Karnival Sukan MKL 2019

 Tarikh : 12 .11.2018

Perkara : Penyerahan Buku Peraturan Sukan MKL

________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.12.2018

Perkara : Perjumpaan Rumah Sukan Biru

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa suatu suatu perjumpaan antara Ketua Rumah Sukan BIRU dengan semua ahli rumah sukan pada ketetapan seperti berikut:

 

            Tarikh             : 12 Disember 2018

            Tempat           : Ruang Legar Perpustakaan, Aras 7

            Masa               : 3.30 PM hingga 4.15 PM

 

3. Perjumpaan ini adalah membuat perancangan awal dan melancarkan urusan persiapan bagi setiap rumah sukan dalam menjayakan Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL 2019) yang akan diadakan pada 12,19 dan 26 Januari 2019 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi. 

 

4. Kehadiran tuan/puan pada perjumpaan ini amatlah dihargai. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.

 

Sekian , terima kasih.

 

HALEEZ BINTI HASNAN

Setiausha 

Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.12.2018

Perkara : Perjumpaan ahli-Ahli Rumah Hijau

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa suatu suatu perjumpaan antara Ketua Rumah Sukan HIJAUdengan semua ahli rumah sukan pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh         :   11 Disember 2018

Tempat       :   Ruang Legar Perpustakaan, Aras 7

Masa           :   2.30 PM hingga 3.15 P

3. Perjumpaan ini adalah membuat perancangan awal dan melancarkan urusan persiapan bagi setiap rumah sukan dalam menjayakan Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL 2019) yang akan diadakan pada 12,19 dan 26 Januari 2019 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi. 

 

4. Kehadiran tuan/puan pada perjumpaan ini amatlah dihargai. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.

 

Sekian , terima kasih.

 

HALEEZ BINTI HASNAN

Setiausha 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : Perjumpaan Rumah Sukan Kuning Dan Pembayaran Kutipan Sumbangan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dato’/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan antara semua ahli Rumah Sukan Kuning (kecuali YA-YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman) akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

 

Tarikh            :           12 Disember 2018 (Rabu)

Masa             :           2.30 petang – 3.15 petang

Tempat          :           Ruang Legar Perpustakaan MKL Aras 7

 

3. Sila ambil maklum bahawa kehadiran adalah diwajibkan. Senarai nama ahli Rumah Kuning adalah disertakan untuk tujuan rujukan dan semakan. Pohon kerjasama semua untuk mematuhi masa yang telah diperuntukkan kerana selepas itu perjumpaan akan dibuat oleh ahli-ahli Rumah Sukan lain pula.

 

4. Selanjutnya, sila juga pastikan Dato’/Tuan/Puan semua mengambil tindakan segera untuk membuat pembayaran kutipan sumbangan yang telah ditetapkan kepada Pegawai-Pegawai berikut:

 

i)                   Puan Manira binti Mohd Noor, Hakim Mahkamah Sesyen;

ii)                 Puan Rahni Kartini binti Abd. Rahim, Majistret; dan

iii)               Puan Nor Aqilah binti  Abdul Halim, Penolong Kanan Pendaftar.

 

5. Perhatian dan kerjasama Dato’/Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

 

Terima kasih.

          

(AZURA BINTI ALWI)

Ketua Rumah Sukan Kuning

KSMKL 2019

 

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : MESYUARAT KSMKL 2019 BIL.4/2018

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/ Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur akan diadakan sebagaimana ketetapan seperti yang berikut;

 

Tarikh           :           13 Disember 2018 (Khamis)

Masa            :           3.45 petang

Tempat         :           Bilik Anggerik, Aras 6, Mahkamah Kuala Lumpur.

 

4. Kehadiran YBhg. Dato’/Tuan/Puan amatlah dihargai. Sekiranya terdapat sebarang keuzuran atau ketidakhadiran, mohon YBhg. Dato’/Tuan/Puan menghantar wakil. 

 

4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan amanah

 

             t.t  

HALEEZ BINTI HASNAN

Setiausaha

Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.12.2018

Perkara : Rumah Biru: Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 

 

YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Tuan/YBrs. Puan/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini saya lampirkan Surat Panggilan Mesyuarat pertama/suai kenal Rumah Biru untuk tindakan semua.

 

Kehadiran adalah wajib dan perlu. Pengecualian hanya diberikan kepada Pegawai/kakitangan yang telah memohon.

 

Sekian, terima kasih.

 

Rozi binti Bainon

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 9

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 23.11.2018

Perkara : Rumah Biru

 

YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Tuan/YBrs. Puan/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2. Sebagaimana semua sedia maklum saya telah dilantik untuk menjadi Ketua Rumah Biru Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur.

[klik] Senarai Ahli Rumah Biru

 

3. Secara ringkas:

 

Bil.

Tarikh Sukan

Jenis Sukan

 

 

 

1.

12 Januari 2019 (Sabtu)

Acara Indoor Game : dart & Karom

 

 

 

 

2.

19 Januari 2019 (Sabtu)

Acara Untuk VIP : Bowling & Menembak

 

 

 

 

3.

25 Januari 2019 (Jumaat)

26 Januari 2019 (Sabtu)

Acara Bola sepak,

Bola jaring,

Tarik tali,

Sukan rakyat,

Perbarisan & War Cry,

Pertandingan Hiasan Rumah Sukan

  1. TINDAKAN:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Memilih size tshirt bagi setiap ahli Rumah

 

Sila rujuk [klik] Carta Ukuran seperti pada Lampiran.

Sila pilih size dan hubungi JB MSS9 Lam 4548/Saodah 4547 atau hantar secara e-mel kepada rozi@kehakiman.gov.my

 

(Nota: Setiausaha kepada YA Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman, sudi angkat perkara ini dan dapatkan size baju Yang Arif)

 

Deadline: 27-11-2018

 

2.

Mesyuarat pertama/suai kenal Rumah Biru

12-12-2018 (Rabu) jam 3.30 – 4.15 petang di Perpustakaan KMKL

 

Kehadiran adalah wajib dan diperlukan.

 

3.

Rumah Biru mempunyai seramai 182 orang

 

Pn Norfauzani Mohd Nordin telah bertukar keluar.

(Nota: Tn Erry, sudi maklumkan nama pengganti)

 

Nama ahli Rumah Biru yang tiada e-mel rasmi kehakiman ialah pada bil. 93, 94,97, 98, 99,100, 102,, 104, 106, 107, 109, 110, 112, 113, 114,115, 116, 125, 157, 158, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177 dan 178.

 

Nama ahli Rumah Biru yang e-mel rasmi kehakiman sudah penuh: Chew Aik Liang dan Lawania a/p Selorage.

 

Nota: Pohon bantuan untuk menghubungi pegawai-pegawai yang tiada e-mel dan e-mel penuh untuk mengambil tindakan mengenai e-mel saya ini.

 

 

Segala bantuan dan tindakan semua dalam perkara ini amat saya harapkan dan hargai.

 

Semoga Rumah Biru menjadi Juara dalam KSMKL.

 

Sekian, terima kasih.

 

Rozi binti Bainon

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 9

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Aras 1, Sayap Kanan

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Jalan Duta

50506 KUALA LUMPUR

Telefon Bimbit: 0193366976

Telefon Pejabat/DL: 03-62094546

Faks No.: 03-62072007

Email: rozi@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh :19.11.2018

Per : Perjumpaan Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (Ksmkl) 2019 Bersama Dengan Ketua-Ketua Rumah Sukan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2.   Dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan Jawatankuasa Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL) 2019 akan diadakan bersama dengan semua Ketua Rumah Sukan/ Chief de mission pada ketetapan seperti yang berikut berikut:


      Tarikh  :  22 November 2018 (Khamis)
      Masa   :  3.45 petang
     Tempat :  Bilik  Mesyuarat Anggerik
                     Aras 6, Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai perancangan awal dan persiapan yang akan dibuat bagi menjayakan KSMKL 2019 yang akan diadakan pada bulan Januari 2019. Sehubungan dengan itu, kehadiran Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

4. Segala Kerjasama Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian , terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

                t.t


(DATO' CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM)
Pengerusi Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur

(KSMKL) 2019

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.10.2018

Perkara : Video majlis Pelancaran Karnival sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL2019)

 

 _________________________________________________________________________________

 

Melayu