Ucapan Tahniah Sempena Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan Dan Hakim Mahkamah Tinggi Pada 8 Ogos 2019

 

Tarikh : 8.8.2019

 

YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri Utama / Datuk Seri Panglima / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja  menurut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan telah berkenan untuk melantik:

 

 HAKIM

 MENJAWAT JAWATAN

   

 YAA TAN SRI DATO’ SRI AZAHAR BIN MOHAMED

HAKIM BESAR MALAYA

   
   

 YA DATUK VERNON ONG LAM KIAT

HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 YA DATO’ ABDUL RAHMAN BIN SEBLI 

 
 
 

 YA DATO’ LEE SWEE SENG

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN

 YA DATUK HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI NAWAWI

 YA DATUK VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA

 YA TUAN RAVINTHRAN A/L N. PARAMAGURU 

 
 

 

YA DATO’ ROSLAN BIN HAJI ABU BAKAR

HAKIM MAHKAMAH TINGGI

YA DATO’ ABDUL WAHAB BIN MOHAMED

 YA DATO’ HASSAN BIN ABDUL GHANI

 YA PUAN CHAN JIT LI 

 YA DATO’ MUHAMMAD JAMIL BIN HUSSIN 

 YA DATO’ WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH 

 YA DATO’ KHADIJAH BINTI IDRIS

 

Sehubungan dengan itu, seluruh warga Kehakiman Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAA dan YA-YA atas pelantikan tersebut.

 

Sekian untuk makluman YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri Utama / Datuk Seri Panglima / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

 

Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Yang menjalankan amanah,

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA.

 

Tarikh:            8 Ogos 2019

Melayu