Hebahan Pentadbiran - April 2020

 

Tarikh : 30.4.2020

Perkara : Makluman Pemergian Bapa Kepada Puan Nor Aishah Binti Suboh,Jurubahasa MSS 4 Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Allayarham Suboh bin Senin iaitu bapa kepada Puan Nor Aishah binti Suboh, Jurubahasa MSS 4 telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 30 April 2020,jam 2.24 pagi.

 

3. Sehubungan dengan berita sedih ini, seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur ingin merakamkan ucapan takziah kepada  Puan Nor Aishah binti Suboh sekeluarga seterusnya marilah bersama-sama kita menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

 

4. Sekian untuk makluman  YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________

Tarikh : 23.4.2020

Perkara : Ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H

 

YAA / YA / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri /  Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H kepada warga kehakiman yang beragama Islam.


 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

                          t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

62506, PUTRAJAYA.

_____________________________________________________________________________

Tarikh : 22.4.2020

Perkara : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1441H / 2020M

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H / 2020M

  

Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

(HR Muttafaqun 'Alaih). 

 

 

Sempena Bulan Ramadhan pada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, semua kakitangan diingatkan untuk sentiasa kekal di rumah, mengamalkan jarak sosial yang selamat, menjaga kebersihan diri secara optimum dan kerap mencuci tangan dengan sabun.

 

Bersihkan Hati, Jernihkan Pikiran dan Sucikan perbuatan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

  

 Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah 

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 18.4.2020

Perkara : Pertandingan Selfie Dan Ulasan Buku Atau E-BOOK @POJ2020

 

Semua Pegawai dan Kakitangan Istana Kehakiman dan Mahkamah Seluruh Malaysia

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas:

 

2. Sempena Hari Buku Sedunia 23 April 2020 yang disambut setiap tahun, Perpustakaan PKPMP mengambil inisiatif mengadakan pertandingan Selfie dan Ulasan Bersama Buku dalam tempoh PKP ini. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

3. Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi kami talian berikut:

 

a) Mohamad Zaki Bin Yusof (Ketua Pustakawan)

b) Rosli Bin Yussuf (Pustakawan Kanan)

c) Mohd Fathi Asmawi B. Tajudin (Penolong Pustakawan)

d) Shaharuddin Bin Idris

e) Noor Akhsaniza Binti Muhamad

f) Nur Ilham Binti Mat Daud

g) Dympna John Singin

h) Elina Alang

i) Ili Raihana Binti Masod

j) Nur Aleena Zaara Wee

 

4. Segala keprihatinan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berkaitan perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan segala kesulitan yang dialami amat dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Cawangan Perpustakaan

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 1, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

___________________________________________________________________________________

Tarikh : 17.4.20

Perkara : Hebahan: Aplikasi “Myhrmis Self-Check” Di Telefon Pintar

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Aplikasi MyHRMIS Self-Check ini merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS. Melalui aplikasi ini YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh menyemak status terkini 5 fungsi didalam sistem HRMIS seperti di bawah:

  1. Status Pemurnian Data (data peribadi dan profil),
  2. Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT),
  3. Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT),
  4. Status Perisytiharan Harta ,
  5. Status Penamatan Perkhidmatan (Maklumat persaraan)

 

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah disarankan untuk memuat turun aplikasi ini di telefon pintar masing-masing melalui  gedung aplikasi Google Play dan App Store bagi memudahkan pemakluman status terkini 5 fungsi tersebut diatas. Bersama ini juga disertakan lampiran manual aplikasi tersebut dan manual penggunaan aplikasi secara video dapat dilayari menerusi capaian https://www.youtube.com/watch?v=o3Xl3tVSOFs.

 

Tutorial Aplikasi MyHRMIS Selfcheck - YouTube

www.youtube.com

Aplikasi MyHRMIS Selfcheck

 

4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

UNIT HRMIS, NAIK PANGKAT & TATATERTIB

Bahagian Pengurusan

b.p Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16.4.2020

Perkara : Larangan Pulang Ke Kampung Sempena Menyambut Ramadhan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

LARANGAN PULANG KE KAMPUNG SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN
 
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.        Merujuk kepada sidang akhbar yang diadakan pada 16 April 2020 (Khamis) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dimaklumkan bahawa perjalanan merentasi negeri bagi pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan adalah tidak dibenarkan sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga. Hal ini kerana undang-undang PKP Fasa Satu dan Kedua masih terpakai untuk Fasa Ketiga yang telah bermula dari 15 April 2020 sehingga 28 April 2020.

 

3.        Selaras dengan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sepanjang PKP Fasa Ketiga ini bagi membasmi penularan virus Covid19. Kegagalan YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dalam mematuhi peraturan PKP ini akan berdepan dengan tindakan perundangan.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 11.4.2020

Perkara : Pengecualian Arahan Perbendaharaan AP100(A) Bagi Permohonan Tuntutan Perjalanan Dan Tuntutan Kerja Lebih Masa Bagi Bulan Mac 2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 YA / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan

 

 

PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN AP100(a) BAGI PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA BAGI BULAN MAC 2020

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel berkaitan Permohonan Tuntutan Perjalanan dan Tuntutan Lebih Masa bagi Bulan Mac 2020 bertarikh 10 April 2020 adalah terbatal.

 

2.       Selaras dengan surat terkini dari Kementerian Kewangan bertarikh 9 April 2020, Kementerian Kewangan telah meluluskan pengecualian bagi Arahan Perbendaharaan AP100(a). Sehubungan itu, tarikh akhir bagi penghantaran Tuntutan Perjalanan Bulan Mac 2020 dan Tuntutan Kerja Lebih Masa adalah 10 hari selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

3.         Walau bagaimanapun, sekiranya YA / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan menghantar permohonan tuntutan awal dari ketetapan seperti di Para. 2, Unit Kewangan akan menerima dan memproses tuntutan tersebut. Untuk makluman, sekiranya YA / YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan ingin membuat sedemikian, permohonan Tuntutan Perjalanan tersebut boleh dikemukakan ke Kaunter Kewangan, Aras 1, pada 15 April 2020 (Rabu) atau 16 April 2020 (Khamis) dari pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang bersama tuntutan yang lain seperti utiliti, Touch n Go dan sebagainya.

 

4.        Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YA / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Nor Azizah binti Abu Bakar . Kerjasama dan perhatian YA / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

 

 Sekian, terima kasih.

 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

                 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

________________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.4.2020

Perkara : Permohonan Tuntutan Perjalanan Dan Tuntutan Kerja Lebih Masa Bagi Bulan Mac 2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan

 

PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA BAGI BULAN MAC 2020

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 100 (a), tuntutan perjalanan dan pegawai awam hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dikehendaki untuk melengkapkan Tuntutan Perjalanan di dalam aplikasi HRMIS sebelum 10 hari bulan dan seterusnya dicetak dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan pada 15 atau 16 haribulan April.

 

3. Bagi Tuntutan Perjalanan dan Tuntutan Kerja Lebih Masa secara manual (Yang Arif / Pemandu), hendaklah juga dikemukakan kepada Bahagian Kewangan pada 15 atau 16 haribulan April.

 

4. Untuk makluman, semua tuntutan seperti di Para 2 dan 3 hendaklah dihantar di Kaunter Pertanyaan, Lobi, Aras 1, Mahkamah Kuala Lumpur. Pihak Pengurusan telah menyediakan kotak bagi tujuan pengumpulan borang tuntutan.  YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dikehendaki memastikan tuntutan yang dihantar hendaklah lengkap dan teratur. Lokasi kaunter seperti dibawah.


5. Untuk makluman juga, sebarang permohonan yang lewatdaripada tempoh yang ditetapkan perlu dikemukakan kepada Pejabat Ketua Pendaftar bagi mendapat kelulusan AP100 (a) daripada Ketua Pendaftar.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

 

 Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t

(MOHD YUSUF BIN MAT DIN)

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

b.p Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

No. Tel : 03- 6209 4042

__________________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.4.2020

Perkara : Set Semula Kata Laluan HRMIS Melalui E-Mel

 

Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

HEBAHAN: SET SEMULA KATA LALUAN HRMIS MELALUI E-MEL

 

Dengan segala hormatnya kami diarahkan oleh Puan Pengarah Pengurusan untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan hebahan poster dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Set Semula Kata Laluan Hrmis Melalui E-mel untuk makluman Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan.


Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

 Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

Tel    : 03-8880 3842

Emel : hrmis@kehakiman.gov.my;zainon@kehakiman.gov.my;hamidi@kehakiman.gov.my

_________________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.4.2020

Perkara : Peringatan Mesra : Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PERINGATAN MESRA : PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui Sistem HRMIS adalah satu keperluan dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Jabatan. Untuk makluman, pihak Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan tarikh akhir pelaksanaan adalah pada15 April 2020 sepertimana hebahan berikut:-

 

3. Sehubungan dengan itu kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan/ Puan adalah untuk memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan/ Puan dan memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah berstatus selesai sebelum atau pada 15 April 2020. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi kakitangan Unit HRMIS melalui email seperti dibawah :

 

Norsalawati Binti Haroun

norsalawati@kehakiman.gov.my

 

Mohd Norhisyam B. Zulkifli

norhisyam@kehakiman.gov.my

 

Mohd. Norazli Bin Anang

norazli@kehakiman.gov.my 

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

  

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

_________________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.4.2020

Perkara : Tips - Fungsi Skype Meeting Di Dalam Skype For Business

 

YBhg Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2. Dimajukan bersama-sama ini poster hebahan yang disediakan oleh Pasukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan MAMPU untuk makluman YBhg Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan jua.


 

Sekian, terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

                          t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

62506, PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.4.2020

Perkara : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (Pkpa) Bilangan 1 Tahun 2020 MYGOVEA - Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam

 

YBhg Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

  1. Dimajukan bersama-sama ini hebahan mengenai Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2020 - MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam. Sehubungan dengan itu, pekeliling tersebut kini telah boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut:

 

 

https://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling/category/192-2020

 

 

  1.         Sekian untuk makluman YBhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

 

Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

                          t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

62506, PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________________________

Tarikh : 7.4.2020

Perkara : Peringatan Kepada Penjawat Awam Berhubung Wabak Coronavirus 2019 (COVID-19)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

PERINGATAN KEPADA PENJAWAT AWAM BERHUBUNG WABAK CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

 

YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Bersama-sama ini dimajukan Poster Peringatan Kepada Penjawat Awam untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan jua.

3. Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

 Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

____________________________________________________________________________________________

Tarikh : 6.4.2020

Perkara : Hebahan Berkala Bil.3/2020 Dibawah Program Pengukuhan Integriti PKPMP

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...,

 

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

 

Dengan  hormatnya perkara diatas dirujuk..

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan Slide Hebahan Bulanan Bil.3/2020  bagi Program Pengukuhan Integriti PKPMP untuk makluman YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan.


Sekian, terima kasih. 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 

Unit Integriti

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Putrajaya

___________________________________________________________________________________________

Tarikh : 2.4.2020

Perkara : Kajian Kesejahteraan Pengurusan Kewangan Warga JPM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Datuk/  Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

KAJIAN KESEJAHTERAAN PENGURUSAN KEWANGAN WARGA MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan emel dari Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar bertarikh 2 April 2020 adalah berkaitan.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan kajian kesejahteraan pengurusan kewangan di kalangan warga JPM. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesejahteraan pengurusan kewangan khususnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan dikehendaki untuk menjawab soal selidik ini selewat-lewatnya pada21 April 2020 seperti capaian di bawah:-

 

https://forms.gle/hrLCzwiKKRUXCsGa6

 

4. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel nurulliza_muklas@jpm.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

______________________________________

 

YBhg Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan kajian kesejahteraan pengurusan kewangan di kalangan warga JPM. Kajian ini bertujuan untukmenilai tahap kesejahteraan pengurusan kewangan khususnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama YBhg. Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan agar dapat meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini selewat-lewatnya pada21 April 2020 seperti capaian di bawah:-

 

https://forms.gle/hrLCzwiKKRUXCsGa6

 

4. Segala perhatian dan kerjasama Dato'/ Datin / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel nurulliza_muklas@jpm.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

                          t.t

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

62506, PUTRAJAYA

____________________________________________________________________________________________

Tarikh : 1.4.2020

Perkara : Peringatan Mesra : Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PERINGATAN MESRA : PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui Sistem HRMIS adalah satu keperluan dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Jabatan. Untuk makluman, pihak Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan tarikh akhir pelaksanaan adalah pada15 April 2020 sepertimana hebahan berikut:-

 

3. Sehubungan dengan itu kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan/ Puan adalah untuk memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan/ Puan dan memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah berstatus selesai sebelum atau pada 15 April 2020.

  

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

          

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________________________

Tarikh : 1.4.2020

Perkara : Permohonan Tuntutan Perjalanan Dan Tuntutan Kerja Lebih Masa Bagi Bulan Mac 2020

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

 YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan

 

PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA BAGI BULAN MAC 2020

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 100 (a), tuntutan perjalanan dan pegawai awam hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dikehendaki untuk melengkapkan Tuntutan Perjalanan di dalam aplikasi HRMIS sebelum 10 hari bulan dan seterusnya dicetak dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan pada 15 atau 16 haribulan April. Untuk makluman, sebarang permohonan lewat daripada tempoh yang ditetapkan perlu dikemukakan  kepada Pejabat Ketua Pendaftar bagi mendapat kelulusan AP100 (a) daripada Ketua Pendaftar.

 

3. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t

(MOHD YUSUF BIN MAT DIN)

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

b.p Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

No. Tel : 03- 6209 4042

Melayu