Ucapan Tahniah Dan Selamat Datang Kepada Ybrs. Tuan Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh

 

Tarikh : 3.5.2019

Perkara : Ucapan Tahniah Dan Selamat Datang Kepada Ybrs. Tuan Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Yang Baharu

 

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

 

YAA / YA / YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Seluruh warga kehakiman ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh atas pelantikan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang baharu. 

 

Seluruh warga kehakiman amat mengalu-alukan kehadiran YBrs. Tuan Terrirudin yang memulakan tugas secara rasmi mulai hari ini.

 

 

 

Semoga Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan terus cemerlang di bawah kepimpinan YBrs. Tuan Terrirudin. 

 

Selamat bertugas!

 

Sekian, terima kasih.

 

                t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran, Statistik dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

Melayu