Berita & Aktiviti Kesma 2019

 

Tarikh : 1.3.2019

Perkara : Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan Kebajikan Dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (Kesma) Pada 1 Mac 2019 (Jumaat ) Jam 2.30 Petang- 5.00 Petang

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin /Tuan/Puan,

 

Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Biro Publisiti KESMA 2018/2019

 

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 22.2.2019

Perkara : Usul Untuk AGM KESMA

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Bersama-sama dengan ini, disertakan usul yang diterima sehingga jam 4.00 petang 22 Februari 2019. Dipanjangkan untuk makluman semua.


Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Setiausaha KESMA 2018/2019

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

______________________________________________________________________________

Tarikh : 14.2.2019

Perkara : Laporan Tahunan KESMA 2018

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Selaras dengan Fasal 7 (4) Perlembagaan Bagi Pertubuhan Induk Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur, disertakan Laporan Tahunan 2018 KESMA yang mengandungi Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KESMA Kali ke-7, Minit Mesyuarat AGM Kali ke-6, Laporan Aktiviti, serta Penyata Kira-kira Berakhir 31 Disember 2018 yang telah diaudit.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Setiausaha KESMA 2018/2019

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

Good,better,best.. Never let it rest. Until your good is better and your better is best”

 

______________________________________________________________________________

Tarikh : 13.2.2019

Perkara : Perubahan Tarikh AGM KESMA

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESMA Kali Ke7 Sesi 2019/2020

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Untuk makluman semua, AGM KESMA yang dijadualkan pada 22 Februari 2019 terpaksa diubah kepada 01 Mac 2019 untuk memberi laluan kepada program YAA Ketua Hakim Negara. Disertakan perkara-perkara berikut untuk makluman semua:

 

            i.          Notis Perubahan Tarikh AGM KESMA;

            ii.          Borang Kehadiran;

            iii.         Borang Cadangan AJK KESMA Sesi 2019/2018;

            iv.        Borang Cadangan usul; dan

            v.         Borang proksi.

 

3.         Semua borang perlu dikembalikan kepada setiausaha selewat-lewatnya pada 22 Februari 2019. Kerjasama semua amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Setiausaha KESMA 2018/2019

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

“Good,better,best.. Never let it rest. Until your good is better and your better is best”

 

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 7.2.2019

Perkara : Takziah Daripada Kesma : Makluman Mengenai Pemergian Ayah Kepada Puan Lee Hong Shi, Penolong Kanan Pendaftar Di Unit Kebankrapan, Mahkamah Tinggi Insolvensi, Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa AYAH kepada PUAN LEE HONG SHI, Penolong Kanan Pendaftar di Unit Kebankrapan, Mahkamah Tinggi Insolvensi, Kuala Lumpur telah meninggal dunia pada 4 Februari 2019.

 

Sehubungan itu, Kesma merakamkan ucapan takziah kepada Puan Lee Hong Shi dan semoga beliau bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.

 

Sekian untuk makluman.

 

Terima kasih.

 

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

KESMA 2018/2019

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 30.1.2019

Perkara : Mesyuarat Agung KESMA

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 30.1.2019

Perkara : Penyerahan Barangan / Peralatan Sukan Kepada KESMA

 

Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, seperti yang tuan/puan maklum Mahkamah Kuala Lumpur telah dengan jayanya selesai mengadakan Karnival Sukan Mahkamah Kuala Lumpur pada 26.1.2019. Tahniah diucapkan!

 

  1. Untuk tujuan tersebut, tentulah Jawatankuasa Induk dan Rumah-rumah sukan masing-masing telah membeli peralatan sukan dan barangan untuk kegunaan  masing-masing.

 

  1.  Bagi barangan / peralatan sukan yang masih boleh digunakan atau dikitar semula, tuan / puan boleh menyerahkannya kepada Jawatankuasa Aset Kesma dengan menghubungi Cik Eidawati dan En Kamarul Azman di sambungan 4823.  

 

  1. Dengan penyerahan barangan dan peralatan sukan kepada KESMA, diharapkan ia boleh diguna semula untuk aktiviti-aktiviti pada masa akan datang.

 

Sekian, terima kaish

t.t

Roszianayati Binti Ahmad

Pengerusi KESMA

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 22.1.2019

Perkara : Jualan Coklat

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Coklat Edisi 2019 telah kembali. 



        Tarikh & Masa        :   24 Januari 2019 [Khamis]
                                            12.30 tengahari hingga 2.00 petang

        Tempat    : Bilik Operasi KESMA, Aras B1, MKL.  

3.    Biro Ekonomi akan cuba memanggil peniaga-peniaga lain untuk turut serta. Kami juga akan memberikan baju-baju 'preloved' dan buku/novel terpakai secara percuma pada masa dan hari yang sama.

4.    Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput hadir.

 

Sekian, terima kasih.

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 15.1.2019

Perkara : KEJOHANAN BOLING TERBUKA JALSOA 2019

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, dapat kiranya pihak tuan / puan menguruskan penyertaan satu pasukan dari Mahkamah Kuala Lumpur ke Kejohanan Boling Terbuka Jalsoa 2019.

 

Mesyuarat KESMA pada 14.1.2019 telah bersetuju untuk membiaya 1 pasukan dari Mahkamah Kuala Lumpur untuk tujuan tersebut. Puan boleh mendapatkan jumlah tersebut dari Bendahari KESMA Puan Amalina. 

 

Sekian, terima kasih.

 

t.t

Roszianayati Binti Ahmad

Pengerusi KESMA

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.1.2019

Perkara : Kesma Prihatin : Rayuan Sumbangan Khas Kepada Puan Siti Aishah Binti Mahmood Daripada Unit It Mahkamah Kuala Lumpur Yang Ditimpa Musibah Kebakaran Rumah

              

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Puan SITI AISHAH BINTI MAHMOOD dari Unit IT Mahkamah Kuala Lumpur telah ditimpa musibah kebakaran di rumahnya kira-kira jam 8.05 pagi pada 31 Disember 2018 lepas. Justeru itu, beliau mengalami kerugian teruk dari segi harta benda dan KESMA menyeru sumbangan semua ahli KESMA untuk membantu meringankan beban yang ditanggung beliau dan keluarganya.

 

3. Oleh itu, pihak KESMA sangat berbesar hati jika Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sudi menghulurkan sumbangan khas bagi membantu meringankan beban kewangan Pn Siti Aishah dengan menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

                            

                             BANK                  -        MAYBANK

                             NO. AKAUN       -        153083214189

 

4. Sekiranya Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Pn Siti Aishah binti Mahmood di talian sambungan 2048.

 

5. Atas kerjasama dan sokongan serta sumbangan yang diberikan Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam membantu meringankan beban kewangan Pn Siti Aishah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

Biro Agama dan Kebajikan

KESMA 2018/2019

Melayu