Sambutan Hari Integriti PKPMP 2019

 

Tarikh : 15.10.2019

Perkara : Majlis Sambutan Hari Integriti PKPMP 2019

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

2. Untuk makluman YAA/ YA / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, satu majlis sambutan Hari Integriti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia 2019 telah diadakan pada 15 Oktober 2019 (Selasa) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Tema Hari Integriti pada tahun ini ialah Integriti di Hati : Amanah Dijunjung Integriti Unggul

 

3. Sehubungan dengan itu, dilampirkan di sini poster dan link video sekitar majlis tersebut untuk makluman YAA/ YA / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan jua.

 

Link video - https://youtu.be/40rAS1HsLD0

 

 

 

 

Sekian, terima kasih.

 

                t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran, Statistik dan Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Putrajaya

Faks: 03- 8880 3955

 

 

 

 

Sambutan Hari Integriti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) Tahun 2019 telah diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2019. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

 

YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang mewakili Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan disaksikan oleh YBrs. Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kehadiran YAA Ketua Hakim Negara.

Melayu