Hebahan Pentadbiran - Mac 2020

 

Tarikh : 31.3.2020

Perkara : Pengisytiharan Kakitangan Yang Pulang Dari Luar Negara

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

PENGISYTIHARAN KAKITANGAN YANG PULANG DARI LUAR NEGARA

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa oleh Kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020, berkenaan warganegara yang pulang dari luar negara hendaklah menjalani self-quarantineselama 14 hari. Sehubungan itu, Mahkamah Kuala Lumpur menyarankan agar kakitangan yang telah pulang dari luar negara dan telah sampai di rumah sendiri tetapi belum sampai ke Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah menjalankan saringan kesihatan dan perlu menjalani self-quarantine di rumah masing-masing untuk tempoh 14 hari.

 

3. Semua kakitangan yang telah dan akan pulang dari luar negara dikehendaki mengisytiharkan kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur di pautan berikut https://forms.gle/LX5VvFLjVHctafGv6


PENGISYTIHARAN KAKITANGAN YANG PULANG DARI LUAR NEGARA

forms.gle

 

4. Semua kakitangan juga hendaklah sentiasa mematuhi nasihat kesihatan KKM yang dikeluarkan dari sumber yang sahih bagi memastikan YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kerjasama YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

            t.t     

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 31.3.2020

Perkara : Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020 Melalui Sistem HRMIS

 

TINDAKAN SEGERA

 

YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan

 

PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya adalah kami diarahkan oleh Puan Pengarah Pengurusan untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sebagaimana pihak YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sedia maklum Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui Sistem HRMIS adalah satu keperluan dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Jabatan. Untuk makluman pihak Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan tarikh akhir pelaksanaan adalah pada15 April 2020 sepertimana hebahan berikut:-


3. Sehubungan dengan itu kerjasama YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah untuk memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dan memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah berstatus selesai sebelum atau pada 15 April 2020.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3842 / 3847

hrmis@kehakiman.gov.my

_________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.3.2020

Perkara : Pemakluman Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) Tahun 2020

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya perkara di atas dan e-mel Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020 dirujuk.

 

2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan sedia maklum, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia melalui perutusan bertarikh 25 Mac 2020 telah melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa e-mel bertarikh 17 Mac 2020 hendaklah terpakai sehingga 14 April 2020.

 

3. Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) semasa tempoh pelanjutan PKP tersebut, semua pihak boleh memohon kepada Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat-syarat berikut—

 (i)          dengan persetujuan pihak-pihak; dan

 (ii)          kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

 

4. Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah—

 

(a)  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung

Semua permohonan pendengaran permohonan ex-parte atau inter-partes yang difailkan bersama perakuan segera.

 

(b)  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak

Semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan, mediasi, pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah ditetapkan adalah secara e-Review atau sidang video.

 

5. Permohonan untuk pendengaran secara sidang video hendaklah dibuat kepada pihak Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran atau sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

 

6. Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian semasa prosiding secara sidang video.

 

7. Sekiranya YBhg Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan mempunyai apa-apa pertanyaan, pihak YBhg Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut—

 

(a)  Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia

Puan Jumirah binti Marjuki

Timbalan Kanan Pendaftar

019-7302253 / jumirah@kehakiman.gov.my

 

(b)  Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia

Puan Norliza binti Othman

Pendaftar Mahkamah Rayuan

012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my

 

(c)   Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my  

 

(d)  Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my  

 

(e)  Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd. Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my  

 

(f)    Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Tuan Jason Juga

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

PUTRAJAYA

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 26.3.2020

Perkara : Perlanjutan Masa Bagi Penghantaran Statistik Bulan Mac 2020 Bagi Mahkamah Tinggi Dan Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Seperti pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020.

 

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) memberikan perlanjutan masa bagi penghantaran statistik bulan Mac 2020 bagi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia, yang mana statistik tersebut hendaklah dihantar pada atau sebelum 23 April 2020 (Khamis).

 

4. Segala kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berkenaan perkara ini adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,


ZAMRI BIN BAKAR
Timbalan Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

PUTRAJAYA

Tel:    03-88803930
Faks:  03-88803779

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.3.2020

Perkara : Laporan Perundangan yang Boleh Dicapai dari Portal e-Warta Persekutuan

 

Pengarah Mahkamah Negeri

Seluruh Malaysia

 

Hakim Mahkamah Sesyen

Seluruh Malaysia

 

Semua Timbalan Pendaftar

Seluruh Malaysia

 

Semua Majistret 

Seluruh Malaysia

 

Semua Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Seluruh Malaysia

 

Setiausaha kepada

YA Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA

 

Setiausaha kepada 

YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA

 

Setiausaha kepada

YA Hakim-hakim / Pesuruhjaya Kehakiman

Mahkamah Tinggi Seluruh Malaysia

  

Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sukacita dipanjangkan makluman mengenai Laporan Harian Perundangan tersebut untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan. Maklumat lengkap termasuk teks perundangan boleh diakses dengan klik pada tajuk perundangan di portal rasmi e-Warta Persekutuan dihttp://www.federalgazette.agc.gov.my. Laporan Harian Perundangan ini akan dikeluarkan pada setiap hari (melainkan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum)antara jam 5.00-5.15petang. Walau bagaimanapun, maklumat tentang perundangan yang disiarkan dan perundangan yang berkuatkuasa pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum(sekiranya ada) bolehlah didapati di Portal Rasmi eWarta Persekutuan.

 

Sekian terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah

 

"MALAYSIA MEMBACA"  

 

      Zaki

_____________________

MOHAMAD ZAKI BIN YUSOF

 

Ketua Pustakawan

Cawangan Perpustakaan

Aras 1

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

Presint 3

62506 PUTRAJAYA

03-8880 4108

zakiyusof@kehakiman.gov.my

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Arahan Bekerja Dari Rumah Bagi Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret , Penolong Kanan Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Sivil Kuala Lumpur

 

Selamat sejahtera 

 

Tuan/Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan emel daripada PKPMP bertarikh 17 Mac 2020.

 

2. Merujuk kepada Perutusan  Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai COVID-19, satu mesyuarat telah diadakan bersama  Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur pada 17.3.2020 bagi menggariskan panduan dalam pengendalian kes-kes sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18.3.2020 sehingga 31.3.2020. 

 

3. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, ingin diingatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini memberi maksud semua warga Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah bekerja dari rumah dan bukanlah dalam istilah bercuti.

 

4. Sehubungan itu, berikut adalah ketetapan yang telah dibuat di dalam mesyuarat bersama Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur dan hendaklah dipatuhi sewajarnya:

 

A) KES SEDIA ADA  

- Bagi semua kes yang telah ditetapkan pada 18.3.2020 sehingga  31.3.2020 hendaklah ditangguhkan dan dijadualkan ke suatu tarikh baru.  (emel Ketua Pendaftar bertarikh 16.3.2020 adalah dirujuk) Penangguhan dan penjadualan semula kes hendaklah dimaklumkan kepada pihak-pihak dan untuk diuruskan oleh mahkamah masing-masing;

 

B) KES eREVIEW 

- Bagi kes yang telah ditetapkan secara eReview, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret untuk meneruskan sesi eReview dan memberi arahan lanjut berdasarkan budibicara masing masing. (emel Ketua Pendaftar bertarikh 16.3.2020 adalah dirujuk) 

 

C) PEMPROSESAN DOKUMEN 

- Bagi pemprosesan dokumen yang masuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendaklah memproses dokumen tersebut seperti biasa;

- Bagi pemfailan Perakuan Segera (jika ada), Penolong Kanan Pendaftar dan Pendaftar, hendaklah mendapatkan arahan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dalam menetapkan tarikh sebutan permohonan yang difailkan;

 

D) KEHADIRAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR 

- Kehadiran ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Walaubagaimanapun, jika terdapat keperluan yang mendesak, kebenaran untuk memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah diperolehi daripada Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.

 

E) EMEL MAHKAMAH   

- Merujuk kepada emel Pentadbiran KMKL bertarikh 17.3.2020 jam 5.22 pm, tuan/puan sekali lagi diingatkan agar sentiasa peka dengan makluman melalui email rasmi jabatan dari masa ke semasa. 

 

5. Kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,

ROSBIAHANIN BINTI ARIFIN

Hakim Penyelia Sivil
Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


 YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,

 

ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN


Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan emel daripada PKPMP bertarikh 17 Mac 2020 adalah saling berkaitan.

 

2. Merujuk kepada Perutusan  Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai COVID-19, semua pegawai adalah diarah untuk bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Jabatan masing-masing.

3. Sehubungan itu, bagi pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi sewajarnya iaitu:

a) sentiasa berada di rumah (stay at home) dalam tempoh waktu pejabat / bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan;

b) sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi yang ditetapkan; 

c) memastikan pegawai/kakitangan sentiasa boleh dihubungi sepanjang tempoh waktu bekerja

[Garis Panduan Berkerja Dari Rumah]

4. Selain itu, YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan juga diingatkan agar sentiasa peka dengan makluman melalui email rasmi jabatan dari masa ke semasa. Bersama-sama ini disertakan surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rujukan dan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan jua. 

 

5. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah 

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Permohonan Penggunaan Kata Laluan Bagi Database Perundangan Perpustakaan Sepanjang Tempoh Lockdown Akibat Wabak Covid 19

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan sepanjang tempoh Lockdown akibat wabak Covid 19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, semua pegawai dan setiausaha kepada YA Hakim di Mahkamah Kuala Lumpur masih boleh mengakses database perundangan yang dibekalkan oleh perpustakaan seperti Lexis Advance, WestLaw, LawNet, CLJ dan eLaw untuk rujukan.

 

3. Bagi mendapatkan kata laluan untuk mengakses database tersebut, YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi kakitangan perpustakaan sepertimana berikut:

a) Ariza Binti Awang - Penolong Pustakawan (No. Tel.: 013-6147682)

b) Azlina Binti Azizan - Pembantu Pustakawan (No. Tel.: 017-3203301)

c) Intan Baizura Binti Mohd Yusoff - Pembantu Pustakawan (No. Tel.: 019- 2339019)

 

Atau menggunakan kata laluan yang telah diberikan oleh Perpustakaan POJ.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

ARIZA BINTI AWANG

Penolong Pustakawan

Unit Perpustakaan

Mahkamah Kuala Lumpur

No. Tel.: 03-62094009

_________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Makluman Penutupan Operasi Perpustakaan Mahkamah Persekutuan Malaysia Dan Perpustakaan Mahkamah Seluruh Malaysia

 

Semua Pegawai dan Kakitangan Istana Kehakiman dan Mahkamah Seluruh Malaysia

 

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas:

 

2. Dimaklumkan bahawa, rentetan daripada perutusan khas YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan isu penularan wabak jangkitan Covid-19, Pengurusan Tertinggi Badan Kehakiman Malaysia  melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah mengarahkan operasi Perpustakaan PKPMP dan Perpustakaan Cawangan Mahkamah di negeri-negeri ditutup. Penutupan operasi perpustakaan ini adalah bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat.

 

3. Walaubagaimanapun, sekiranya YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan perundangan secara dalam talian sepanjang tempoh tersebut boleh layari portal perpustakaan di URL: http://library.kehakiman.gov.my/equip-poj/ bagi mengunakan kemudahan yang disediakan.

 

4. Jika YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pegawai dan kakitangan Perpustakaan juga boleh dihubungi sepanjang tempoh tersebut. Berikut disertakan nama dan nombor telefon bimbit kakitangan perpustakaan PKPMP:

a)      Mohamad Zaki Bin Yusof - 012-696 7334 - Ketua Pustakawan

b)      Rosli Bin Yussuf - 019- 241 1275 - Pustakawan Kanan

c)      Mohd Fathi Asmawi B. Tajudin - 017-487 7849 - Penolong Pustakawan

d)      Shaharuddin Bin Idris - 011-2375 1820

e)      Noor Akhsaniza Binti Muhamad - 017-873 2225

f)       Nur Ilham Binti Mat Daud - 019-333 3827

g)      Dympna John Singin - 016-900 6829

h)      Elina Alang - 013-679 4284

i)       Ili Raihana Binti Masod - 014-920 4053

j)       Nur Aleena Zaara Wee - 011-3302 7703

 

5. Manakala kakitangan perpustakaan mahkamah cawangan di negeri-negeri boleh dihubungi dengan merujuk senarai nama di portal perpustakaan URL: http://library.kehakiman.gov.my/equip-poj/atau lampiran yang disertakan.

 

6. Segala keprihatinan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berkaitan perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan segala kesulitan yang dialami amat dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Cawangan Perpustakaan

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 1, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Pemakluman Berkaitan Arahan YAB Perdana Menteri Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Hingga 31 Mac 2020 Seluruh Negara

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarahkan oleh YBrs Tuan Ketua Pendaftar merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2. Berdasarkan arahan terkini oleh YAB Perdana Menteri bertarikh 16 Mac 2020 berhubung Perintah Kawalan Pergerakan untuk Seluruh Negara bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan persetujuan Pengurusan Tertinggi Badan Kehakiman Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) memohon agar YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mengambil serius tentang perkara ini dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan  bagi  membantu mengurangkan risiko penularan penyakit COVID-19. Dalam masa yang sama, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan hendaklah sentiasa boleh dihubungi sekiranya terdapat keperluan pejabat.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

NORZIATULSHIMA BINTI TAJUDDIN

Pengarah

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

03-8880 3838

__________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Panduan Pengendalian Kes-Kes Di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Di Bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit 1988 Dan Akta Polis 1967

 

Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice), adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah diumumkan melalui Perutusan Khas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia mengenai COVID-19 pada 16 Mac 2020, berikut adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah seluruh Malaysia:

 

Perbicaraan / Pendengaran Kes Sivil dan Jenayah 

Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

 

Pemfailan / Pengurusan Kes Sivil

i) Bagi mahkamah yang menggunakan sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa melalui sistem eFiling.

 

ii) Bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima mulai 1 April 2020. Bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang memerlukan kesegeraan, pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem eKehakiman di negeri berkenaan. Sebagai contoh, bagi kausa tindakan di Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem eKehakiman di Mahkamah Shah Alam.

 

iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan, Timbalan Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua Hakim Negara.

 

iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Presiden Mahkamah Rayuan.

 

v) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang bertugas.

 

vi) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri.

 

vii) Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.

 

Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan

Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

 

Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah

i) Permohonan Reman 

Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

 

ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu

Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah menyediakan jadual bertugas pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Sesalinan jadual bertugas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Polis Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri masing-masing.

 

iii) Permohonan Jamin

Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa.

 

3. Sekiranya Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan mempunyai apa-apa pertanyaan, pihak Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai yang berikut:

 

(a) Puan Jumirah binti Marjuki

Timbalan Kanan Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

019-7302253 / jumirah@kehakiman.gov.my

 

(b) Puan Norliza binti Othman

Pendaftar Mahkamah Rayuan

012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my

 

(c) Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my

 

(d) Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my

 

(e) Tuan M. Bakri bin Abd. Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my

 

(f) Tuan Jason Juga

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my

 

Pejabat ini akan memberikan arahan berhubung dengan pengendalian kes dari semasa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.3.2020

Perkara : Isu Penularan Wabak Covid-19: Panduan Pengurusan Kes Sivil Dan Jenayah Di Mahkamah Seluruh Malaysia

 

YA/YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2. Adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa berikutan isu wabak Covid-19, berikut adalah panduan pengendalian kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah seluruh Malaysia—

 

(a) Bagi kes-kes yang telah ditetapkan untuk sebutan (mention) dan pengurusan kes (case management) mulai hari ini sehingga 30 April 2020 hendaklah diteruskan. Tarikh selanjutnya bagi kes-kes tersebut (jika perlu) hendaklah ditetapkan selepas tarikh 30 April 2020;

 

(b) Bagi kes-kes yang telah ditetapkan untuk bicara, kes-kes hendaklah diteruskan;

 

(c) Bagi pendaftaran kes-kes jenayah yang baru, tarikh sebutan yang seterusnya hendaklah ditetapkan selepas 30 April 2020;

 

(d) Bagi pendaftaran kes sivil (kecuali yang melibatkan pengurusan kes secara e-Review), tarikh pengurusan kes hendaklah ditetapkan selepas 30 April 2020.

 

5. Sekiranya YA/YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai apa-apa pertanyaan, pihak YA/YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan  bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :-

 

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my

 

Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286100 / 019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my

 

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my

 

Tuan Jason Juga

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

082-442228 / 019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

__________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.3.2020

Perkara : Langkah Pencegahan Berhubung Penularan Wabak Coronavirus 2019 (Covid-19)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

  

LANGKAH PENCEGAHAN BERHUBUNG PENULARAN WABAK CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

 

YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Bersama-sama ini dimajukan Poster Langkah Pencegahan Covid-19 di Tempat Kerja untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan jua.


  1. Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

 Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

____________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.3.2020

Perkara : Hebahan Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2020 Bagi Pengajian Pasca Siswazah

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan e-mel daripada Jabatan Perdana Menteri bertarikh 12 Mac 2020 adalah berkaitan.

 

  1. Bahagian ini telah diarahkan oleh YBrs. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk membuat hebahan berkenaan pelawaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memohon penajaan bagi mengikuti Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2020 bagi Pengajian Pasca Siswazah daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).

 

  1. Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai yang berminat boleh melayari portal eSila JPA untuk mengetahui syarat dan tatacara permohonan serta memohon secara dalam talianmelalui portal eSila JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan secara dalam talian boleh dibuat mulai 6 Mac 2020. Sila ambil maklum bidang pengajian yang yang ditaja di bawah biasiswa  ini ialah Climate Change and Environment, Disaster Risk Management, Food Security and Agriculture, Renewable Energy dan Governance.

 

  1. Pemohon hendaklah menyediakan dan menghantar satu salinan borang permohonan asal yang dicetak dari dalam talian dan satu salinan soft copy beserta dokumen-dokumen yang dinyatakan seperti di perenggan 2.1.2 dan di perenggan 2.2.2 surat edaran JPA (yang telah diakui sah) bagi tujuan proses dan rekod oleh PKPMP. Walaubagaimanapun, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan hanya diberikan tempoh sehingga 18 Mac 2020 (Rabu) sahaja di peringkat PKPMP untuk membuat permohonan secara online dan untuk tujuan penghantaran dokumen permohonan. Permohonan yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman (BLPKK) selewat-lewatnya 18 Mac 2020 (Rabu).  Permohonan yang tidak lengkap / lewat dihantar TIDAK AKAN DIPROSES DAN SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.

 

Surat Edaran Biasiswa Komanwel New Zealand

Laporan Jawatankuasa Latihan Kementerian/latihan Untuk Kursus Dalam Perkhidmatan

 

  1. Pemohon juga dikehendaki melengkapkan Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C) yang mana borang tersebut telah diperakukan oleh Pegawai Penyelia / Pengarah Mahkamah / Pengarah Bahagian masing-masing.

 

  1. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan boleh menghubungi:

 

  1. Puan Norhaina binti Zulkifli di talian 03-8880 4221 atau melalui emel norhaina@kehakiman.gov.my;atau
  2. Puan Nadiah binti Abdul Razak di talian 03-8880 3528 atau melalui emel nadiah@kehakiman.gov.my;
  3. Puan Norazizah binti Abdul Rahim di talian 03-8880 4591 atau melalui emel blpkk@kehakiman.gov.my

 

  1. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

BAHAGIAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI KEHAKIMAN

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

ARAS 2 UTARA ISTANA KEHAKIMAN

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 13.3.2020

Perkara : Elaun Tuntutan Perjalanan Kenderaan

 

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2. Selaras dengan Pekeliling WP 1.4, Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam kerana Menjalankan Tugas Rasmi, pihak Kewangan telah mewujudkan Kawalan Dalaman di mana semua Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur adalah diwajibkan untuk melengkapkan Borang Kelulusan Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Ibu Pejabat (melebihi 25 KM) atas kebenaran Pengarah. Borang kelulusan hendaklah dipohon 3 hari sebelum memulakan perjalanan tugasan.

 

3. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, arahan Kawalan Dalaman ini adalah disokong berdasarkan Pekeliling WP 1.4, Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa :-

  • Menyediakan garis panduan dalaman yang sesuai di Jabatan sebagai satu  bentuk kawalan bagi mengelakkan pembaziran.
  • Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan    tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar seperti berikut:

Jarak Perjalanan Bertugas Rasmi Bagi Tiap-Tiap Satu Bulan (sen/km) Kadar Mengikut Jenis Kenderaan (sen/km) Kereta / Motorsikal 500 km pertama RM 0.85 / RM 0.55 pada 501 km dan seterusnya RM 0.75 jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;

(b) Apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang perjalanan;

(c) Apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan

(d) Apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi.

  • Bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas, kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan borang tuntutan.

 

SENARAI SEMAK BAGI TUNTUTAN PERJALANAN

BORANG KELULUSAN KENDERAAN

 

4. Bagi dokumen sokongan, setiap tuntutan Touch & Go perlu dilampirkan bersama-sama dengan Penyata Touch & Go pemilik kad itu sendiri iaitu pemohon yang membuat tuntutan. Untuk mendapat Penyata Touch & Go sila daftar dalam T& G Online .Kerjasama daripada semua Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur adalah diperlukan bagi melancarkan bayaran  tuntutan perjalanan Pegawai & Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur dan dari Teguran Audit .

 

Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

NOR AZIZAH BINTI ABU BAKAR

 

Penolong Akauntan

Unit Kewangan, Akaun & Bajet,

Bahagian Pengurusan,

Mahkamah Kuala Lumpur.

 

(+603-6209 4671)

(+603-6209 4040)

__________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.3.2020

Perkara : Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020 Melalui Sistem HRMIS

 

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2020 MELALUI SISTEM HRMIS DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR (MKL) 

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sebagaimana YBhg Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui Sistem HRMIS merupakan salah satu KPI HRMIS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

  1. Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan diminta untuk melaksanakan SKT 2020 mengikut jadual pelaksanaan dan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di Lampiran A. Diingatkan jua, pelaksanaan SKT 2020 dikira selesai apabila telah disahkan oleh pegawai penilai pertama (PPP).

 

  1. Bersama-sama ini dilampirkan surat pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020 untuk makluman pihak YBhg Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.

 

  1. Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam melaksanakan SKT bagi tahun 2020 melalui Sistem HRMIS amatlah dihargai.  

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib

Mahkamah Kuala Lumpur

____________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.3.2020

Perkara : Jemputan Menghadiri Sesi E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Pada 17 & 18 Mac 2020

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) PADA 17 & 18 MAC 2020 (SELASA & RABU)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan MKL akan mengadakan sesi e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)mengikut ketetapan seperti berikut:

 

                                            Tarikh : 17 & 18 Mac 2020 (Selasa & Rabu)

                                             Masa : Sesi Pagi     - 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                                                         Sesi Petang -  2.30 – 4.30 petang

                                          Tempat : Bilik Latihan IT, Aras 7    

                                                          Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

  1. Untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan jua, Pengarah MKL telah menetapkan pelaksanaan dasar berkursus adalah Tiga (3) harisetahun.  Justeru, semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur WAJIB mengikuti sesi pembelajaran ini sekurang – kurangnya 18 jam (3 hari) bagi tahun ini. MKL jua menetapkan sehingga Jun 2020, semua pegawai dan kakitangan telahpun mengikuti Latihan / kursus selama 3 hari. Sehubungan itu, senarai peserta yang dicalonkan seperti Lampiran di kehendaki hadir ke sesi tersebut. Sekiranya  terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shafiq Affenddy bin Abu Sujak atau Pn. Nuryusma binti Mohamad Yusof di samb. 2028.

 

  1. Kerjasama penyelia adalah dipohon untuk menyampaikan perkara ini kepada kakitangan dibawah seliaan (yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan). Segala keprihatinan dan kehadiran YBhg. Dato’/Tuan/Puan, dalam menjayakan sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

MOHD. SHAFIQ AFFENDDY BIN ABU SUJAK

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

( 03-6209 2028 | 6 03-6209 4040  |

___________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 12.3.2020

Perkara : Borang Penilaian Pelanggan Fasiliti Bangunan Mahkamah Kuala Lumpur Bagi Bulan Mac 2020

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Borang Penilaian Pelanggan Fasiliti Bangunan Mahkamah Kuala Lumpur Bagi Bulan Mac 2020

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2. Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, Chengaljati Sdn Bhd (CJSB) adalah kontraktor yang dilantik sebagai Pengurus Fasiliti di kompleks ini mulai 14 Januari 2018 sehingga 14 Januari 2021. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan juga, pihak kontraktor CJSB akan memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan di dalam bangunan MKL sepanjang tempoh kontrak tersebut iaitu :-

 

MEKANIKAL

SIVIL

ELEKTRIKAL

Penyaman Udara Jenis VRV

Penyelenggaraan Tandas

Sistem Pencahayaan

Chiller

Grease Trap

Sistem Kad Akses

Pemadam Api CO2/ABC

Sistem Perpaipan

Boom Gate

Sistem Pencegah Kebakaran

Siling

Sistem Nombor Giliran (QMS)

Sistem Lif

Built In Furniture

Projektor

Sistem Pam

Sewage Treatment Plant (STP)

Sistem Siaraya

 

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan pengurusan fasiliti di MKL melalui borang kali selidik adalah seperti di Lampiran dan kemukakan kepada Unit Pembangunan dan Senggara melalui emel azlinaawat@kehakiman.gov.myselewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Mac 2020 (Isnin). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh berhubung terus di talian 03-62094664.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MOHD YUSUF BIN MAT DIN)

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

b.p. Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

No. Tel : 03- 6209 4042

_______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.3.2020

Perkara : Langkah Pencegahan Berhubung Penularan Wabak Coronavirus 2019 (Covid-19) – Galakan Pembelian Hand Sanitizer Dan Disinfectant Spray Di Setiap Bahagian/Unit MKL

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

LANGKAH PENCEGAHAN BERHUBUNG PENULARAN WABAK CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) – GALAKAN PEMBELIAN HAND SANITIZER DAN DISINFECTANT SPRAY DI SETIAP BAHAGIAN/UNIT MKL

 

YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) telahpun mengakibatkan jumlah kumulatif sehingga 9 Mac 2020 adalah sebanyak 117 kes di Malaysia sepertimana yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.  Sehubungan itu, mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan yang boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus.

 

3. Sepertimana yang telah dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi aspek mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan dengan air dan sabun semata-mata tidak semestinya memberi kebersihan secara menyeluruh.  Penggunaan seperti bahan pencuci tangan (hand sanitizer)dan spray pembasmi kuman (disinfectant spray) amat berguna demi membasmi bakteria yang mungkin ada di permukaan kulit tangan agar kuman tersebut hilang dan tidak menular.

4. Justeru, adalah digalakkan setiap bahagian/unit mengambil maklum berhubung langkah pencegahan ini dengan membuat pembelian sendiri bagi hand sanitizer dan spray pembasmi kuman serta ditempatkan di ruang kerja masing-masing manakala spray pembasmi kuman juga boleh dilaksanakan pada tombol-tombol pintu, tombol lift, peralatan pejabat seperti meja, telefon, komputer dan lain-lain perkakasan berkaitan. Bersama-sama ini juga dimajukan Poster Langkah Pencegahan Covid-19 di Tempat Kerja dan sebagai langkah permulaan ini sahaja, disinfectant spray akan diedar secara percuma kepada semua pegawai dan kakitangan MKL.

 

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

 Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.3.2020

Perkara : Penggunaan Mel Elektronik (E-Mel) Rasmi Di Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato`/Datuk/ Datin/Tuan/Puan,

PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK (E-MEL) RASMI DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dalam proses komunikasi di kalangan anggota-anggotanya dan juga di antara agensi Kerajaan dengan swasta dan orang ramai. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka peluang kepada komunikasi yang lebih cepat dan mudah. Salah satu kaedah komunikasi yang semakin luas penggunaannya dalam sektor awam ialah Internet dan mel elektronik (e-mel).

 

3. Bagi penggunaan e-mel rasmi, setiap kakitangan MKL telah didaftarkan di bawah badan Kehakiman dan bertujuan untuk tujuan rasmi sahaja. Sehubungan itu,dipohon YBhg. Dato`/Datuk / Datin /Tuan/Puan memastikan Gambar Profil pengguna hendaklah dimuatnaik gambar sendiri berukuran passport sahaja dan penggunaan imej selain itu adalah tidak dibenarkan.

 

4. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato`/Datuk/ Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.3.2020

Perkara : Promosi Pendaftaran Taska Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

Tuan / Puan,

 

PROMOSI PENDAFTARAN TASKA MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa TASKA MKL telah mulai beroperasi pada 6 Januari 2020. Sehingga hari ini, seramai 19 orang anak pegawai / kakitangan telah didaftarkan di TASKA tersebut. Untuk makluman, pihak pengusaha TASKA MKL masih lagi membuka tawaran kemasukan ke TASKA MKL kepada pegawai dan kakitangan. 

 

Dalam usaha untuk menarik minat kakitangan MKL, pengusaha taska akan menawarkanbayaran pendaftaran secara percuma sebanyak RM100.00 kepada 10 orang terawal. Selain itu, pegawai dan kakitangan juga boleh menghantar anak selama satu (1) hari sebagai percubaan tanpa dikenakan bayaran. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak taska tersebut.

Bagi penambahbaikan perkhidmatan TASKA di Mahkamah Kuala Lumpur, cadangan  serta pandangan  Tuan / Puan amatlah dialu-alukan. Sehubungan itu, kerjasama dan kesudian Tuan/Puan dipohon untuk meluangkan masa bagi melengkapkan soal selidik dengan melayari pautan https://forms.gle/GR1AAAf9L6wjxN6c9 sebelum 9 Mac 2020 (Isnin) jam 10.00 pagi.

 

Segala perhatian dan kerjasama Tuan / Puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.3.2020

Perkara : Jemputan Menghadiri Sesi E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Pada 10 & 11 Mac 2020 (Selasa & Rabu)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) PADA 10 & 11 MAC 2020 (SELASA & RABU)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Inovasi, Bahagian Pengurusan MKL akan mengadakan sesi e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)mengikut ketetapan seperti berikut:

 

                                            Tarikh : 10 & 11 Mac 2020 (Selasa & Rabu)

                                             Masa : Sesi Pagi     - 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                                                         Sesi Petang -  2.30 – 4.30 petang

                                          Tempat : Bilik Latihan IT, Aras 7    

                                                          Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

  1. Untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan jua, Pengarah MKL telah menetapkan pelaksanaan dasar berkursus adalah Tiga (3) harisetahun. Justeru, semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur WAJIB mengikuti sesi pembelajaran ini sekurang-kurangnya 18 jam (3 hari) bagi tahun ini. MKL jua menetapkan sehingga Jun 2020, semua pegawai dan kakitangan telahpun mengikuti Latihan / kursus selama 3 hari. Sehubungan itu, senarai peserta yang dicalonkan seperti Lampiran di kehendaki hadir ke sesi tersebut. Sekiranya  terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shafiq Affenddy bin Abu Sujak atau Pn. Nuryusma binti Mohamad Yusof di samb. 2028.

 

  1. Kerjasama penyelia adalah dipohon untuk menyampaikan perkara ini kepada kakitangan dibawah seliaan (yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan). Segala keprihatinan dan kehadiran YBhg. Dato’/Tuan/Puan, dalam menjayakan sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

MOHD. SHAFIQ AFFENDDY BIN ABU SUJAK

Unit Latihan dan Inovasi

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

 

( 03-6209 2028 | 6 03-6209 4040  |

_______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.3.2020

Perkara : Hebahan Berhubung Penularan Coronavirus 2019 (COVID-19)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

 HEBAHAN BERHUBUNG PENULARAN CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

 

YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) telahpun mengakibatkan jumlah kumulatif sehingga 4 Mac 2020 adalah sebanyak 50 kes di Malaysia sepertimana yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menularkan berita-berita mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak disahkan oleh KKM bagi mengelakkan situasi panik dan salah faham dalam masyarakat.

 

  1. Justeru, Mahkamah Kuala Lumpur ingin mengingatkan kepada semua warga MKL untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan menggunakan hand sanitiser, mengamalkan adab batuk, bersinyang baik dan memakai mask serta mengamalkan cara hidup sihat.  Bersama-sama ini jua disertakan Slide COVID-19 untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan jua.

 

 Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 5.3.2020

Perkara : Hebahan Mengenai Novel Coronavirus (2019-nCov)

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya unit ini telah diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar untuk merujuk kepada perkara di atas,

2. Dimaklumkan bahawa atas penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV)  baru-baru ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah mengarahkan agar maklumat mengenai penularan tersebut dihebahkan ke pihak Mahkamah Negeri. Dimajukan poster hebahan mengenai "Apa Itu Covid-19?" melalui pautan di bawah untuk ditampal oleh pihak Mahkamah Negeri di pintu masuk bangunan mahkamah di seluruh Malaysia.

3. Pihak Mahkamah Negeri juga dimaklumkan untuk menyediakan hand sanitizer di setiap pintu masuk bangunan Mahkamah sebagai langkah pencegahan penularan virus Covid-19.

4. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya
Faks: 03- 8880 3955.

_________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 3.3.2020

Perkara : Pakaian Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Dato’ /Datuk/ Datin / Tuan / Puan

 

PAKAIAN KORPORAT PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan emel daripada pentadbiran KMKL bertarikh 21 Februari 2020 dan rangkaian e-mel dibawah berhubung dengan perkara di atas adalah berkaitan.

 

2. Dimaklumkan bahawa YBrs. Tuan Ketua Pendaftar telah mencadangkan pakaian korporat kepada semua pegawai kehakiman dan pegawai skim lain yang berkhidmat di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan baju korporat ini akan dipakai oleh semua pegawai kehakiman bagi program rasmi yang melibatkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.  

 

3. Pembekalan baju Korporat ini dibiayai sendiri oleh pegawai. Justeru, tempahan baju korporat adalah dilanjutkan dan boleh dibuat seperti berikut:                                               

CUSTOM MADE

Deskripsi

:

Lengan Panjang atau Lengan Pendek – Logo dan Nama (bersulam / embroidered)

Jenis Fabrik

:

Cotton Viscose

Warna Fabrik

:

Biru Tua

Harga

:

RM80.00

   

Deposit - RM 60.00

 

4. Sehubungan itu, bagi pegawai dan kakitangan yang berminat tapi masih belum lagi membuat tempahan, sila isi Borang B (custom made ) / Borang A (ready made) dan kemukakan kepada Puan Hasmah binti Hassan, Unit Pentadbiran Am dan Fail berserta wang deposit sebanyak RM60.00 selewat-lewatnya 7 Februari 2020.  

Design Baju Korporat

Logo PKPMP

5. Manakala bagi pegawai dan kakitangan yang telah membuat bayaran deposit sebelum ini, tetapi masih belum lagi memberi ukuran saiz baju korporat, pohon untuk serahkan nama kepada Puan Hasmah binti Hassan, Unit Pentadbiran Am dan Fail selewat-lewatnya 7 Februari 2020 bagi membolehkan Unit Pentadbiran menetapkan tarikh bagi sesi mengukur baju yang akan diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Sesi mengukur baju akan diadakan pada tarikh  yang akan ditetapkan kemudian.

 

5. Segala perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

                         t.t

RASYIHAH BINTI GHAZALI

Timbalan Pendaftar (Pentadbiran)

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

b.p. Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

Melayu