Hebahan Pentadbiran Disember 2018

 

Tarikh : 31.12.2018

Perkara : Kajian Persepsi Situasi Semasa Kehidupan Penjawat Awam

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan

 

Dimajukan emel hebahan daripada Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri mengenai Kajian Persepi Situasi Semasa Kehidupan Penjawat Awam untuk makluman dan perhatian YBhg Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan selanjutnya. 

 

Sekian terima kasih

 

Saya yang menjalankan amanah

 

SUZARIKA BINTI SAHAK

Timbalan Pengarah 

Unit Komunikasi Korporat 

PKPMP

____________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

KAJIAN PERSEPSI SITUASI SEMASA KEHIDUPAN PENJAWAT AWAM

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam sedang melaksanakanKajian Persepsi Situasi Semasa Kehidupan Penjawat Awam. Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang situasi semasa kehidupan penjawat awam.

 

3. Sehubungan itu, semua warga perkhidmatan awam adalah dimohon untuk menjawab kaji selidik secara dalam talian melalui pautan mulai 27/12/18 hingga 02/01/19. Dipohon YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk memanjangkan kajian ini kepada semua warga di Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.

 

Pautan:  https://goo.gl/forms/1WirhrVYg2deyDKl1

 

4. Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian terima kasih.

 

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Perdana Menteri

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.12.2018

Perkara : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 : Garis Panduan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama dengan ini disertakan [klik] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 bertarikh 12 Disember 2018 untuk makluman dan rujukan semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.12.2018

Perkara : Makluman Pindaan Tarikh Bagi Acara Sukan Indoor Dan Badminton Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur (KSMKL 2019)

 

Semua Pegawai dan Kakitangan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh bagi acara sukan indoor dan badminton telah dipinda seperti yang berikut:

 

Bil.

Acara sukan

Tarikh

1.     

Sukan indoor

19 Januari 2019

2.     

Badminton

20 Januari 2019

 

Pindaan tarikh dibuat adalah untuk memberi laluan kepada Persidangan Hakim-Hakim 2019/Judges Conference 2019 yang akan diadakan pada 12 hingga 13 Januari 2019 manakala tarikh bagi acara sukan utama masih dikekalkan pada 26 Januari 2019.

 

3. Oleh yang demikian, adalah diingatkan bahawa kehadiran semua pegawai dan kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada tarikh 26 Januari 2019 adalah DIWAJIBKAN dan sebarang permohonan pengecualian hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.

 

4. Selain itu, untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dikira sebagai satu (1) hari berkursus.

 

5. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan KSMKL 2019 amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

___________________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.12.2018

Perkara : Pengurusan Cuti Tahun 2018 dan Penggunaan Cuti Gantian Kerja Lebih Masa

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, tiada penutupan modul Pengurusan Cuti dalam sistem HRMIS pada tahun ini. Walau bagaimanapun, bagi melancarkan pengurusan cuti tahun 2019 YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memastikan semua permohonan Cuti  Dibawa ke Tahun Hadapan dan Gantian Cuti Rehat (GCR) dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2018. Perkara ini bagi memberi ruang kepada Unit Perkhidmatan dan Perjawatan untuk membuat semakan dan seterusnya mencatat maklumat cuti YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan masing-masing.

 

3. Bagi urusan Cuti Gantian bagi Kerja Lebih Masa yang telah dilaksanakan pada tahun 2018, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan hendaklah menggunakannya pada tahun 2018. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Cuti Gantian tahun 2018 pada tahun hadapan.

 

Kerjasama semua dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.12.2018

Perkara : Peringatan - Pemurnian Data Berintegriti

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa Unit HRMIS JPM telah memuat naik status Pemurnian Data PKPMP yang masih tidak lengkap dan belum selesai. Pengemaskinian Profil Rekod Peribadi, Perisytiharan Harta, Profil Perkhidmatan dan Penamatan Perkhidmatan semua pegawai perlu dilaksanakan bagi memastikan pencapaian KPI HRMIS tidak terjejas. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pegawai dan kakitangan MKL mengemaskini Profil Rekod Peribadi masing-masing terutama kategori ‘Rekod Peribadi’, ‘Pendidikan’, ‘Keluarga’. Pentadbir Sistem Perkhidmatan juga perlu memastikan Profil Perkhidmatan dan Penamatan Perkhidmatan (yang terlibat) semua pegawai dan kakitangan MKL dikemaskini.

 

3. Pengemaskinian Profil Rekod Peribadi, Profil Perkhidmatan dan Penamatan Perkhidmatan hendaklah dilengkapkan dan diselesaikan dengan kadar segeraselewatnya pada 26 Disember 2018 (Rabu) supaya semua  data dalam HRMIS berintegriti.

 

4. Kerjasama serta perhatian YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Ahmad Kamar Jamaludin

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.12.2018

Perkara : Kerja-Kerja Pemasangan (Installation) Penghawa Dingin Oleh Pihak Kontraktor Elit Teak Enterprise

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

 

KERJA-KERJA PEMASANGAN (INSTALLATION) PENGHAWA DINGIN OLEH PIHAK KONTRAKTOR ELIT TEAK ENTERPRISE.

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kontraktor Elit Teak Enterpriseakan melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin seperti ketetapan berikut:-

 

Tarikh            :           25 Disember 2018

 

Masa              :           9.00 pagi hingga 7.00 petang (Selasa)

                                     

Lokasi           :           i) Mahkamah Sesyen Sivil 5 (Aras 2, Kanan)

                                  ii) Mahkamah Sesyen Sivil 7 (Aras 2, Kanan)

                                 iii) Mahkamah 11 (Aras 5, Kanan)

                                 iv) Mahkamah 12 (Aras 5, Kanan)

sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian

 

3. Sehubungan itu, pihak kami akan menempatkan kakitangan daripada Unit Pembangunan dan Senggara, Bahagian Pengurusan KMKL bagi memantau kerja-kerja tersebut sehingga selesai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung terus kepada :-

 

3.1       Encik Faisal bin Arip (011-61138039)

3.2       Encik Zainal Abidin bin Mamat (018-3690079)

3.3       Encik Shafiq Azad Khan bin Jamak Khan (012-6139780)

 

4. Segala perhatian dan makluman tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang manjalankan amanah,

       Sarina 

(Sarina binti Wahab)

Pembantu Tadbir (P/O)

Unit Pembangunan & Senggara
Bahagian Pengurusan
Mahkamah Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-6209 4661

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.12.2018

Perkara : Warta Perundangan

 

 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’ Sri/Dato’/To’ Puan/Datin/Tuan/Puan,

 

Dikemukakan Senarai Perundangan No. 2 yang telah disiarkan pada hari ini (21 Disember 2018). Maklumat lengkap, termasuk teks perundangan, bolehlah diakses dengan klik pada tajuk perundangan di Portal Rasmi e-Warta Persekutuan di www.federalgazette.agc.gov.my.

 

Laporan Harian Perundangan ini akan dikeluarkan pada setiap hari (melainkan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum) antara jam 5:00 – 5:15 petang. Walau bagaimanapun, maklumat tentang perundangan yang disiarkan dan perundangan yang berkuat kuasa pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum (sekiranya ada) bolehlah didapati di Portal Rasmi e-Warta Persekutuan.

 

  1. Senarai Akta Utama yang berkuat kuasa pada hari ini

 

  1. Senarai Akta Pindaan yang berkuat kuasa pada hari ini

 

  1. Senarai Akta Utama yang disiarkan pada hari ini

 

  1. Senarai Akta Pindaan yang disiarkan pada hari ini

 

  1. Senarai perundangan subsidiari utama (P.U.(A)) yang disiarkan pada hari ini

          

Tarikh Pewartaan

No. P.U.

Tajuk

Status Perundangan

Perundangan Yang Berkaitan

         

21-12-2018

P.U. (A) 324/2018

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 4) 2018 
- Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011

IBU

 
         

21-12-2018

P.U. (A) 323/2018

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENENTUAN HARGA MAKSIMUM) (NO. 5) 2018 
- Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011

IBU

 

 

  1. Senarai perundangan subsidiari (P.U.(B)) yang disiarkan pada hari ini

 

“BERTEKAD MENEGAKKAN KEADILAN”

 “KERAHSIAAN MAKLUMAT KERAJAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

                       

-DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN GUBALAN-

 

____________________________________________________________________________

Tarikh : 20.12.2018

Perkara : Kerja kerja Pemasangan (Installation) Penghawa Dingin Oleh Pihak Kontraktor Elit Teak Enterprise

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kontraktor Elit Teak Enterprise akan melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin seperti ketetapan berikut:-

 

Tarikh            :           20 Disember hingga 23 Disember 2018

 

Masa              :           6.00 petang hingga 4.00 pagi (Khamis dan Jumaat)

                                    9.00 pagi hingga 7.00 petang (Sabtu dan Ahad)

 

Lokasi           :               i)          Mahkamah Majistret Sivil 1 (Aras 3, Kiri)

                                                ii)         Mahkamah Sesyen Sivil 7 (Aras 2, Kanan)

                                                iii)        Mahkamah Sesyen Sivil 6 (Aras 2, Kanan)

                                                iv)        Mahkamah Sesyen Sivil 5 (Aras 2, Kanan)

                                                v)         Mahkamah Sesyen Jenayah 6 (Aras 4, Kanan)

                                                vi)        Mahkamah Sesyen Sivil 1 (Aras 3, Kanan)

                                                vii)       Mahkamah 18 (Aras 4, Kiri)

                                                viii)      Mahkamah 46 (Aras 3, Kanan) 

                                

 

sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian

 

3.  Sehubungan itu, pihak kami akan menempatkan kakitangan daripada Unit Pembangunan dan Senggara, Bahagian Pengurusan KMKL bagi memantau kerja-kerja tersebut sehingga selesai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung terus kepada;-

 

3.1       Encik Faisal Bin Arip (011-61138039)

3.2       Encik Mohd Sharul Rafie bin Ahmad (012-208 8580)

 

4.         Segala perhatian dan makluman tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang manjalankan amanah,

 

(Sarina binti Wahab)

Pembantu Tadbir (P/O)

Unit Pembangunan & Senggara
Bahagian Pengurusan
Mahkamah Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-6209 4661

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.12.2018

Perkara : Perlaksanaan Penyelengaraan Email Mahkamah (Arahan Penukaran Kata Laluan)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan, selari dengan Dasar Keselamatan ICT PKPMP V2.1 dibawah tajuk Tanggungjawab pengguna :

 

“ Penggunaan Katalaluan: ( j) . Kata laluan hendaklah ditukar enam (6) bulan sekali (1) atau selepas tempoh masa yang bersesuaian.”

 

  Oleh itu, mesyuarat mingguan PKPMP bilangan 12/2018 yang bertarikh 18 Disember 2018 bersetuju supaya semua pengguna email Mahkamah mengubah kata laluan email masing-masing.

 

3. Perubahan kata laluan ini hendaklah dilakukan oleh pengguna sendiri mengikut jadual seperti dibawah :

i. Para Hakim, Pengarah dan Timbalan Pengarah - 21 Disember 2018 hingga 28 Disember 2018

ii. Pengguna-pengguna lain                                     - 31 Disember 2018 hingga   8 Januari 2019

 

4. Sekiranya pengguna gagal melakukan perubahan kata laluan pada tarikh yang diberikan. Pihak BTM akan menyekat penggunaan email YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan dan akan melancarkan pop-up menu penukaran password secara auto bagi semua pengguna email yang mempunyai sambungan dengan Active Directory (AD). Manakala, bagi pengguna email yang tidak mempunyai sambungan dengan AD perlulah menghubungi helpdesk BTM (03-8880 9405) atau Pentadbir Email (03-8880 9405) dan mengikuti arahan selanjutnya.

 

5. Disertakan adalah [klik] Manual Mengemaskini Kata Laluan.

 

Segala perhatian YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.         

 

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 20.12.2018

Perkara : Penyediaan Nota Keterangan Bagi Kes Rayuan Oleh Pembantu Khas/Jurubahasa

 

Assalamualaikum w.b.t, salam Sejahtera & selamat petang

 

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan memo perhubungan bertarikh 14 Disember 2018 untuk makluman/tindakan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan.


Sekian, terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

ZANARIAH BINTI A. BAKAR

Penolong Pendaftar

Unit Rayuan

Bahagian Pendaftaran Jenayah

Mahkamah Sesyen/Majistret

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.12.2018

Perkara : Pelaksanaan Myportfolio Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan,

 

RALAT : PERINGATAN MESRA PELAKSANAAN MYPORTFOLIO MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel bertarikh 14 Disember 2018 adalah saling berkaitan.

 

2. Dimaklumkan bahawa, masih terdapat Bahagian/Unit yang masih belum menghantar Laporan Pegawai/ Kakitangan yang telah menyiapkan MyPortfolio seperti Lampiran.

 

3. Justeru, sekali lagi dipohon kerjasama setiap Penyelia Bahagian / Unit menghantar Laporan tersebut dan mengemukakan softcopy MyPortfolio semua Pegawai dan Kakitangan melalui e-mel kepada Unit Pentadbiran iaitu noryatiahmad@kehakiman.gov.mydengan kadar SEGERA sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Disember 2018 (Jumaat) bagi tujuan pemakluman Laporan lengkap kepada PKPMP jua.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noryati binti Ahmad di talian samb. 4018 atau Puan Zuraidah bt Ab Rahman ditalian samb. 4022.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 19.12.2018

Perkara : MyHRMIS-Mobile

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.12.2018

Perkara : Etika Pegawai Kehakiman dalam Pengendalian Kes

 

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat bertajuk [klik] Etika Pegawai Kehakiman Dalam Pengendalian Kes di Mahkamah untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

                     t.t.

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

PUTRAJAYA

 

____________________________________________________________________________

Tarikh : 18.12.2018

Perkara : Pengganti Semasa Bercuti

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Sila ambil perhatian segala permohonan cuti harus dinamakan pengganti di dalam sistem Hrmis. Ketidakpatuhan arahan ini akan menyebabkan permohonan YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan tidak diluluskan. 

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.12.18

Perkara : Info IT Bil. 6/2018

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 14.12.2018

Perkara : Larangan Penggunaan Laluan Kakitangan Mkl Untuk Orang Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat aduan yang diterima berkenaan penggunaan laluan pegawai/kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur yang digunakan oleh orang awam. Perkara ini telah dibuat siasatan dan pihak Pengurusan MKL mendapati bahawa aduan yang diterima adalah berasas. Terdapat kakitangan MKL yang telah membenarkan orang awam untuk menggunakan laluan tersebutdengan alasan membolehkan dokumen dan lain-lain urusan dibuat terus kepada kakitangan tertentu. Perlu diingatkan supaya semua urusan hanya dibuat di tempat-tempat yang telah ditetapkan sahaja.

 

  1. Atas faktor-faktor keselamatan, semua pegawai dan kakitangan adalah diingatkan supaya tidak membenarkan pihak luar dan orang awam untuk menggunakan laluan yang telah dikhaskan kepada warga MKLsahaja. Mana-mana kakitangan/pegawai yang didapati tidak mengendahkan arahan ini, akan dikenakan tindakan termasuklah tindakan tatatertib kerana dianggap sebagai ingkar perintah. Untuk makluman, pihak kontraktor keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan juga telah diberi peringatan supaya laluan-laluan ini tidak dibuka kepada pihak luar/orang awam.

 

Kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan agar keselamatan di KMKL dapat dijaga dan terus terpelihara. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.12.2018

Perkara : Pemeriksaan Stok Dan Verifikasi Stor

 

Assalamualaikum  dan  Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Unit Stor Alat Tulis MKL akan menutup sementara operasi pengeluaran alat tulis bagi tujuan Pemeriksaan Stok dan Verifikasi Stor yang ditetapkan seperti berikut:

 

TARIKH/HARI

JENIS PEMERIKSAAN

18.12.2018 / Selasa

Pengiraan Stok

19.12.2018 / Rabu

Pemeriksaan Stok

20.12..2018/ Khamis

Verifikasi Stor

 

  1. Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan alat tulis mencukupi sepanjang tempoh penutupan ini,  Pegawai Pemesan bagi setiap Unit/Bahagian boleh merancang penggunaan dan membuat permohonan stok secara onlinesebelum 18.12 2018 (Selasa).  Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan jua, semasa pemeriksaan dilaksanakan tiada sebarang transaksi stok dibenarkan kecuali dengan kebenaran Pegawai Pemeriksa yang dilantik.

 

  1. Unit Stor Alatulis akan beroperasi seperti biasa mulai21 Disember 2018 (Jumaat).

 

  1. Segala kerjasamadan perhatian YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

NORIZA BINTI MOHD NOOR

Unit Stor Alatulis

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Jalan Tuanku Abdul Halim

50506 KUALA LUMPUR

 

Tel: 03-62072011
emel: norizamn@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.12.2018

Perkara : Taklimat Pelaksanaan Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara Vrf (Variable Refrigerant Flow) Di KMKL

 

Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

 

2. Untuk makluman tuan/puan, pelaksanaan kerja-kerja penggantian sistem penyaman udara VRF akan dilaksanakan di bangunan MKL mulai 1 Januari 2018. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan akan mengadakan sesi taklimat tersebut seperti ketetapan seperti berikut :-

 

                                    Tarikh            : 13 Disember 2018 (Khamis)

                                    Masa              : 3.00 petang

                                    Tempat          : Ruang Legar, Aras 7

                                                             Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Untuk makluman tuan/puan juga, taklimat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada warga MKL mengenai pelaksanaan proses kerja penggantian VRF di tempat yang terlibat. Oleh demikian, kehadiran tuan/puan (seperti di lampiran) untuk sesi taklimat ini adalah wajib dan sekiranya tuan/puan tidak dapat hadir, tuan/puan adalah diminta untuk menghantar seorang wakil mengikut mahkamah masing-masing.

 

4. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung terus kepada Puan Azlina Awat di talian 03-62094664 atau Puan Sarina binti Wahab di talian 03-62094661. Kehadiran tuan/puan dalam menjayakan taklimat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BIN SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.12.2018

Perkara : Tatacara Menghantar Cuti GCR Dan Baki Bawa Kehadapan Di Dalam Sistem HRMIS

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas .

 

2. Bersama-sama ini dimajukan maklumat berkenaan [klik] Tatacara Menghantar Cuti GCR dan Baki Bawa Kehadapan di Dalam Sistem HRMIS untuk perhatian dan makluman YBhg. Datuk Seri/ Datuk / Dato’/ Tuan/ Puan selanjutnya. Ambil maklum juga bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan perkara seperti berikut:-

 

  • Tiada lagi keperluan untuk melaksanakan Permohonan Cuti serta Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan secara manual menggunakan borang hard copy.
  • Pentadbir hendaklah memastikan semua permohonan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas dan permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan dilaksanakan melalui fungsi permohonan dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.

 

3. Namun bergitu Pentadbir Cuti masih perlu merekodkan serta mengemaskini Cuti GCR dan Baki Bawa Kehadapan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Sekiranya pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pentadbir Cuti di PTJ/Bahagian/Unit atau melalui emel hrmis@kehakiman.gov.my.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Bahagian Pengurusan,Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3,62506 Putrajaya

Tel : 03 8880 3842 / 3847

hrmis@kehakiman.gov.my;zainon@kehakiman.gov.my;hamidi@kehakiman.gov.my

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : Kerja kerja pemasangan Penghawa Dingin oleh pihak kontraktor Elit Teak Enterprise di dalam Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kontraktor Elit Teak Enterprise akan melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin seperti ketetapan berikut:-

 

Tarikh            : 10 Disember 2018 (Isnin)

 

Masa              : 6.00 petang hingga 4.00 pagi

 

Lokasi           : Mahkamah Majistret Sivil 3 (Aras 5 Kiri)

                        : Mahkamah Sesyen Sivil 5 (Aras 2 Kanan)

                        : Mahkamah Sesyen Sivil 6 (Siber)- (Aras 2 Kanan)                                         

sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian

 

3. Sehubungan itu, pihak kami akan menempatkan kakitangan daripada Unit Pembangunan dan Senggara, Bahagian Pengurusan KMKL bagi memantau kerja-kerja tersebut sehingga selesai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung terus kepada;-

 

3.1       Encik Faisal bin Arip (011-61138039)

3.2       Encik Mohd Zamri bin Md Rifin (019-2587474)

 

4. Segala perhatian dan makluman tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah

 

       Sarina 

 

(Sarina binti Wahab)

Pembantu Tadbir (P/O)

Unit Pembangunan & Senggaraan
Bahagian Pengurusan
Mahkamah Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-6209 4661

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : Kutipan Sumbangan Sempena Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

 

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019 (KSMKL 2019) akan diadakan pada 12, 19, 25 dan 26 Januari 2019. Justeru, bagi menjayakan program tersebut, sumbangan daripada warga Mahkamah Kuala Lumpur amat diperlukan.

 

3. Sebagaimana e-mel yang dikeluarkan sebelum ini oleh YBrs. Tuan Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur pada 22-11-2018, ketua-ketua rumah sukan dipertanggungjawabkan untuk mengutip sumbangan daripada ahli rumah sukan masing-masing. Kadar sumbangan adalah sebagaimana ditetapkan seperti yang berikut:-

 

 

BIL.

GRED

 KUTIPAN MENGIKUT GRED

1.     

UTAMA B

RM 200.00

2.     

KHAS B

RM 200.00

3.     

UTAMA C

RM 150.00

4.     

54

RM 100.00

5.     

52

RM 50.00

6.     

48

RM 40.00

7.     

44/41

RM 30.00

8.     

38

RM 30.00

9.     

11-29

RM 10.00

 

 

3. Sehubungan dengan itu, kami mohon kerjasama semua ketua rumah sukan untuk menyerahkan kutipan selewat-lewatnya pada 21-12-2018 kepada mana-mana ahli Jawatankuasa Bahagian Tajaan KSMKL 2019 yang berikut:-

 

  1. Puan Manira binti Mohd. Nor – Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur (ext:: 4113);
  2. Puan Farah Adlini binti Mohd. Din – Majistret, Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur (ext:4707 );
  3. Puan Nurul Atikah binti Muhamad – Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, NCVC 6 (ext:4656); dan
  4. Izzatul Nawwarah binti Idrus – Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, NCVC 5 (ext: 4657).

 

4. Kerjasama dan tindakan segera tuan/puan akan membantu menjayakan Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur 2019.

 

Sekian, terima kasih. 

Saya yang menjalankan amanah,

                  tt.

Manira binti Mohd. Nor

Hakim Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Tel: 03-6209 4113

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : PEMAKLUMAN BERKENAAN PENGURUSAN CUTI REHAT/ CUTI REHAT KHAS DI HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bahagian Pengurusan MKL ada menerima aduan berkenaan kesukaran membuat permohonan cuti bagi tahun 2019. Sehubungan dengan itu, pertanyaan telah diajukan kepada Unit HRMIS PKPMP dan penjelasan daripada Unit tersebut adalah seperti di bawah. Untuk makluman semua, Kelayakan Cuti untuk semua telahpun dijana dan sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan ingin membuat permohonan cuti bagi tahun 2019, kelayakan cuti dalam HRMIS ditukar terlebih dahulu ke tahun 2019 seperti contoh yang diberikan.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Pelaksanaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Bagi Tahun 2018 Melalui Sistem Atas Talian HRMIS

 

PERINGATAN MESRA

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PELAKSANAAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2018 MELALUI SISTEM ATAS TALIAN HRMIS

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah menyempurnakan pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi (LNPT) bagi tahun 2018.  YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puanhendaklah memastikan supaya semua penilaian sehingga diperingkat Pegawai Penilai Kedua (PPK) dibuat dan dihantar kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) selewat-lewatnya pada 07 Disember 2018 untuk tindakan selanjut.

 

3. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan perkara ini, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Maznah (samb. 4037) atau En Hisyam (samb. 4797). Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan, kegagalan untuk menghantar LNPT ke PPSM boleh menyebabkan tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan urusan ini dilaksanakan mengikut ketetapan adalah amat diharapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Ahmad Kamar Jamaludin

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Taklimat Pengukuhan Integriti Dan Prosedur Tindakan Tatatertib Oleh Unit Integriti PKPMP

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

TAKLIMAT PENGUKUHAN INTEGRITI DAN PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB OLEH UNIT INTEGRITI PKPMP

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa satu taklimat seperti tajuk di atas akan diadakan khusus untuk semua jurubahasa Mahkamah Kuala Lumpur mengikut ketetapan berikut:

 

          Tarikh                  :        10 Disember 2018 (Isnin)

          Masa                   :         2.30 hingga 4.00 petang

          Tempat               :         Perpustakaan Aras 7 Mahkamah Kuala Lumpur

3. Kehadiran semua jurubahasa adalah diwajibkan dan pengecualian hanya diberikan terhadap mereka yang mempunyai kes untuk dijalankan dan mendapat pengesahan pegawai penyelia masing-masing. Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dilengkapkan dan kembalikan kepada Unit Latihan dan Inovasi atau melalui e-mel shafigaffenddy@kehakiman.gov.my atau nuryusma@kehakiman.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shafiq Affendy bin Abu Sujak di talian samb. 2028 atau Puan Nuryusma binti Mohd Yusof di talian samb. 2026

 

5. Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Pelawaan Menyertai Majlis Persaraan CC Normala

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan / Puan

PER : PELAWAAN MENYERTAI MAJLIS PERSARAAN CC NORMALA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Kenderaan merancang untuk mengadakan majlis persaraan cc Normala seperti ketetapan berikut :

            Tarikh             : 14 Disember 2018 (Jumaat)
            Waktu            : 12.00 tgh
            Tempat           : Restoran Rebung, Aras 5, Parking Bertingkat Bukit Aman,
                                    Jalan Tangling, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
            Menu              : Makan Tengahari (Masakan Melayu)
            Bayaran          : RM45 seorang

3. Sehubungan dengan itu, unit ini ingin mempelawa tuan/ puan untuk menyertai dan memeriahkan majlis ini. Jika ada yang berminat, sila hubungi En. Khalid/ Faizul di talian ext: 4910 bagi tempahan sebelum atau pada 10 Disember 2018 (Isnin), manakala bayaran boleh diserahkan kepada unit ini selewat-lewatnya pada  11 Disember 2018 (Selasa).


Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

       M.Khalid
MUHAMMAD KHALID BIN YOSUF
Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Perhubungan dan Kenderaan
Bahagian Pengurusan
Mahkamah Kuala Lumpur

Tel : 03-62094934
emel : mkhalid@kehakiman.gov.my<mailto:mkhalid@kehakiman.gov.my>

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Taklimat Pelaksanaan Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara VRF (Variable Refrigerant Flow) Di KMKL

 

Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

TAKLIMAT PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN SISTEM PENYAMAN UDARA VRF (VARIABLE REFRIGERANT FLOW) DI KMKL

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

 

2. Untuk makluman tuan/puan, pelaksanaan kerja-kerja penggantian sistem penyaman udara VRF akan dilaksanakan di bangunan MKL mulai 1 Januari 2018. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan akan mengadakan sesi taklimat tersebut seperti ketetapan seperti berikut :-

 

                                    Tarikh            : 13 Disember 2018 (Khamis)

                                    Masa              : 3.00 petang

                                    Tempat          : Ruang Legar, Aras 7

                                                             Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Untuk makluman tuan/puan juga, taklimat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada warga MKL mengenai pelaksanaan proses kerja penggantian VRF di tempat yang terlibat. Oleh demikian, kehadiran tuan/puan [klik] (seperti di lampiran) untuk sesi taklimat ini adalah wajib dan sekiranya tuan/puan tidak dapat hadir, tuan/puan adalah diminta untuk menghantar seorang wakil mengikut mahkamah masing-masing.

 

4. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung terus kepada Puan Azlina Awat di talian 03-62094664 atau Puan Sarina binti Wahab di talian 03-62094661. Kehadiran tuan/puan dalam menjayakan taklimat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BIN SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Pemakluman Berkenaan Pengurusan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas Di HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan emel daripada Unit HRMIS PKPMP seperti di bawah adalah berkaitan.

 

2. Dimaklumkan bahawa tiada penutupan modul Pengurusan Cuti dalam sistem HRMIS pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh pada bila-bila masa untuk membuat permohonan cuti bagi tahun 2018 dan 2019, permohonan GCR serta permohonan membawa cuti tahun semasa ke tahun hadapan. Pemakluman ini membatalkan pemakluman terdahulu daripada Bahagian Pengurusan. Proses permohonan cuti tahun 2019 tidak perlu dibuat secara manual.

 

3. Bersama-sama dengan ini juga dipanjangkan soalan lazim (FAQ) untuk rujukan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan. Sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan mempunyai sebarang kekeliruan, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Wan Che Zaton di sambungan 2010.  

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.12.2018

Perkara : Penyelarasan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (Span)

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada emel daripada Unit Integriti PKPMP bertarikh 6 Disember 2018 seperti di bawah.

 

2. Dimohon kerjasama semua warga MKL untuk mengisi [klik] Borang yang disertakan bersama emel ini dan mengembalikan borang yang telah lengkap diisi ke Unit Pentadbiran Am dan Fail, Bahagian Pengurusan MKL selewat-lewatnya pada 14 Disember 2018 (Jumaat) bagi tujuan pelarasan sebelum dihantar semula ke PKPMP. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon agar dapat memanjangkan maklumat ini kepada kakitangan seliaan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan yang tidak mempunyai emel.

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.12.2018

Perkara : Buku Harian Dan Perancang Tahunan 2019

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa Unit Stor Alatulis, Mahkamah Kuala Lumpur akan membuat edaran Buku Harian dan Perancang Tahunan 2019 untuk kegunaan pegawai/kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur seperti berikut:

 

BIL

KATEGORI

GRED JAWATAN

1.

Buku Harian (YA Hakim) dan Perancang Tahunan

YA Hakim Mahkamah Tinggi

2.

Buku Harian (A) dan Perancang Tahunan

Gred 41 dan ke atas

3.

Buku Harian (B) dan Perancang Tahunan

Gred 29 hingga Gred 38

4.

Perancang Tahunan

Gred 19 hingga Gred 26

 

3. Sehubungan itu, diminta wakil dari setiap Unit/Bahagian untuk melengkapkan [klik] Borang Senarai Nama Seperti Di LAMPIRAN A dan serahkan  kepada Unit Stor dan Alatulis , melalui e-mel nurkhaleeda@kehakiman.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nur Khaleeda ditalian samb. 2012. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Nur Khaleeda

NUR KHALEEDA BINTI MISNIN

Pembantu Tadbir (PTPO)

Unit Stor Alatulis

Mahkamah Kuala Lumpur

☎      : 03-62072012

Emel : nurkhaleeda@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.12.2018

Perkara : SPANM 9/2018: Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan [klik] Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 berkenaan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji 2019 untuk makluman semua.,

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.12.18

Perkara : PP 4/2018: Kemudahan Cuti Keagamaan

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PP 4/2018: Kemudahan Cuti Keagamaan

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini disertakan [klik] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018 berkenaan Kemudahan Cuti Keagamaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk makluman semua.,

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.12.2018

Perkara : Penangguhan Tugasan Dan Kes Oleh Pegawai Kehakiman Disebabkan Cuti Rehat

 

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Dipanjangkan surat daripada Pejabat Ketua Pendaftar berkenaan perkara di atas yang jelas menerangkan maksudnya untuk diambil perhatian serta tindakan.


Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.12.2018

Perkara : Pemakluman Edaran Pelekat Kenderaan Tambahan Untuk Tahun 2019/2020 Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 


PEMAKLUMAN EDARAN PELEKAT KENDERAAN TAMBAHAN UNTUK TAHUN 2019/2020 MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Memandangkan stok pelekat kenderaan Jabatan adalah terhad, keutamaan akan diberikan kepada pegawai/kakitangan seorang satu keping terlebih dahulu secara percuma

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh membuat permohonan kepada Unit Pentadbiran Am sekiranya berminat untuk membeli pelekat kenderaan tambahan ia tertakluk kepada kelulusan dan stok sedia ada.

 

3. Kerjasama daripada YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 Saya yang menjalankan amanah,

 

zuraidah

ZURAIDAH BINTI AB RAHMAN

Pembantu Tadbir (PTPO)

Unit Pentadbiran Am & Fail

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

☎        : 03-62094022

Emel   : zuraidahrahman@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.12.18

Perkara : Pemakluman Berkenaan Pengurusan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas Di HRMIS

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...,

 

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN BERKENAAN PENGURUSAN CUTI REHAT/ CUTI REHAT KHAS DI HRMIS

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan emel di bawah adalah berkaitan.

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan hebahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pemakluman Pengurusan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas di HRMIS untuk perhatian dan makluman YBhg. Datuk Seri/ Datuk / Dato’/ Tuan/ Puan selanjutnya.

 

3. Untuk makluman, tiada penutupan menu Permohonan Cuti semasa tempoh Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Jana Kelayakan Cuti dalam HRMIS. Bersama-sama ini dilampirkan juga FAQ untuk Pentadbir Cuti dan Pemilik Kompetensi.

4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pentadbir Cuti di PTJ/Bahagian/Unit Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan atau melalui emel hrmis@kehakiman.gov.my.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Bahagian Pengurusan,Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3,62506 Putrajaya

Tel : 03 8880 3842 / 3847

hrmis@kehakiman.gov.my;zainon@kehakiman.gov.my;hamidi@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 4.12.2018

Perkara : Edaran Pelekat Kenderaan Untuk Tahun 2019/2020 Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 


EDARAN PELEKAT KENDERAAN UNTUK TAHUN 2019/2020 MAHKAMAH KUALA LUMPUR


YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita bersama-sama ini dikemukakan Memo Edaran Pelekat Kenderaan Untuk Tahun 2019/2020 daripada Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Mahkamah Kuala Lumpur untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan. Klik Untuk Borang Pelekat Kereta

3. Kerjasama daripada YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 Saya yang menjalankan amanah,

 

zuraidah

ZURAIDAH BINTI AB RAHMAN

Pembantu Tadbir (PTPO)

Unit Pentadbiran Am & Fail

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

☎        : 03-62094022

Emel   : zuraidahrahman@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.12.2018

Perkara : Hebahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 dan 4 Tahun 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Bersama-sama ini dimajukan Hebahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 dan 4 Tahun 2018 untuk makluman Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan selanjutnya.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3871/3842/3847/4555

6  03-8888 4522

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.12.2018

Perkara : PP3/2018 : Bayaran Khas Tahun 2018

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PP Bil.3 Tahun 2018 : Bayaran Khas Tahun 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan [klik]  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018 adalah berkaitan.

 

2. Disertakan pekeliling tersebut untuk makluman dan rujukan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan jua.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 4.12.2018

Perkara : Pelaksanaan Myportfolio Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan,

 

PELAKSANAAN MYPORTFOLIO MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel bertarikh 27 November adalah berkaitan.

 

2. Sepertimana YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan sedia maklum, setiap pegawai dan kakitangan perlu menyiapkan MyPortfolio sebelum 30 November 2018.

 

3. Sehubungan itu, mohon Pegawai Penyelia/ Ketua Pembantu Tadbir mengemukakan Laporan bilangan pegawai / kakitangan yang telah menyiapkan myPortfolio mengikut borang Laporan seperti Lampiran dan serahkan kepada Unit Pentadbiran dan Fail , melalui e-mel  noryatiahmad@kehakiman.gov.my atau zuraidahrahman@kehakiman.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

 

4. Dalam memastikan keseragaman dalam MyPortfolio, bersama-sama ini disertakan Senarai Semak sebagai rujukan dan panduan  YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan jua.

 

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noryati binti Ahmad di talian samb. 4018 atau Puan Zuraidah bt Ab Rahman ditalian samb. 4022.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.12.2018

Perkara : KERJA-KERJA PEMASANGAN (INSTALLATION) PENGHAWA DINGIN OLEH PIHAK KONTRAKTOR ELIT TEAK ENTERPRISE

 

Salam Sejahtera.

 

Tuan,

 

KERJA-KERJA PEMASANGAN (INSTALLATION) PENGHAWA DINGIN OLEH PIHAK KONTRAKTOR ELIT TEAK ENTERPRISE DI DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 5, ARAS 2 KANAN, MKL.

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman pihak tuan,pihak kontraktor Elit Teak Enterprise akan melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin di Mahkamah Sesyen Sivil 5, Aras 2, Kanan. Kerja-kerja tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-

 

Tarikh            : 3 Disember 2018 (ISNIN)

 

Masa              : 6.00 petang hingga 4.00 pagi

 

* sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian

 

3. Sehubungan itu, pihak kami akan menempatkan kakitangan daripada Unit Pembangunan dan Senggara, Bahagian Pengurusan KMKL bagi memantau kerja-kerja tersebut sehingga selesai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung terus kepada;-

 

3.1       Encik Mohd Sharul Rafie bin Ahmad (012-208 8580)

3.2       Encik Faisal Bin Arip (011-6113 8039)

 

4. Segala perhatian dan makluman tuandi dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

FAISAL BIN ARIP

Unit Pembangunan & Senggara

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Ext. : 03 - 62094661

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.12.2018

Perkara : Info IT Bil. 5 Tahun 2018

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.12.2018

Perkara : Pengurusan Cuti Tahun 2018

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PENGURUSAN CUTI BAGI TAHUN 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, tarikh bagi tempoh penjanaan cuti tahun 2018 akan dibuat dalam masa terdekat oleh pihak JPA. Bagi melancarkan proses ini dan tidak menyebabkan sebarang masalah timbul pada tahun hadapan, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengambil tiundakan seperti berikut dalam HRMIS selewat-lewatnya pada 16 Disember 2018:

 

1) Membuat permohonan cuti bagi bulan Disember 2018

2) Membuat pengumpulan baki cuti 2018 ke tahun 2019; dan

3) Membuat pengumpulan cuti untuk bagi Gantian Cuti Rehat (GCR).

 

3. Bagi cuti pada tahun 2019, permohonan perlu dibuat secara manual terlebih dahulu sehingga semua maklumat cuti telah dijana oleh Unit Perkhidmatan dan Perjawatan. Pemakluman lanjut akan dibuat kelak. Sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan menghadapai sebarang masalah, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan menghubungi Puan Maznah di sambungan 4037.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diharapkan dan dimohon juga untuk memaklumkan kepada kakitangan bawah seliaan masing-masing yang tiada akaun emel.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.12.2018

Perkara : Pelaksanaan laporan penilaian prestasi tahunan bagi tahun 2018 melalui sistem atas talian HRMIS

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

PELAKSANAAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN BAGI TAHUN 2018 MELALUI SISTEM ATAS TALIAN HRMIS

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama dengan ini dipanjangkan [klik]  Surat Edaran Pelaksanaan LNPT Tahun 2018 daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) untuk makluman dan tindakan pihak YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan. Diingatkan supaya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk memastikan supaya semua penilaian sehingga diperingkat Pegawai Penilai Kedua (PPK) dibuat dan dihantar kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) selewat-lewatnya pada 07 Disember 2018 untuk tindakan selanjut.

 

3. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan perkara ini, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Maznah (samb. 4037) atau En Hisyam (samb. 4797). Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan, kegagalan untuk menghantar LNPT ke PPSM boleh menyebabkan tiada pergerakan gaji tahunan. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dalam memastikan urusan ini dilaksanakan mengikut ketetapan adalah amat diharapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Ahmad Kamar Jamaludin

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

 

 

Melayu