Hebahan Pentadbiran Januari 2019

 

Tarikh : 31.1.2019

Perkara : Etika Berpakaian Kkakitangan Awam

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM

 

Dengan segala hormat saya merujuk kepada perkara di atas

 

2.         Sebagai penjawat awam, YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah tertakluk kepada pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa pekeliling yang telah dikeluarkan dan perlu dipatuhi oleh semua berkenaan etika berpakaian dan penampilan sebagai seorang penjawat awam. Berikut adalah pekeliling dan surat pekeliling yang boleh dirujuk :

 

            2.1       Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985;

            2.2       Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

            2.3       Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006;

            2.4       Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008; dan

            2.5       Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013.

 

3.         Sehubungan dengan itu, semua warga MKL adalah diingatkan untuk mematuhi arahan ini dan memastikan sentiasa berpakaian kemas serta melambangkan sebagai seorang penjawat awam. Ketidakakuran YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai menjejaskan imej penjawat awam dan sekaligus boleh diambil tindakan tatatertib ke atas YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 30.1.2019

Perkara : Pemakluman Direktori Mahkamah 11, 12, 18, 22, 46 Dan 84

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN DIREKTORI MAHKAMAH 11, 12, 18, 22, 46 DAN 84

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, kerja-kerja penggantian sistem penghawa dingin jenis VRF telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 hingga 3 April 2020 secara berperingkat di seluruh Mahkamah Tinggi / Sesyen / Majistret dan tempat-tempat lain dan bagi menyempurnakan perjalanan perbicaraan di MKL, pihak pengurusan telah menyediakan 6 mahkamah kosong untuk ditempatkan semasa proses kerja-kerja penggantian penghawa dingin jenis sistem VRF di MKL dilaksanakan.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan, pihak pengurusan MKL telah membuat pemeriksaan menyeluruh dan mendapati di mahkamah kosong 11,12,18,22,46 dan 84 tidak mempunyai bekalan telefon jenis analog/digital. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan untuk membawa telefon di mahkamah masing-masing semasa proses pemindahan mengikut jadual yang telah dihebahkan dan dikehendaki menggunakan nombor extension sedia ada di mahkamah transit tersebut seperti ketetapan di bawah:-

                             

MAHKAMAH

BILIK HAKIM (DIGITAL)

BILIK JURUBAHASA (ANALOG)

Mahkamah 11

2088

4311

Mahkamah 12

4310

4232

Mahkamah 22

4105

4106/2059

Mahkamah 18

4319

4320

Mahkamah 46

4244

4245

Mahkamah 84

4704

4705

 

Segala perhatian dan tindakan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

                    

                     t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 29.1.2019

Perkara : Selamat Tahun Baru Cina

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 29.1.2019

Perkara : Bekalan Kasut Tahun 2019

______________________________________________________________________________

Tarikh : 29.1.2019

Perkara : Pelan Antirasuah Nasional / National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023

 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera YBhg. Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pada 29 Januari 2019, YAB Perdana Menteri telah melancarkan [klik] Pelan Antirasuah Nasional / National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023 sebagai satu komitmen Kerajaan dalam mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali kerana nilai integritinya yang tinggi. NACP dibangunkan untuk menyatukan semua inisiatif dan usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam satu pelan integrasi. 

 

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan sesalinan lembut (soft-copy) NACP tersebut untuk makluman lanjut pihak YBhg. Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terim kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

       t.t.

(DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman 

PUTRAJAYA

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 28.1.2019

Perkara : Arahan Keselamatan Sempen aCuti Hari Wilayah Dan Tahun Baru Cina

 

_________________________________________________________________________

Tarikh : 28.1.19

Perkara : PERINGATAN : MEMBUAT PENYATAAN KEHADIRAN DALAM SISTEM eHADIR

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

 

PERINGATAN ; MEMBUAT PENYATAAN KEHADIRAN DALAM SISTEM eHADIR

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimohon kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengemaskini maklumat kehadiran(hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, Cuti Rehat, Cuti Sakit dan lain-lain) bagi bulan Januari 2019 dengan membuat penyataan di dalam sistem eHadir. YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang berperanan sebagai pegawai Penyelia dalam sistem eHadir juga perlu meluluskan atau tidak meluluskan penyataan yang telah dibuat.  Semua maklumat kehadiran ini perlu dikemaskini apabila kembali bertugas atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 2019. Kegagalan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan membuat penyataan kehadiran dan mendapatkan kelulusan penyelia bagi hadir lewat/ keluar awal, meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja, sebab tidak hadir ke pejabat, boleh menyebabkan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan 

dianggap sebagai tidak berada di pejabat semasa waktu bekerja.  

 

  1. Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan juga, Unit Pentadbiran Am dan Fail akan menghantar Laporan kehadiran pegawai / kakitangan berdasarkan rekod yang dicetak melalui sistem e-hadir kepada Pejabat Ketua Pendaftar PKPMP setiap awal bulan berikutnya. Bagi permohonan Cuti Rehat /Cuti tanpa rekod / Cuti sakit dan lain- lain melalui HRMIS dan mendapat kelulusan perlu juga dikemaskini di dalam sistem e-hadir. Sekiranya  YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak mengemaskini penyataan/ alasan dalam sistem e-hadir akan menyebabkan rekod tersebut menunjukkan YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran.  Sistem eHadir boleh dilayari di laman sesawang http://ehadir.kehakiman.gov.mydaripada semua pelayar (browser).

 

Kerjasama YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang manjalankan amanah,

 

 

Unit Pentadbiran Am & Fail

Mahkamah Kuala Lumpur

Samb.    : 4969 / 2024

 

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 28.1.19

Perkara : Berhati-Hati Dengan Sebaran Emel SPAM

 

SEBARAN MELALUI EMEL

Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas.

 

  1. Untuk makluman Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, pihak kami telah menerima aduan dari agensi luar mengenai terdapat penghantaran emel yang mengandungi SPAM dari pengguna emel kehakiman.gov.my. Hasil semakan pihak kami, mendapati terdapat beberapa akaun emel kehakiman yang telah berjaya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab (penggodam) bagi menyebarkan SPAM kepada penerima yang terdiri dari agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

 

  1. Hal ini berlaku kerana, masih ramai pengguna emel kehakiman yang masih tidak peka dengan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh MAMPU terutamanya dalam menggunakan emel rasmi bagi tujuan tidak rasmi. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan tersebut bagi rujukan pengguna emel kehakiman. Dilampirkan juga contoh-contoh emel spam yang telah diterima oleh pengguna kehakiman bagi tujuan makluman, supaya pengguna lebih berhati-hati dengan emel yang dihantar oleh penghantar emel yang tidak dikenali. Adalah diingatkan agar pengguna kehakiman tidak sekali-kali klik pada link yang disertakan bersama emel yang tidak dikenali penghantarnya.

 

  1. Oleh yang demikian, pihak kami memohon agar Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menyampaikan pesanan ini kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan masing-masing. Sebarang kemusykilan, boleh hubungi Helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03-88809405 atau terus laporkan melalui emel kepada pentadbiremel@kehakiman.gov.my. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami harapkan supaya keselamatan fasiliti emel kehakiman dapat dijaga dengan baik.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

____________________________________________________________________________

Tarikh : 18.1.19

Perkara : Segera :  Pelaksanaan Myportfolio Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan,

 

Segera :  Pelaksanaan Myportfolio Mahkamah Kuala Lumpur

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel bertarikh 19 Disember 2018 adalah saling berkaitan.

 

2.         Dimaklumkan bahawa, pihak MAMPU sentiasa  memohon laporan penyediaan pelaksanaan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, hasil semakan melalui Laporan yang telah diterima daripada setiap Bahagian/Unit Mahkamah Kuala Lumpur sehingga 16 Januari 2019, didapati hanya 376 pegawai /kakitangan sahaja yang telah menyiapkan sepenuhnya MyPortfolio [klik] [Kakitangan Mahkamah Rendan dan Tinggi] [Kakitangan Pengurusan]

 

3. Justeru, sekali lagi dipohon kerjasama setiap Penyelia Bahagian/Unit memastikan semua kakitangan di bawah seliaan menyiapkan MyPortfolio tersebut dan menghantar Laporan serta softcopy MyPortfolio kepada Unit Pentadbiran Am & Fail melalui e-mel noryatiahmad@kehakiman.gov.my dengan kadar SEGERA sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Februari 2019 (Jumaat) bagi tujuan pemakluman Laporan lengkap kepada PKPMP jua. Sekiranya YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan masih gagal menyiapkan Myportfolio seperti yang diarahkan semua Permohonan Cuti Rehat/Keluar Negara tidak akan diluluskan. Diminta semua Pelulus Cuti dan Penyelia mengambil maklum tentang perkara tersebut.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noryati binti Ahmad di talian samb. 4018 atau Puan Zuraidah binti Ab Rahman ditalian samb. 4022. Segala kerjasama dan keprihatinan  YBhg. Dato’/Dr,/Tuan/Puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

___________________________________________________________________

Tarikh : 18.1.19

Perkara : Jemputan Menghadiri Sesi E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Pada 22 & 23 Januari 2019 (Selasa & Rabu)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) PADA 22 & 23 JANUARI 2019 (SELASA & RABU)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan MKL akan mengadakan sesi e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) mengikut ketetapan seperti berikut:

 

                                                Tarikh           :          22 & 23 Januari 2019 (Selasa & Rabu)

                                                Masa             :          Sesi Pagi      -  9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                                                                                  Sesi Petang -  2.30 – 4.30 petang

                                               Tempat          :          Bilik Latihan IT, Aras 7    

                                                                                  Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

  1. Sehubungan itu, senarai peserta yang dicalonkan seperti [klik] Lampiran di kehendaki hadir ke sesi tersebut. Sekiranya  terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shafiq Affendy bin Abu Sujak di samb. 2028 atau Pn. Nuryusma binti Mohamad Yusof di samb. 2026.

 

  1. Kerjasama penyelia adalah dipohon untuk menyampaikan perkara ini kepada kakitangan dibawah seliaan (yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan). Segala keprihatinan dan kehadiran Tuan /Puan dalam menjayakan sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

MOHD. SHAFIQ AFFENDDY BIN ABU SUJAK

Pembantu Tadbir (P/O) N19

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 18.1.19

Perkara : Makluman Berkenaan Penyalinanan Rakaman CRT Semasa Perpindahan Mahkamah Bagi Kerja Kerja Penggantian Sistem Penghawa Dingin

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan,

 

Pemakluman Berkenaan Penyalinan Rakaman Crt Bagi Perpindahan Penempatan Mahkamah Bagi Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penghawa Dingin Jenis Vrf Di Mahkamah Kuala Lumpur

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan, kerja-kerja penggantian sistem penghawa dingin jenis VRF akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 di seluruh Mahkamah Tinggi / Sesyen / Majistret dan tempat-tempat lain yang terlibat.
  2. Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ /Dr, / Tuan / Puan untuk mengambil maklum bahawa setiap mahkamah yang berpindah perlu merancang untuk menyalin sendiri rakaman CRT yang diperlukan samada berpindah ke mahkamah sementara dan berpindah semula pada mahkamah asal setelah sistem penghawa dingin tersebut telah siap dibaiki. Pihak kontraktor Big Data tidak telibat dalam urusan untuk menyalin rakaman CRT setiap mahkamah tetapi hanya membantu jika terdapat masalah untuk menyalin rakaman ke DVDR.
  3. Untuk makluman juga, semasa proses penggantian sistem penghawa dingin tersebut, semua mahkamah yang terlibat tidak dibenarkan untuk dimasuki kembali bagi  mendapatkan rakaman CRT disebabkan bekalan elektrik dan sistem CRT di mahkamah tersebut akan ditutup sehingga proses pembaikkan selesai.Untuk menyalin video berkenaan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan boleh dapatkan DVDR tersebut di Stor Pentadbiran Aras 6 atau menggunakan pendrive masing-masing.
  4. Jika terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan boleh berhubung terus kepada:

 

            5.1    :  Unit IT – 2048 / 2240

 

            5.2    : Big Data /  Muhammad Arif Bin Mohamad Hidayat : 019-3431231

 

                     : Big Data / Muhammad Omar Aidil Bin Samsudin   : 011-39760944

 

Segala perhatian dan tindakan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.1.19

Perkara : Perhimpunan Bulanan Pada 29 Januari 2019

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan Yang Dihormati,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN BULANAN PADA 29 JANUARI 2019 (SELASA)


 

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.1.2019

Perkara : Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian

 

YBhg Datuk/ Dato’ / Datin / Dr./Tuan / Puan,

 

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

 

Dipanjang surat edaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Januari 2019 untuk makluman semua. Terima kasih.


Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Sherilyn Emariza Shariffuddin

Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan)

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.1.2019

Perkara : Info IT Bil. 2 / 2019

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info IT Bil.2/2019 sebagai makluman YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.1.2019

Perkara : Kesalahan Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

 

Untuk makluman semua berkenaan tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu. Beringat sebelum terlambat.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpu

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.1.2019

Perkara : Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian

 

YBhg Datuk/ Dato’ / Datin / Dr./Tuan / Puan,

 

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa pelantikan Syarikat Takaful Malaysia Berhad sebagai syarikat penanggung insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian di bawah Takaful My Ar-Rehlah telah tamat pada 31 Disember 2018 yang lalu (surat edaran; JPA (S) 187/20 Jld.16 (41) dan sehingga kini kerajaan masih belum melantik mana-mana syarikat sebagai penanggung insurans kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

 

  1. Oleh yang demikian, pegawai / kakitangan yang memohon untuk ke luar negara perlu mendapatkan pelindungan insuran kesihatan dengan membeli insuran sendiri dari agen insuran yang lain. Insuran ini perlu ditanggung sendiri oleh YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Dr./Tuan / Puan.

 

  1. Segala perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/ Dato’ / Datin / Dr./Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Sherilyn Emariza Shariffuddin

Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan)

 

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.1.2019

Perkara : 5 Ways To Spot Fake Emails

 

 

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.1.2019

Perkara : Hebahan Berkala Bil.1/2019 Dibawah Program Pengukuhan Integriti PKPMP

 

 dan Selamat Sejahtera

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

 

Dipanjangkan untuk makluman semua.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel    : 03-62094042

Faks : 03-62094040

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way"

From: Unit Integriti
Sent: Thursday, January 10, 2019 11:16 AM
To: Pengarah Mahkamah Sesyen; Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi; Penolong Pendaftar; Penolong Pegawai Tadbir; Pembantu Tadbir Undang-Undang; Pembantu Tadbir Kewangan; Setiausaha / Pembantu Khas; Jurubahasa; Juruteknik Komputer; Pembantu Akauntan; Pembantu Tadbir (P/O) Kanan; Penolong Pegawai Teknologi Maklumat; Ketua-ketua Bahagian di Istana Kehakiman; Perpustakaan Istana Kehakiman
Subject: HEBAHAN BERKALA BIL.1/2019 DIBAWAH PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PKPMP

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...,

 

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan  hormatnya perkara diatas dirujuk..

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan Slide Hebahan Bulanan Bil.1/2019  bagi Program Pengukuhan Integriti PKPMP untuk makluman YBhg. Dato’ Sri /Datuk /Dato’ / Datin /Tuan/ Puan

Sekian, terima kasih. 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Unit Integriti

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Putrajaya

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.1.2019

Perkara : [Perhatian] Cubaan Spam Kepada Pengguna Emel Kehakiman

 

Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Para Pengguna E-mel Kehakiman.gov.my Yang Dihormati,

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan.

 

2. Pihak kami  menerima aduan daripada pengguna yang  menerima emel  seperti emel di lampiran. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa kami TIDAK PERNAH menghantar emel sedemikian.

 

3. Untuk makluman Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, emel tersebut adalah satu teknik  yang dikenali sebagai “ phishing”. Teknik ini digunakan oleh pihak luar untuk mencuri  maklumat pengguna.  Teknik ini adalah BAHAYA kepada pengguna, kerana emel pegguna akan terdedah kepada pencerobohan dan di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu di pohon pengguna emel kehakiman dinasihatkan supaya menghapuskan emel tersebut dari  mailbox dan dinasihatkan untuk menukar password emel sekiranya Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri /Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan menggunakan password asal yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.

4. Sekiranya Y.A.A./Y.A./Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan telah mengemaskini maklumat seperti yang di arahkan dalam emel yang dilampirkan, di pohon menukar password emel dengan segera bagi mengelakkan emel di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi helpdesk Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03-88809405.

 

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Pentadbir e-Mel Kehakiman

Unit Operasi, Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3

62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya

( +603 8880 9405     6  +603 8880 4106

* pentadbiremel@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 8.1.19

Perkara : Jemputan Menghadiri Sesi E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Pada 15 & 16 April 2019 (Selasa & Rabu)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan MKL akan mengadakan sesi e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) mengikut ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh           :          15 & 16 Januari 2019 (Selasa & Rabu)

Masa             :          Sesi Pagi      -  9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                                 Sesi Petang -  2.30 – 4.30 petang

Tempat          :         Bilik Latihan IT, Aras 7    

                                 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

3. Sehubungan itu, [klik]  senarai peserta yang dicalonkan seperti Lampiran di kehendaki hadir ke sesi tersebut. Sekiranya  terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shafiq Affendy bin Abu Sujak di samb. 2028 atau Pn. Nuryusma binti Mohamad Yusof di samb. 2026.

 

4. Kerjasama penyelia adalah dipohon untuk menyampaikan perkara ini kepada kakitangan dibawah seliaan (yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan). Segala keprihatinan dan kehadiran Tuan /Puan dalam menjayakan sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

MOHD. SHAFIQ AFFENDDY BIN ABU SUJAK

Pembantu Tadbir (P/O) N19

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

( 03-6209 20286 03-6209 4040  | * shafiqaffenddy@kehakiman.gov.my

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 8.1.2019

Perkara : Hebahan Mengenai Temuramah Bersama Ybrs Tuan Azhaniz Teh Bin Azman Teh Dan Tuan Mohd. Aizuddin Bin Zolkeply Di Slot Selamat Pagi Malaysia Saluran RTM 1 Bersempena Pembukaan Tahun Perundangan 2019

 

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan Pembukaan Tahun Perundangan 2019 yang akan diadakan pada 11 Januari 2019 di Marriott Putrajaya Hotel, YBrs Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat  dan Tuan Mohd Aizuddin bin Zolkeply, Pegawai Khas (Perhubungan) kepada Ketua Hakim Negara akan bersiaran secara langsung dalam slot SELAMAT PAGI MALAYSIA  menerusi saluran RTM 1 seperti ketetapan berikut:

 

3. Sehubungan itu, YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan adalah dengan hormat dijemput untuk menonton program tersebut jika berkelapangan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan amanah,

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

E-mel: komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.1.2019

Perkara : Hebahan Buletin Perpustakaan PKPMP Edisi 2018 Julai - Disember

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Untuk makluman, e-Buletin Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) Istana Kehakiman Bil.2/2018 telah dimuatnaik di Portal Perpustakaan. Untuk membaca buletin tersebut, sila klik URL berikut :

 

http://library.kehakiman.gov.my/digital/E-Buletin/e-Buletin%20Julai%20-%20Disember.pdf

 

atau layari Portal Perpustakaan PKPMP di http://library.kehakiman.gov.my

 

Selamat membaca. 

 

Sekian, terima kasih.

 

ARIZA BINTI AWANG

Penolong Pustakawan

Unit Perpustakaan

Mahkamah Kuala Lumpur

No. Tel.: 03-62094009

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.1.2019

Perkara : Pertukaran Resident Engineer (RE) Big Data Sdn Bhd ( CRT )

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertukaran Resident Engineer (RE) untuk sistem CRT seperti senarai dibawah berkuatkuasa pada 2hb Januari 2019. Ini adalah selaras dengan polisi Syarikat Big Data Technology Sdn Bhd yang membuka peluang kepada semua kakitangan teknikal Big Data untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman. Pertukaran ini juga sebagai langkah penambahbaikan mutu perkhidmatan Big Data.

 

Berikut adalah senarai lokasi & Resident Engineer terlibat

 

KM Kuala Lumpur

RE sedia ada : 

1) Ismail Bin Abdul Shukor 

2) Khairul Azwan Khairazi

 

RE Gantian 1 : Muhammad Arif Bin Mohamad Hidayat

No Tel : 019-3431231

Email : arif@big-data.my

 

RE Gantian 2 : Muhammad Omar Aidil Bin Samsudin

No Tel : 011-39760944

Email : omar@big-data.my

 

Mohon hubungi RE yang baru tersebut jika terdapat sebarang masalah berkaitan CRT.

 

Sekian Terima Kasih.

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.1.2019

Perkara : Pemakluman Perpindahan Penempatan Mahkamah Bagi Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penghawa Dingin Jenis VRF Di Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan, kerja-kerja penggantian sistem penghawa dingin jenis VRF akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 di seluruh Mahkamah Tinggi / Sesyen / Majistret dan tempat-tempat lain yang terlibat.

 

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ /Dr, / Tuan / Puan untuk mengambil maklum kedudukan perpindahan mahkamah semasa proses kerja-kerja tersebut dijalankan. Persediaan pemindahan tersebut hendaklah dibuat awal sebelum tarikh penggantian VRF mengikut [klik] jadual seperti di Lampiran. Oleh demikian, diminta supaya pegawai dan kakitangan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut :-

3.1  memastikan semua almari / locker / laci meja / kabinet besi hendaklah dikunci;

3.2  memastikan tiada fail atau dokumen terperingkat di dalam kamar hakim dan mahkamah terbuka;

3.3  memastikan semua punca kuasa peralatan elektrik ditutup sebelum berpindah keluar ke mahkamah yang telah ditetapkan;

3.4  bilik simpanan barang kes hendaklah dikosong;

3.5  segala urusan pengalihan fail / dokumen adalah dibawah tanggungjawab pegawai/kakitangan mahkamah masing-masing; dan

3.6 sebarang pergerakan aset alih tidak dibenarkan.

(sekiranya keadaan mendesak permohonan bagi pergerakan aset boleh dikemukakan kepada Unit Aset dan Unit IT MKL)

 

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan boleh berhubung terus kepada:

4.1       Encik Kamalul Arifin bin Jaffar Sidik            - 03-6209 4035

4.2       Encik Shafiq Azad Khan b. Jamak Khan     - 03-6209 4666

 

Segala perhatian dan tindakan YBhg. Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.1.2019

Perkara : Info HRMIS : MyHRMIS EGL

 

YBhg Dato’/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan, 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.1.2019

Perkara : Info IT Bil. 7 Tahun 2018

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

 

Bersama-sama ini dipanjangkan Info IT Bil.7/2018 sebagai makluman YBhg Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.

 

Melayu