 Pengembalian Wang Deposit 23 November 2018 Fail - fail permohonan untuk bayaran Deposit Tinggi atau Rendah selepas tarikh ini hendaklah dikemukakan awal tahun hadapan.

 

2. Sehubungan dengan itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Maizan Binti Abd Malik ext 2215 ( Unit Perolehan) ,Puan Rohaya Bin Mohamed Noor ext 2025 ( Unit Kewangan ) dan En Mohd Faizal Bin Youp Mat Rasid ext 4578 ( Unit hasil dan Deposit ). 

Sekian, terima kasih

 

Saya yang menjalankan amanah.

Nor Azizah Binti Abu Bakar

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 8.11.2018

Perkara : MACAU Scam Yang Menggunakan Nama Dan Identiti Mahkamah

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada emel daripada Unit Komunikasi Korporat, PKPMP bertarikh 7 November 2018.

2. Sehubungan dengan itu, semua warga MKL diingatkan supaya lebih berhati-hati serta membuat hebahan kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan sindiket yang menggunakan nama dan identiti. Mahkamah.

 

Kerjasama semua dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.11.2018

Perkara :  KENYATAAN RASMI PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA MENGENAI MACAU SCAM YANG MENGGUNAKAN NAMA DAN IDENTITI MAHKAMAH

 

Assalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) merujuk kepada laporan Astro Awani mengenai penipuan yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah  yang terbaru bertarikh 6 November 2018 bertajuk Jurutera rugi RM70,000 ditipu sindiket 'Macau Scam' (yang boleh dilayari di: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jurutera-rugi-rm70-000-ditipu-sindiket-macau-scam-190385).

 

3. Untuk makluman, PKPMP telah menerima aduan daripada orang awam mengenai panggilan telefon yang mendakwa panggilan tersebut adalah dari Mahkamah yang menuntut bayaran dibuat bagi tunggakan hutang, tunggakan saman, kesalahan tidak membayar GST, kesalahan berkaitan dadah dan pelbagai kesalahan yang lain.

   

4. PKPMP ingin menegaskan bahawa panggilan yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah adalah modus operandi Macau Scam yang bertujuan untuk menipu orang ramai.

 

5. Sehubungan dengan itu, PKPMP memohon kerjasama para pegawai dan kakitangan PKPMP untuk sama-sama membuat hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan tersebut.

 

6. Sekiranya menerima panggilan tersebut, semakan lanjut boleh dibuat dengan memajukan aduan/pertanyaan kepada komunikasikorporat@kehakiman.gov.my atau boleh menghubungi talian seperti yang tertera di bawah:

 

Semenanjung: 03-8880 3500/ 03-8880 4607

Sabah: 088-286 100/ 088-675 570/ 089-764 401

Sarawak: 082-442 228/ 085-418 118/ 084-333 788/ 086-334 189

 

7. Seterusnya, mana-mana individu yang yang menjadi mangsa bagi panggilan tersebut, bolehlah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memajukan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Sekian untuk makluman YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA

 

BERTARIKH 7 NOVEMBER 2018

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.11.2018

Perkara : CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari bagi perayaan Hari Deepavali iaitu pada hari berikutnya sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali.

 

3. Kemudahan cuti tanpa rekod ini adalah bagi memberikan ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga.

 

4. Bersama-sama ini dipanjangkan [klik] surat edaran berkaitan cuti tanpa rekod ini untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan jua.

 

Sekian, terima kasih.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman 

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.11.2018

Perkara : PENGEMASKINIAN DATA (“CLEARING DATA”) CASE MANAGEMENT SYSTEM (“CMS”) BAGI PENGUNCIAN MINIT YANG MASIH TERTUNGGAK

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Adalah diingatkan sekali lagi kepada semua Hakim Sesyen dan Majistret supaya mengunci minit-minit yang masih tertunggak di dalam sistem CMS masing-masing dengan kadar segera dan hendaklah selesai sebelum 15.11.2018. Semakan selanjutnya akan dibuat selepas tarikh tersebut.

 

3. Semakan statistik boleh dibuat di bahagian menu - statistik repot bagi memastikan statistik mahkamah masing-masing adalah tepat dan betul. Sekiranya minit tidak dikunci, angka yang ditunjukkan dalam laporan statistik adalah tidak tepat. Oleh yang demikian pohon tindakan segera diambil.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.11.2018

Perkara : JEMPUTAN RASMI BAGI MENGHADIRI TAKLIMAT PENYELARASAN MYPORTFOLIO ANJURAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA 8 NOVEMBER 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sepertimana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan sedia maklum, sebagai penambahbaikan kepada Pengurusan prestasi setiap penjawat perkhidmatan awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan myPortfolio.  Perkara ini juga telah dibentangkan semasa Mesyuarat Enam Serangkai PKPMP pada 23 Oktober 2018 yang lalu.

 

3. Sehubungan itu,  Mahkamah Kuala Lumpur akan menganjurkan bengkel di atas mengikut ketetapan seperti berikut:

 

Nama Bengkel

:

Taklimat Penyelarasan myPortfolio

     

Tarikh

:

8 November 2018  (Khamis)

     

Masa

:

2.30 petang

     

Tempat

:

Perpustakaan Aras 7, MKL

 

4. Sehubungan itu, tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat di atas. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program, slaid myportfolio, E-book Tatacara Penyediaan Deskripsi Tugas dan Contoh Portfolio untuk rujukan tuan / puan jua.

 

5. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Amalina binti Abdul Aziz

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

ext: 2037

_______________________________________________________________________________

 

Tarikh : 1.11.2018

Perkara : Info IT 3/18

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info IT Bil.3/2018 sebagai makluman YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Melayu