Panduan Pengendalian Kes-Kes Di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Di Bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit 1988 Dan Akta Polis 1967

 

[ADUAN / PERTANYAAN]

 

9.6.2020

 

________________________________________________________

1.6.2020

________________________________________________________________________

29.5.2020

______________________________________________

11.5.2020

__________________________________________________________________________________________

English Version - The Judiciary's Standard Operating Procedures (SOP) During The Covid-19 Pandemic

 

__________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 8.5.2020

 

 


____________________________________________________________________

Tarikh : 4.5.2020

_______________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.5.2020

 

______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.4.2020

Sehubungan dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia melalui perutusan bertarikh 23 April 2020, seperti diarahkan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa e-mel Pejabat ini yang bertarikh 17 Mac 2020, 26 Mac 2020 dan 10 April 2020 adalah terpakai sehingga 12 Mei 2020.

 

Tarikh : 10.4.2020

Perkara : Pemakluman Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) Tahun 2020

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya perkara di atas dan e-mel Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020 dan 26 Mac 2020 dirujuk.

 

2. Sehubungan dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 15 April sehingga 28 April 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia melalui perutusan bertarikh 10 Mei 2020, adalah saya diarahkan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa e-mel Pejabat ini yang bertarikh 17 Mac 2020 dan 26 Mac 2020 adalah terpakai sehingga 28 April 2020.

 

3. Pejabat ini akan memaklumkan apa-apa maklumat lanjut kepada YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan dari dari semasa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menjalankan amanah,

 

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

___________________________________________

Tarikh : 2.4.2020

Perkara : Pengendalian Reman oleh majistret / Pendaftar Mahkamah di Balai-Balai Polis Seluruh Malaysia Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

_____________________________________

Tarikh : 26.3.2020

Perkara : Pemakluman Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) Tahun 2020

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan,

  

PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya perkara di atas dan e-mel Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020 dirujuk.

 

2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan sedia maklum, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia melalui perutusan bertarikh 25 Mac 2020 telah melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa e-mel bertarikh 17 Mac 2020 hendaklah terpakai sehingga 14 April 2020.

 

3. Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) semasa tempoh pelanjutan PKP tersebut, semua pihak boleh memohon kepada Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat-syarat berikut—

(i)          dengan persetujuan pihak-pihak; dan

(ii)          kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

 

4. Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah—

 

(a)  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung

Semua permohonan pendengaran permohonan ex-parte atau inter-partes yang difailkan bersama perakuan segera.

 

(b)  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak

Semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan, mediasi, pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah ditetapkan adalah secara e-Review atau sidang video.

 

5. Permohonan untuk pendengaran secara sidang video hendaklah dibuat kepada pihak Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran atau sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

 

6. Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian semasa prosiding secara sidang video.

 

7. Sekiranya YBhg Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan mempunyai apa-apa pertanyaan, pihak YBhg Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut—

 

(a)  Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia

Puan Jumirah binti Marjuki

Timbalan Kanan Pendaftar

019-7302253 / jumirah@kehakiman.gov.my

 

(b)  Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia

Puan Norliza binti Othman

Pendaftar Mahkamah Rayuan

012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my

 

(c)   Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my  

 

(d)  Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my  

 

(e)  Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd. Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my  

 

(f)    Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Tuan Jason Juga

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

PUTRAJAYA

 

_______________________________________

Tarikh : 22hb Mac 2020

Terkini : Tempoh Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14hb April 2020. Pemakaian Panduan dibawah masih terpakai dan hanya perubahan dari segi tarikh sahaja yang berpadanan dengan arahan terkini oleh kerajaan.

 [ADUAN / PERTANYAAN]

 

______________________________________

 

Tarikh : 17.3.2020

Perkara : Panduan Pengendalian Kes-Kes Di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Di Bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit 1988 Dan Akta Polis 1967

 

Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice), adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah diumumkan melalui Perutusan Khas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia mengenai COVID-19 pada 16 Mac 2020, berikut adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah seluruh Malaysia:

 

Perbicaraan / Pendengaran Kes Sivil dan Jenayah 

Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

 

Pemfailan / Pengurusan Kes Sivil

i) Bagi mahkamah yang menggunakan sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa melalui sistem eFiling.

 

ii) Bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima mulai 1 April 2020. Bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang memerlukan kesegeraan, pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem eKehakiman di negeri berkenaan. Sebagai contoh, bagi kausa tindakan di Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem eKehakiman di Mahkamah Shah Alam.

 

iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan, Timbalan Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua Hakim Negara.

 

iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Presiden Mahkamah Rayuan.

 

v) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran / Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang bertugas.

 

vi) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri.

 

vii) Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian (online)manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.

 

Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan

Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

 

Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendahi)Permohonan Reman

Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

 

ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu

Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah menyediakan jadual bertugas pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Sesalinan jadual bertugas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Polis Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri masing-masing.

 

iii) Permohonan Jamin

Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa.

 

3. Sekiranya Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan mempunyai apa-apa pertanyaan, pihak Yang Arif-Yang Arif / Tuan / Puan bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai yang berikut:

 

(a) Puan Jumirah binti Marjuki

Timbalan Kanan Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

019-7302253 / jumirah@kehakiman.gov.my

 

(b) Puan Norliza binti Othman

Pendaftar Mahkamah Rayuan

012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my

 

(c) Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my

 

(d) Puan Amelati Parnell

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my

 

(e) Tuan M. Bakri bin Abd. Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my

 

(f) Tuan Jason Juga

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my

 

Pejabat ini akan memberikan arahan berhubung dengan pengendalian kes dari semasa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

[ADUAN / PERTANYAAN]

____________________________________________________________

 

[GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ISU-ISU BERHUBUNG PENULARAN JANGKITAN WABAK COVID-19 DI PREMIS KERAJAAN]

[ADUAN / PERTANYAAN]

Melayu