Berita / Maklumat Terkini Kesma 2019/20

 

Tarikh : 29.5.2019

Perkara : Penyerahan Wang Derma kepada adik Cempaka

Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Tuan Ahmad Kamar Bin Jamaludin, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur dan Pengerusi KESMA Tuan Zamri bin Bakar kepada Ayah adik Cempaka Nur Edriana iaitu Encik Ahmad Zulfahmi bin Ramli (Pembantu Operasi) Bahagian Bilik Fail Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur. Adik Cempaka menghidap penyakit kanser darah leukimia (Acute Lymphoblastic Leukemia B-Cell) sejak berusia 1 tahun dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 27.5.2019

Perkara : KESMA : Ramadan Kareem - Perlukan Bantuan?

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

Sempena Ramadan ini, KESMA ada menerima sumbangan infaq/ sedekah daripada warga/ pengunjung Mahkamah Kuala Lumpur. KESMA memohon bantuan semua pihak untuk membantu mengenal pasti sesiapa sahaja di kalangan warga Mahkamah Kuala Lumpur yang mengalami kesusahan (tanngungan anak yatim, tanggungan anak ramai, mereka yang cuti tanpa gaji/separa gaji kerana masalah kesihatan/ jaga ahli keluarag terdekat yang sakit), silalah kongsikang maklumat anda/ hubungi kami di KESMA (mana-mana ajk) termasuk boleh juga hubungi wakil kuitpan yuran KESMA, CC atau ketua Bahagian/Unit masing-masing.

 

Maklumat anda juga dikira sebagai jariah kerana membantu bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.

KESMA

______________________________________________________________________________

Tarikh : 24.5.2019

Perkara : Kad Raya Dan Sampul Serbaguna Edisi Terhad

 

 

MOHD KAMARUL AZMAN B. OTHMAN

BIRO PUBLISITI

KESMA 2019/2020

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 24.5.2019

Perkara : Infaq : Adik Cempaka

 

KESMA 2019/2020

____________________________________________________________________________

Tarikh : 13.5.2019

Perkara : KESMA - Kaji selidik tambah baik jualan kafetaria Mahkamah KL

 

Warga Kerja Mahkamah Kuala Lumpur yang dihormati,

 

Sukacita tuan/puan dijemput untuk memberikan maklum balas/ cadangan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh KESMA di lautan di bawah, bagi membantu pihak pengurusan mengenal pasti usaha yang boleh/perlu dilakukan untuk menambah baik kualiti kafetaria di Mahkamah Kuala Lumpur.

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfy8UaBPJAEjya6Gss6dKpUvmkW7IBm4BAr9PRA0RKggFs7ww/viewform

 

Sekian, terima kasih.

 

KESMA 2019/2020

______________________________________________________________________________

Tarikh : 10.5.2019

Perkara : KESMA - Apa Yang Anda Ingin KESMA Bantu?

 

KESMA sedang membuat kaji selidik awal/ tidak rasmi berkaitan apa yang perlu KESMA bantu dari segi kebajikan warganya. KESMA menjemput seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur untuk menjawab 1 soalan sahaja di link ini  https://www.surveymonkey.com/r/MHSHF3F

 

(di bawah adalah imej contoh 1 soalan kaji selidik tersebut)

 

 

Sekian, terima kasih

KESMA 2019/2020

 

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 10.5.2019

Perkara : Kelab Sukan & Kebajikan Mahkamah Putrajaya - Jumbo Sale Raya: 23 & 24 Mei 2019

 

YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Putrajaya (KSKMP) akan menganjurkan Jumbo Sale Raya berdasarkan ketetapan berikut:

 

Tempat     :        Lobi Istana Kehakiman

Tarikh       :        23 dan 24 Mei 2019

Masa         :        10.00 pagi hingga 3.00 petang.

 


 

3. Penyertaan gerai jualan dibuka bagi semua ahli dan bukan ahli KSKMP dengan kadar sewaan tapak sebanyak:

 

Ahli KSKMP               -        RM 30.00

Bukan Ahli KSKMP   -        RM 50.00

 

4. Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Urusetia gerai jualan seperti berikut:

 

Sambungan 9502 (Aisyah)

Sambungan 9405 (Hilmi)

Sambungan 3866 (Syahida)

 

5. Disertakan bersama-sama ini Borang Penyertaan Gerai Jualan bagi yang berminat. Borang Penyertaan dan bayaran hendaklah diserahkan kepada Urusetia selewat-lewatnya pada 17 Mei 2019.


Sekian terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

NIK MUHAMMAD AZRIN HAFIZ BIN NIK MAHMOOD

Setiausaha

Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Putrajaya

Sesi 2019 / 2020

Tel: 03-8880 3663

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 2.5.2019

Perkara : Makluman Terkini Mengenai Keadaan Kesihatan Ybrs. Puan Sabariah Binti Atan, Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan

 

 

PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

JUDICIAL AND LEGAL SERVICE OFFICERS’ ASSOCIATION (JALSOA)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg./ YB/ YM/ YBrs./ Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ To’ Puan/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa YBrs. Puan Sabariah binti Atan, Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.

 

3. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita mendoakan semoga Allah S.W.T akan memberikan perlindungan, kesejahteraan dan keringanan kepada YBrs. Puan Sabariah binti Atan dan semoga beliau akan kembali sihat dan sembuh seperti sedia kala. Aamiin Ya Rabbal A’lamin.

 

Sekian untuk makluman YBhg./ YB/ YM/ YBrs./ Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ To’ Puan/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.

 

Terima kasih.

 

Ahli Jawatankuasa Eksekutif JALSOA Sesi 2018/2020

___________________________________________________________________________

Tarikh : 29.4.2019

Perkara : Pembayaran Yuran Bulanan Kesma Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’/Dr./Tuan/puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sepertimana semua sedia maklum, Pegawai dan Kakitangan Tetap, Kontrak dan Sambilan yang bertugas di Mahkamah Kuala Lumpur adalah ahli biasa KESMA. Ini selaras dengan Fasal 4(1)A, Perlembagaan KESMA yang menyatakan –

 

“Ahli Biasa adalah Pegawai dan Kakitangan Tetap, Kontrak dan Sambilan yang bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur…”

 

3. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua Ahli untuk menjelaskan yuran bulanan KESMA mengikut kadar sepertimana yang telah ditetapkan.  Merujuk kepada Fasal 6, Perlembagaan KESMA, kadar yuran bulanan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

 

GRED

KADAR (RM)

Gred Utama B dan ke atas

RM20

Gred Utama dan Khas C

RM15

Gred 41 – Gred 54

RM10

Gred 23 – Gred 38

RM5

Gred 17 – Gred 22

RM3

Gred 1 – Gred 16

RM2

 

4. Bagi tujuan tersebut di atas, wakil-wakil Bendahari KESMA (Treasurer Representatives) telah dilantik bagi memudahkan YBhg. Dato’/Dr./Tuan/puan untuk menjelaskan yuran tersebut. Berikut adalah senarai Treasurer Representatives untuk rujukan YBhg. Dato’/Dr./Tuan/puan jua:

 

 

BIL.

BAHAGIAN/UNIT

NAMA

TALIAN SAMBUNGAN

1.

Pengurusan/Pejabat Pengarah

Pn Nor Solehah binti Abdul Rahman

2221

2.

Mahkamah Majistret Jenayah

Pn Nur Farahain binti Roslan

4522

3.

Mahkamah Majistret Sivil

Pn Maziah Mohamad

4895

En Mohd Hasri bin Mohd Yusoff

4890

4.

Mahkamah Sesyen Jenayah

Pn Nor Akmar binti Mustapha Ali

4216

5.

Mahkamah Sesyen Sivil

Pn Azira binti Lani

2115

6.

Mahkamah Tinggi Dagang

Pn Hasnita binti Abdul Haling

4069

Pn Aida Zahareena bt Anuar

4404

7.

Mahkamah Tinggi Jenayah

En Amin Rafiq b Badrul Amin

4606

8.

Mahkamah Tinggi Kebankrapan

Pn Lee Hong Shi

4353

9.

Mahkamah Tinggi Keluarga

Pn Fairuz Salim

4428

10.

Mahkamah Tinggi Pembinaan

Pn Nurul Fathihah binti Md Salleh

4183

11.

Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa khas

En Noor Hisam bt Ahmad

4489

12.

Mahkamah Tinggi Sivil

En Khairi Irwan b. Wahab

4642

13.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Mati

Tn Abdul Hakim B Ab Keram @ Ab Karem

4438

14.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Wakil

Pn Fizatun Niza binti Hj Ghalib

4543

15.

Pusat Mediasi

Pn Fatin Hamim binti Riduan

4381

16.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah

Pn Nabilla binti Md Yusof

4945

17.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Sivil

Pn Zurainah binti Rohani

2069

18.

Mahkamah Tinggi Pelaksanaan

En Badrul Ridzuan b Mohad Zahri

4464

 

5. Sesungguhnya segala keprihatinan dan kerjasama YBhg. Dato’/Dr./Tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

BENDAHARI

Kelab Sukan, Kebajikan & Rekreasi (KESMA) 2019-2020

______________________________________________________________________________

Tarikh : 25.4.2019

Perkara : RAYUAN KUTIPAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS UNTUK KEBAJIKAN PESAKIT KANSER ADIK CEMPAKA NUR EDRIANA  BINTI AHMAD ZULFAHMI

RAYUAN KUTIPAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS

UNTUK KEBAJIKAN PESAKIT KANSER ADIK CEMPAKA NUR EDRIANA  BINTI AHMAD ZULFAHMI,

BAYI KEPADA ENCIK AHMAD ZULFAHMI BIN RAMLI, PEMBANTU OPERASI DI BILIK FAIL MAHKAMAH TINGGI BAHAGIAN SIVIL

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

            Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur “KESMA” ingin berkongsi kisah dugaan yang menimpa adik Cempaka Nur Edriana Binti Ahmad Zulfahmi (2 tahun) iaitu bayi kepada Encik Ahmad Zulfahmi Bin Ramli, Pembantu Operasi yang bertugas di Bilik Fail Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

 

            Adik Cempaka telah menghidapi penyakit kanser darah leukemia (Acute Lymphoblastic Leukemia B-Cell) sejak berusia 1 tahun. Sejak itu, adik Cempaka telah menjalani beberapa siri rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur. Dalam usia yang sangat muda, bayi ini bukan sahaja bertarung dengan kesakitan akibat sel kanser yang menyerang tubuhnya malahan terpaksa menanggung kesakitan akibat kesan dos kemoterapi yang dijalaninya dan beberapa ujian makmal termasuk ujian air tulang sumsum yang menyakitkan.   Setiap saat yang dilalui oleh si kecil ini adalah satu pertarungan besar untuknya. Hospital dan wad pula bagaikan telah menjadi rumah kedua bagi bayi ini. Anak ini terpaksa menetap di dalam wad sehingga 2 minggu setiap kali rawatan kemoterapi dijalankan. Maka, si ayah terpaksa kerap mengambil cuti bagi menemani Cempaka pada setiap sesi rawatan.

 

     Memandangan isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, pasangan ibu bapa ini bukan sahaja bertarung dengan emosi, masa, tenaga dalam menjaga anak yang sakit, malah isu wang ringgit turut menjadi kerisauan utama mereka. Keadaan kos sara hidup yang tinggi dan kos berulang-alik ke hospital amat memberi tekanan kepada mereka. Bagi menampung perbelanjaan anak mereka, Encik Ahmad Zulfahmi terpaksa melakukan kerja tambahan untuk menambah sumber pendapatan dan turut dibantu oleh isteri beliau yang menjalankan perniagaan makanan (homemade food).

 

Untuk makluman, adik Cempaka ini merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Ahmad Zulfahmi dan isteri. Anak pertama mereka, telah kembali ke pangkuan Ilahi sejak di usia bayi lagi. Begitu hebat dugaan pasangan suami isteri ini dan kini, mereka diuji sekali lagi dengan serangan kanser ke atas bayi kedua pula.

            Justeru, KESMA menyeru seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur yang berhati murni dan budiman, untuk turut sama membantu, menghulur tangan, memberi sokongan dan sumbangan untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh sahabat kita, Encik Ahmad Zulfahmi. Semoga dengan keikhlasan bantuan dan sokongan kita semua,  adik Cempaka akan sentiasa ceria dan selesa serta  Encik Ahmad Zulfahmi sekeluarga lebih kuat dalam menghadapi ujian ini.

 

            Semua bentuk sumbangan boleh terus disalurkan terus ke akaun Encik Ahmad Zulfahmi Bin Ramli, akaun CIMB Bank No.7002-8047-40 atau dengan menghubungi beliau di talian 012-225 4146. Sokongan motivasi, doa dan semangat juga amat diperlukan. Sokongan juga boleh diberikan dalam bentuk tempahan makanan menerusi perniagaan isteri beliau di laman facebook beliau, https://www.facebook.com/zetty.siti . Sumbangan juga boleh diwakilkan kepada mana-mana AJK Kesma atau kepada pegawai-pegawai penyelia masing-masing (untuk dikumpulkan dan diserahkan kepada Encik Ashraf Rezal Bin Abdul Manan, Timbalan Pendaftar Bahagian Dagang).

     

 

 

KESMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sumbangan dan sokongan Datuk/ Dato’/ Datin/Tuan/ Puan dan KESMA turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Cempaka sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua pada 31 Mac 2019 baru-baru ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Biro Kebajikan & Agama

KESMA 2019/2020

 

#CANCERfighter

#fightwithCempaka

#KESMApeduli

#bersamaberpimpinanmembuatkebaikan

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 24.4.2019

Perkara : Takziah Daripada Kesma - Makluman Mengenai Pemergian Bonda Kepada YA Tuan Azizul Azmi Bin Adnan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dukacita dan dengan pilu  dimaklumkan bahawa BONDA kepada YA TUAN AZIZUL AZMI BIN ADNAN, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Dagang NCC 6) 

telah meninggal dunia pada 23 April 2019, malam tadi. 

 

Oleh itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada almarhumah bonda beliau. Moga diampunkan, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

 

Amin...Ya Rabbal A’lamin. AL-FATIHAH.

 

Ikhlas daripada,

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN REKREASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR

2019/2020

___________________________________________________________________________________

Tarikh : 23.4.2019

Perkara : Takziah Daripada Kesma : Makluman Mengenai Pemergian Abang Kepada Tuan Firdaus Sidqi Bin Sharil Azli (Timbalan Pendaftar Bahagian Kuasa-Kuasa Khas) Dan Abang Ipar Kepada Puan Husna Binti Dzulkifly (Timbalan Pendaftar Unit Kebankrapan)

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa ABANG kepada TUAN FIRDAUS SIDQI BIN SHARIL AZLI (TIMBALAN PENDAFTAR BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) DAN ABANG IPAR KEPADA PUAN HUSNA BINTI DZULKIFLY (TIMBALAN PENDAFTAR UNIT KEBANKRAPAN) telah meninggal dunia pada 22 April 2019, jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Oleh itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga diampunkan dosa-dosanya, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin dan syuhada.

 

Amin...Ya Rabbal A’lamin. AL-FATIHAH.

 

Ikhlas daripada,

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN REKREASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR

2019/2020

 

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 21.4.2019

Perkara : Makluman Pemergian Anak Kepada Ybrs. Tuan Zamri Bin Bakar, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

 

YAA / YA / YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  

  1. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa anak perempuan kepada YBrs. Tuan Zamri bin Bakar, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Mahkota selepas waktu zohor hari ini.

 

  1. Sehubungan dengan berita sedih ini, seluruh warga kehakiman ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada YBrs. Tuan Zamri bin Bakar dan kaum keluarga seterusnya marilah bersama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

 

Sekian untuk makluman YAA / YA / YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

 

Terima kasih.

 

Yang menjalankan amanah,

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Istana Kehakiman

Putrajaya, MALAYSIA

 

Tarikh:            21 April 2019

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 11.4.2019

Perkara : Rayuan Sumbangan Infaq Sempena Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1440H

 

Ybhg. Tan Sri/Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya diarah  merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Bersama-sama dengan ini disertakan surat memohon sumbangan daripada  Maahad Tahfiz Al-Quran As-Syaafi yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian semua Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur yang beragama islam. Borang untuk tujuan sumbangan tahlil/tadarus al-quran turut disertakan bersama-sama surat tersebut.


Terima kasih.

 

Biro Agama dan Kebajikan

Kesma 2019/2020

______________________________________________________________________________

Tarikh : 8.4.2019

Perkara : RALAT : MAKLUMAN KEAHLIAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KESMA 2019/2020 & PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KECIL KUTIPAN YURAN BULANAN

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KESMA kali ke-7 bagi sesi 2019/2020 telahpun diadakan dengan jayanya pada 1 Mac 2019 yang lalu.  Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai Ahli Jawatankuasa KESMA dan Juruaudit bagi sesi 2019/2020 untuk perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan jua.

 

3. Berdasarkan keputusan dan persetujuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KESMA kali ke-7 yang lalu, telah menetapkan bahawa keahlian KESMA adalah secara AUTOMATIK bagi seluruh pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di MKL. Justeru, bagi membantu KESMA dalam menganjurkan program dan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga MKL khususnya, bersama-sama ini disertakan kadar yuran keahlian seperti berikut:

 

BIL.

PERKARA

KADAR BAYARAN

1.

Yuran Pendaftaran

RM10.00

2.

Yuran Bulanan Gred JUSA B

RM20.00

3.

Yuran Bulanan Gred JUSA C

RM15.00

4.

Yuran Bulanan Gred 41 - 54

RM10.00

5.

Yuran Bulanan Gred 23 - 38

RM5.00

6.

Yuran Bulanan Gred 17 - 22

RM3.00

7.

Yuran Bulanan Gred 1 - 16

RM2.00

 

4. Justeru, disenaraikan jua wakil-wakil yang dilantik dalam menjalankan tanggungjawab untuk membuat kutipan yuran bulanan sebelum diserahkan kepada Bendahari/Penolong Bendahari KESMA mengikut bahagian/unit seperti berikut:

 

BIL.

BAHAGIAN/UNIT

NAMA

TALIAN SAMBUNGAN

1.

Pengurusan/Pejabat Pengarah

Pn Nor Solehah binti Abdul Rahman

2221

2.

Mahkamah Majistret Jenayah

 Pn Nur Farahain binti Roslan

4522

3.

Mahkamah Majistret Sivil

Pn Maziah Mohamad

4895

En Mohd Hasri bin Mohd Yusoff

4890

4.

Mahkamah Sesyen Jenayah

Pn Nor Akmar binti Mustapha Ali

4216

5.

Mahkamah Sesyen Sivil

Pn Azira binti Lani

2115

6.

Mahkamah Tinggi Dagang

Pn Hasnita binti Abdul Haling

4069

Pn Aida Zahareena bt Anuar

4404

7.

Mahkamah Tinggi Jenayah

 En Amin Rafiq b Badrul Amin

4606

8.

Mahkamah Tinggi Kebankrapan

Pn Lee Hong Shi

4353

9.

Mahkamah Tinggi Keluarga

Pn. Fairuz bt Salim

4428

10.

Mahkamah Tinggi Pembinaan

Pn Nurul Fathihah binti Md Salleh

4183

11.

Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa khas

En Noor Hisam bt Ahmad

4489

12.

Mahkamah Tinggi Sivil

En. Khairi Irwan b. Wahab

4642

13.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Mati

Tn Abdul Hakim B Ab Keram @ Ab Karem

4438

14.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Wakil

Pn Fizatun Niza binti Hj Ghalib

4543

15.

Pusat Mediasi

Pn Fatin Hamim binti Riduan

4381

16.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah

Pn Nabilla binti Md Yusof

4945

17.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Sivil

Pn Zurainah binti Rohani

2069

18.

Mahkamah Tinggi Pelaksanaan

En Badrul Ridzuan b Mohad Zahri

4464

 

5. Sesungguhnya segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Bendahari KESMA 2019/2020

Mahkamah Kuala Lumpur

 

______________________________________________________________________________

Tarikh : 4.4.2019

Perkara : Pemakluman Berhubung Ahli Jawatankuasa Kesma 2019/2020 Serta Kutipan Yuran Bulanan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

MAKLUMAN KEAHLIAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KESMA 2019/2020 & PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KECIL KUTIPAN YURAN BULANAN

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KESMA kali ke-7 bagi sesi 2019/2020 telahpun diadakan dengan jayanya pada 1 Mac 2019 yang lalu.  Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai Ahli Jawatankuasa KESMA dan Juruaudit bagi sesi 2019/2020 untuk perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan jua.

 

3. Berdasarkan keputusan dan persetujuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KESMA kali ke-7 yang lalu, telah menetapkan bahawa keahlian KESMA adalah secara AUTOMATIK bagi seluruh pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di MKL. Justeru, bagi membantu KESMA dalam menganjurkan program dan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga MKL khususnya, bersama-sama ini disertakan kadar yuran keahlian seperti berikut:

 

 

BIL.

PERKARA

KADAR BAYARAN

1.

Yuran Pendaftaran

RM10.00

2.

Yuran Bulanan Gred JUSA B

RM20.00

3.

Yuran Bulanan Gred JUSA C

RM15.00

4.

Yuran Bulanan Gred 41 - 54

RM10.00

5.

Yuran Bulanan Gred 23 - 38

RM5.00

6.

Yuran Bulanan Gred 17 - 22

RM3.00

7.

Yuran Bulanan Gred 1 - 16

RM2.00

 

4. Justeru, disenaraikan jua wakil-wakil yang dilantik dalam menjalankan tanggungjawab untuk membuat kutipan yuran bulanan sebelum diserahkan kepada Bendahari/Penolong Bendahari KESMA mengikut bahagian/unit seperti berikut:

 

BIL.

BAHAGIAN/UNIT

NAMA

TALIAN SAMBUNGAN

1.

Pengurusan/Pejabat Pengarah

Pn Nor Solehah binti Abdul Rahman

2221

2.

Mahkamah Majistret Jenayah

 Pn Nur Farahain binti Roslan

4522

3.

Mahkamah Majistret Sivil

Pn Maziah Mohamad

4895

En Mohd Hasri bin Mohd Yusoff

4890

4.

Mahkamah Sesyen Jenayah

Pn Nor Akmar binti Mustapha Ali

4291

5.

Mahkamah Sesyen Sivil

Pn Azira binti Lani

2115

6.

Mahkamah Tinggi Dagang

Pn Hasnita binti Abdul Haling

4069

Pn Aida Zahareena bt Anuar

4404

7.

Mahkamah Tinggi Jenayah

 En Amin Rafiq b Badrul Amin

4606

8.

Mahkamah Tinggi Kebankrapan

Pn Lee Hong Shi

4353

9.

Mahkamah Tinggi Keluarga

En Fairuz Salim

4428

10.

Mahkamah Tinggi Pembinaan

Pn Nurul Fathihah binti Md Salleh

4183

11.

Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa khas

En Noor Hisam bt Ahmad

4489

12.

Mahkamah Tinggi Sivil

En. Khairi Irwan b. Wahab

4642

13.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Mati

Tn Abdul Hakim B Ab Keram @ Ab Karem

4438

14.

Mahkamah Tinggi Surat Kuasa Wakil

Pn Fizatun Niza binti Hj Ghalib

4543

15.

Pusat Mediasi

Pn Fatin Hamim binti Riduan

4381

16.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah

Pn Nabilla binti Md Yusof

4945

17.

Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret Sivil

Pn Zurainah binti Rohani

2069

18.

Mahkamah Tinggi Pelaksanaan

En Badrul Ridzuan b Mohad Zahri

4464

 

  1. Sesungguhnya segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.

 

Bendahari KESMA 2019/2020

Mahkamah Kuala Lumpur

______________________________________________

Tarikh : 2.4.2019

Perkara : Pembedahan Ke Atas Encik Mohd Noor B. Ismail, PTUU Unit Kebankrapan MTKL

 

Datuk/ Dato’/ Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan, Encik Mohd Noor B. Ismail, PTUU di Unit Kebankrapan MTKL akan menjalani pembedahan angiogram jantung di PPUM pada hari ini. KESMA menyeru seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur untuk turut bersama menadah tangan mendoakan kejayaan pembedahan ini dan untuk kesembuhan yang segera ke atas beliau. Untuk kata semangat/ motivasi atau sebarang bantuan lain, boleh hubungi beliau di 012-354 9330 (whatsapp dll).

 

KESMA

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 30.3.2019

Perkara : Ucapan Tahniah Kepada Pegawai & Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur Yang Merangkul Anugerah Khas Tahun 2018

 

KESMA dan seluruh warga kerja Mahkamah Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

 

  1. Encik Mohd Radzi Bin Hamid (Anugerah Kakitangan Cemerlang Tahun 2018), 
  2. Puan Nor Azizah Binti Abu Bakar (Anugerah Pengurusan Cemerlang Tahun 2018) dan
  3. Tuan Ho Kwong Chin (Anugerah Majistret Cemerlang Tahun 2018)

 

  atas kejayaan merangkul Anugerah Khas peringkat PKPMP pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 yang berlangsung hari ini.


Kejayaan tuan/puan adalah kebangaan kami seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur. Semoga ia mencetus semangat dan motivasi kepada kami untuk terus memacu kejayaan.

 

Biro Agama dan Kebajikan

Kesma 2019/2020

______________________________________________________________________________

Tarikh : 29.3.2019

Perkara : Takziah Daripada Kesma : Makluman Mengenai Pemergian Abang Kepada Encik Mohd Jamal Bin Othman (Pembantu Operasi Di Kaunter Bayaran) & Encik Mohd Jamil Bin Othman (Odeli Kepada Ya Dato Ahmad Zaidi, NCVC6)

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa ABANG kepada dua kakitangan kembar ENCIK MOHD JAMAL BIN OTHMAN (PEMBANTU OPERASI DI KAUNTER BAYARAN) & ENCIK MOHD JAMIL BIN OTHMAN (ODELI KEPADA YA DATO AHMAD ZAIDI, NCVC6) telah meninggal dunia.

 

Oleh itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga diampunkan dosa-dosanya, rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin dan syuhada.

 

Amin...Ya Rabbal A’lamin. AL-FATIHAH.

 

Sekian dimaklumkan,

 

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

KESMA 2019/2020

______________________________________________________________________________

Tarikh : 26.3.2019

Perkara : Kutipan Sumbangan Khas

 

RAYUAN KUTIPAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS

UNTUK KEBAJIKAN BAYI KEPADA PUAN NOORBAIZURA BT HASSAN, PTPO DI MAHKAMAH TINGGI INSOLVENSI (BAHAGIAN DAGANG) KUALA LUMPUR

 

            Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur “KESMA”, telah dimaklumkan akan masalah kesihatan yang menimpa bayi kepada Puan Noorbaizura bt Hassan, PTPO di Mahkamah Tinggil Insolvensi (Bahagian Dagang) Kuala Lumpur. Bayi ini, adik Muhammad Adam Farhan, telah dilahirkan pramatang (kerana masalah komplikasi sewaktu dalam kandungan) pada 10 Disember 2018 lalu. Sejak dilahirkan, bayi comel ini telah ditempatkan di dalam wad jagaan rapi (NICU) di Hospital Kuala Lumpur sehingga ke hari ini. Terkini, bayi comel ini mengalami jangkitan kuman pada jantung dan paru-paru. Pembedahan telah dijalankan ke atas bayi kecil ini, namun oleh kerana tubuh badan dan sistem organ dalaman yang masih terlalu muda, pembedahan tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Bayi kecil ini terpaksa menjalani lagi siri pembedahan yang lain.

 

            Buat si ibu Puan Noorbaizura, keadaan kesihatan bayinya sangat meruntun jiwanya sekeluarga. Si ibu terpaksa berulang-alik menemani bayi kecil ini di NICU pada setiap hari (daripada rumahnya di Kuarters Jalan Duta ke Hospital Kuala Lumpur), seawal waktu subuh dan hanya pulang pada lewat malam hari. Si ibu telah menggunakan peruntukan cuti rehat dan cuti bersalin nya (cuti bergaji) sepenuhnya. Namun, si bayi masih bergelut di dalam wad NICU dan si ibu masih perlu berulang-alik menemaninya setiap hari. Kini, si ibu terpaksa pula bercuti separuh gaji mulai 11 Mac hingga 6 September 2019. (Jika keadaan masih berterusan, si ibu akan terpaksa pula mengambil cuti tanpa gaji).

 

            Si Ibu, bersama suaminya masih perlu menyara 3 lagi anak yang masih bersekolah (Tingkatan 3, Darjah 3 dan Darjah 6). Si suami bekerja sebagai pembantu jualan. Dengan keadaan pendapatan mereka sekeluarga (separuh gaji) yang terbatas dan kos perbelanjaan harian yang meningkat, ia telah memberi kesan kepada kehidupan mereka sekeluarga. Tinjauan wakil KESMA baru-baru ini mendapati, keadaan mereka sekeluarga sangat memerlukan bantuan kita semua.

            Atas dasar kasih sayang, simpati dan prihatin, KESMA mengetuk pintu-pintu hati budiman Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sekalian, untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada si ibu.

 

            Semua bantuan adalah sangat diperlukan seperti wang tunai, (termasuk sokongan moral/motivasi, pengangkutan logistik, doa dsb). KESMA menyarankan agar sumbangan wang tunai boleh terus disampaikan kepada si ibu sendiri dengan menghubunginya di talian 012-241 3658 atau ke akaun bank beliau Maybank 1643-6060-1581.

 

            Pada kesempatan ini, KESMA juga menyeru kepada semua warga Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyalurkan sebarang maklumat masalah kebajikan mana-mana warga kerja di mahkamah ini kepada pihak KESMA untuk tujuan bantuan.

 

            KESMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sumbangan dan sokongan Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Biro Kebajikan & Agama

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA)

 

______________

*Untuk semakan pengesahan maklumat di atas, boleh hubungi pegawai penyelia beliau Encik Ashraf Rezal Bin Abdul Manan, Timbalan Pendaftar Unit Hakim Penyelia Bahagian Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di ashraf@kehakiman.gov.my, 013-3747 184 atau 03-6209 4941.

______________________________________________________________________________

Tarikh : 19.3.2019

Perkara : Takziah Daripada KESMA : Makluman Mengenai Pemergian Ayah Kepada Encik Mohd Yazid Bin Baharon Pembantu Operasi Di Bahagian Kuasa-Kuasa Khas

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa AYAH kepada ENCIK MOHD YAZID BIN BAHARON PEMBANTU OPERASI DI BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS telah meninggal dunia sebentar tadi dan jenazah masih berada di Hospital Ampang. Jenazah selanjutnya  akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas.

 

Oleh itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga diampunkan dosa-dosanya, rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin dan syuhada.

 

Amin...Ya Rabbal A’lamin. AL-FATIHAH.

 

Sekian dimaklumkan,

 

BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA

KESMA 2019/2020

 

 

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 1.3.2019

Melayu